salamun a'laik sahabat fillah...apa khabar semuanya??insyaAllah kita semua berada dalam rahmat dan kasih sayangNYA..insyaAllah~~buat sahabat2 ana yang walaupun jauh di mata, tapi dekat sangat di hati...buat abah yang baru saja pergi meninggalkan kami sekeluarga, ku pohon doa dari Ilahi agar diberi kebahagiaan kepadamu di dunia sana..iaitu dunia hakika..satu hari nanti, kakak juga bakal menyusul...
insyaAllah, untuk entri kali ini, ana akan bercerita sedikit tentang apa yang ana perasan yang berlaku di sekililing ana...insyaAllah...well, sejak akhir-akhir ni dah ramai yang sedar akan keburukan couple....hmm..Alhamdulillah...tapi ada juga yang kurang bersetuju tentang pandangan syadid ni..walaupun syadid tp inilah pandangan sebenar Islam mengenainya...yang haram tetap haram...
seterusnya, setelah ramai jugak yang post di fb,twitter,myspace dan sewaktu dengannya tentang keburukan couple sebelum nikah, tidak dinafikan ramai yang terkesan...kata-kata yang digunakan mampu melunakkan hati untuk berubah seterusnya bertekad untuk mencapai cinta High Class....hehe..dan untuk itu, ramai pula yang post dengan ayat cenggini "saya akan tunggu imam saya".."duhai imamku, aku sedang menunggu mu" dan banyak lagi post yang seumpama dengannya....hahaha.....
urrmm,,biasanya pompuan lah..sepanjang pemerhatian ana, tak nampak la pula si lelaki yang post jiwang cenggini..haha...agak lucu...hmm...tak kisah sebenarnya kalau ada nak rasa cinta high class tuh..tp perlu ke nak post jiwang,cintan cintun mcm tuh bagai...tidak dinafikan cinta itu fitrah insani...fitrah manusia memang ada bercinta....ni ana petik satu kata2..dia kata...tapi ingatlah, isu ummah bukanlah isu couple je....isu palestin,syria,isu aurat dan banyak lagi isu ummah yang belum menerjah di telinga kita lagi.....
tidak dinafikan juga setelah ramai yang menyedari hakikat keburukan couple,ramai yang berubah....alhamdulillah...tapi ana sarankan diri ana dan sahabat sekalian, tajdid (perbaharui) niat kita...adakah kita berubah sebab inginkan pasangan yang mempunyai cinta high class atau kerana Allah...ramai yang beranggapan, jika kita berubah menjadi yang lebih baik, jodoh kita juga adalah seorang yang baik...betul!!sebab firman Allah ada menyebut, lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan sebaliknya...tetapi ditakdirkan kita tidak mendapat jodoh yang baik...mungkin masa tu kita pulak nak salahkan Allah dan kita kecewa denganNYA....dan pada masa tu jugak, adakah kita akan kembali "berhijrah" kepada zaman sebelum kita berubah??mungkin...kita tak tahu..
sebab itulah, kita perlu jelas matlamat kita...dan seterusnya cuba untuk ikhlas semasa penghijrahan...penghijrahan itu tidak perlu drastik...slow2....ana petik satu kata2 dari murabbi.."selagi mana tarbiyah yang sebenar itu belum dihayati oleh seorang pejuang, maka kemenangan yang ditangguh itu adalah lebih baik daripada kemenangan yang tergesa-gesa....jadi biar lambat asal selamat...penghijrahan, pengislahan dan proses membaiki diri itu, kadang2 memerlukan masa seumur hidup kita...kerana kita ini manusia yang memang tidak sempurna,oleh itu, pembaikian diri perlu kepada istiqomah atau berterusan..sedikit tak pe, asalkan sentiasa...
entri ini bukanlah untuk menghentam atau menyindir sesiapa...kadang2 ana jugak ade salah dan silapnya...bukan kadang2, tapi selalu..jadi entri dan peringatan ini juga buat diri yang hina ini...mohon sahabat2 maafkan kesalahan diri...andai post ini, mengguris mana-mana hati, ana susun 10 jari untuk meminta maaf...
#Allahuyusahhil a'laikum...insyaAllah~~HWAITING!!!
No comments:
Post a Comment