Wednesday 1 January 2014

BINAAN IMPIAN YANG DIRINDUI


Bismillahirrahmanirrahim.... Allahu Allah... Assalam kepada sahabat-sahabat pembaca sekalian.. Malam ini seperti biasa, hati terasa rajin macam sang semut untuk menulis pada dinding belog ini.. Tapi tidak diyakini ye kualiti post kali ini.. Sama ada baik atau tidak.. Kerana yang baik itu hanyalah dari Allah SWT, yang buruk itu dari ana sendiri.. Hehe..

Sebenarnya sudah agak lama ana ingin menulis tentang binaan impian yang dirindui ini.. But lately, I am busy. Doing nothing.. wargkahkahkah.. Just joking meh.. Tak lah busy sangat. Cuma yang kemalasan melanda diriku inih sangatlah tebal.. Jadi hasrat ini semakin hari semakin tertangguh dek kemalasan.. *don't copy me*

So tonight, at this lovely evening, I will find courage to make it true.. LOL.. accompanied with a glass of coffee which I drank it just now.. And some pictures of me with dini and awa padelling a bicycle boat at Terengganu Equistarian Resort (TER). Seriously, it was splendid!! AND FUN too.. Hahaha.. New experience for us.

Okay! Bact to the topic.. Binaan Impian Yang Dirindui... Setelah mencuba sedaya-upaya berlakon sebagai penemuramah tak bertauliah, aku mengumpulkan maklumat-maklumat tentang binaan ini.. Mesti engkorang tertanya-tanya. Apa yang aku membebel ni? Apa binaan yang dari tadi aku ulang ini? Gila ke budak ni?

Oppppooopoo... Sabar inche-inche sekalian.. Jangan garu kepala anda yang tak gatal tuh.. Mari saya terangkan... Sebenarnya, saya dan sahabat-sahabat terchenta fillah daiman abadan bercita-cita untuk membina sebuah binaan yang dipanggil madrasah.. Bukan sembarangan madrasah ye.. Err? Habes tu? Madrasah yang macam mana?

Mari saya perkenalkan binaan impian kami, Quranic Castle.. Sebenarnya idea ini teraspirasi dari seorang sahabat terchenta saya, Tuan Noor Amyrah dan Asyikin Baina Radhiah.. Kelas nama kan?? Sekelas idea yang dilontarkan.. Hohoh.. QC ini adalah idea yang diadaptasikan dari PONDOK MADANI dari novel Negeri 5 Menara dari seberang.. Saya pasti sahabat-sahabat pernah membca novel karya A. Fuadi ini.. Novel ini sangat sesuai untuk golongan pelajar, murabbi, bakal murabbi malah sesiapa sahaja..

Bak kata Ahmad Fedtri Yahya, setiap kata-kata yang beliau dapati menerusi novel ini merupakan moderator dan hampir setiap helaian beliau "highlight"kan kerana novel ini sarat dengan kata-kata semangat dan bermotivasi.. Dan saya sependapat dengannya.. Malah karakter-karakter yang diketengahkan dalam novel, sangat dapat memberi contoh yang baik kepada sesiapa yang membaca.. Seolah-olah karakter itu terasa rapat dengan diri.. Terasa hidup.. Pendek kata, novel ini sangat berkesan dalam mendidik para pembacanya. Termasuk saya sendiri..

Jadi, QC ini adalah bersumberkan daripada Pondok Madani.. Sebuah madrasah yang digambarkan oleh A.Fuadi.. Bagi saya sendiri, binaannya serta konsep pendidikannya sangatlah MasyaAllah... Brilliant! Pergh! Haibat! Osem..! Pondok Madani sendiri mempunyai susuk bangunan yang setiap tiang, batang kayu, simennya mempunyai aura pendidikan.. Serta bi'ah yang sangat solehah untuk pelajar. Dikendalikan oleh seorang kiai yang hatinya sangat menjurus kepada roh tarbiyah itu sendiri.. Kata-katanya sangat menginspirasi para pelajar.. Hebat. Seolah panah kata yang disasarkan mengena sasaran lubuk hati.. BiizniLlah.. Moga ianya tercapai.. InsyaAllah..


Setelah bertanya kepada dua orang sahabat saya ini, pada bayangan dan imaginasi mereka, Quranic Castle akan menggabungkan semua peringkat pendidikan bermula daripada tadika atau taska, peringkat sekolah rendah, sekolah menengah seterusnya universiti.. Dari segi PnP, kami berhasrat untuk mem'balance'kan antara ilmu dunia dan akhirat.. Jadual pembelajaran yang sistematik insyaAllah.. Pagi, tholabal 'ilm akan memulakan study dengan menghafaz al-Quran.. Mungkin ada peringkat surah yang perlu dihafaz oleh para thullab mengikut peringkat umur.. Bagi mereka di peringkat taska, mungkin akan dimulakan dengan al-Fatihah, sesuai dengan maksud surah itu sendiri, iaitu pembukaan..

Bagi senior-senior pula, surah hafazan akan kedengaran mencabar dan menyulitkan.. Bagi saya, ketika inilah, kita menilai di mana kelemahan pelajar kerana mungkin mereka akan menghadapi kesukaran menghafaz.. Tapi untuk menghafaz semua surah, tidak mustahil. Ketika ini jugalah, kita akan menilai siapa yang paling kuat hati dan jiwanya pada al-Quran..Setiap daripada sahabat saya, mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing.. Ilmu keduniaan akan kami ajarkan, dari kimia, biology, fizik, falsafah, geometri, matematik dan insyaAllah, falaq syari'e..

"QC tak ada ke hiburan. Belajar aje memanjang.. Bosan bagi anak-anak.." "Skemanya QC...!"

Hmm.. Mungkin akan ada persoalan-persoalan sebegini. We do have some entertainments in our madrasah.. But not metallic or dangduts man.. Or something like that.. Nasyid, qasidah, zikr. Itulah hiburan bagi iman dan hati anak-anak yang ingin membesar dalam suasana Islam.. Bagi saya, tv serta internet yang bertapis perlu untuk thullab supaya mereka tidaklah seperti katak di bawah tempurung.. Tapi bukan melalui internet sahaja, malah para thullab dapat meningkatkan ilmu dengan terbinanya perpustakaan yang bagi saya, perpustakaanlah merupakan nadi QC.. Tempat berkumpulnya khazanah-khazanah ilmu dan kitab dari pelosok dunia.. Demikian ini, anak-anak thullab akan sentiasa peka dan cakna dengan dunia luar serta isu-isu ummah dan semasa serta supaya mereka dapat tahu bagaimana rupa dunia luar itu dan mengenalinya serta berdepan dengan mehnahnya..Ya! InsyaAllah, kita akan jadikan sedemikian rupa..

Bi'ah solehah yang saya maksudkan ialah QC akan sentiasa menitikberatkan disiplin! DISIPLIN! Dengan disiplin ini, para thullab akan dididik menjadi seorang da'ie yang seimbang ilmunya, amalnya dan emosinya.. Percampuran antara banin dan banat tidak dibenarkan sama sekali..!! Dilarang keras! Kerana itulah QC yang kami impikan sangat tegas dalam soal disiplin! Bukan kerasnya seperti kem tentera tapi kerasnya seperti yang Islam mahukan.. Dalam kekerasan ada kelembutan.. Still, musyawarah akan dijalankan antara banin dan banat jika perlu..

Sukan~ QC yang kami bayangkan akan menjadikan sunnah bersukan Rasulullah SAW sebagai permainan dan sukan utama di sini.. Contohnya, menunggang kuda, berlari, berenang dan memanah.. Kuda? Mana mahu cari? InsyaAllah, ada jalannya.. Eh! Heheh.. Bukan sekadar sukan yang mengikut sunnah, malah aktiviti seharian di QC akan berteraskan al-Quran serta sunnah Rasulullah SAW... Dan moga ianya terlaksana..

Dan kami juga tahu tentang risiko dan jerihnya untuknya mencapai impian ini. Terasa macam mustahil bukan? Pesan A. Fuadi, jangan pernah meremehkan sebuah impian. Jadi saya pegang kata-kata ini, walau harapannya nampak tipis. Allah, semuanya tak mustahil bagi Allah.. Dia RAJA segala raja.. Maha Mendengar, Dia akan mendengar permohonan kami.. Selain berdoa, saya yakin yang binaan ini akan terlaksana bermula dari dalam diri... Ya, saya yakin.. Saya dan para sahabat harus kuat dari dalam.. InsyaAllah zahirnya nanti akan super!

Semua ini saya dapatkan dari Asyikin.. Di akhir perbualan kami, Asyikin ujar yang jika madrasah impian ini tidak terbina di dunia, di berdoa agar ia terbina di surga.. Gulp! Seperti panah petir menusuk hatiku.. Allah, T.T.. Aku berdoa agar impian kami ini terbina di sini.. Ameen.. Saya juga mohon doa dari kalian.. Moga binaan impian kami ini terbina~ Dan ketika saya menulis ini, percayalah, aku sangat merindui binaan ini.. Moga ianya gah pada akhir zaman ini.. Moga ianya menyinar ummah akhir zaman ini... :) Ameeen..

No comments:

Post a Comment