Sunday, 4 August 2013

KALA HATI SUDAH BERTAUT (bab 4)

Dear diary, 

Hari ini macam biasa aku buat study group dengan member-member aku.. commonla.. Tapi apa yang lain sikit hari ni ialah, ada member baru join sekali.. Nama dia Shahrul.. Shahrul Ridzuan.. Ok, orangnya handsome la.. Patutla Nurul cair.. Budak tu manalah nak minat kat mana-mana lelaki sebelum ini. Tapi bila aku tengok dia dah macam lain aje..

Pandangan dia terhadap Shah, aku dah boleh agak yang dia sukakan Shah.. Tapi yang aku hairan, kenapalah si Nurul ni tak bagitau kat aku.. Malu kot. Hahah.. Lawak pun ada jugak.. Tak apalah, tak payah bagitau, aku dah tau.. Tapi aku akan buat-buat tak tahu...Huhu.. 

Shah tu baik orangnya, sesuailah dengan Nurul.. Petang tadi pun dia dah tolong hantarkan aku balik rumah.. Bukan tu aje, si Am pun dia tolong ambil balik dari sekolah... Because of some reasons, aku tak dapat nak kayuh basikal cabok aku tuh.. Hmm.. InsyaAllah, aku akan sentiasa doakan kebaikan sahabat-sahabat aku.. Dan moga orang yang aku cintai dalam diam itu, juga merasai apa yang aku rasa.. :)


Monday, 10.30 p.m.

Seusai saja meluahkan isi hati dalam diari, Fiq pun terus menghempaskan badannya ke atas katil. Bunyi katil usang yang hampir roboh itu, membuatkan Fiq jadi berhati-hati untuk membetulkan badannya. Kang tak fasal-fasal roboh katil, tidur atas lantailah dia jawabnya. 

"Hmm... nak buat apa ek malam ni? Study sudah, makan sudah, sapu ubat sudah.... Aik? Apa yang belum ni? Hmm.. Dengar radiolah... "

Fiq bingkas bangun dari katil menuju ke arah meja belajarnya. Dia mencari siaran radio kegemarannya. Lagu-lagu 90-an menjadi minatnya sejak kecil lagi. Baginya, lagu-lagu yang dilabel jiwang karat ini bukanlah untuk orang yang berjiwang sahaja, tapi disebalik setiap lagu ini pasti ada cerita yang sangat ngam dengan dirinya. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi sambil melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Bayu malam yang bertiup masuk ke dalam biliknya itu sedikit membuatnya terbelai. Asyiknya. Sunyi.

"Oh ya! Hari jadi Shah hari Ahad ni. Aku nak pakai apa ek? Baik aku tengok-tengok sikit apa yang aku boleh pakai." Fiq dah mula terfikir. Baru sahaja duduk, dia bangun melangkah ke arah almari. Memang dia tidak banyak baju. Tapi inilah kali pertama dia dijemput untuk ke majlis keraian sebegitu. Jadi bagi Fiq, dia perlu memakai baju yang cantik-cantik. Sesekali dia padankan baju kurung yang dia ada dengan tudung-tudungnya. Tak sesuai. Ambil yang lain pulak. Fiq menggayakan baju kurungnya di depan cermin. Kekok sekali. Dah macam supermodel pulak apabila dia memperagakan bajunya di depan cermin.

"Hmm.. tak ada yang sesuailah. Hmm.. Nanti aku seorang aje yang pelik. Haha.. Hmm.. Aku pergi tanya Kak Im lah.." Fiq bermonolog sendiri. Terus kakinya diatur ke bilik tidur Naimah.

Tok! Tok! "Kak Im, Fiq nak masuk boleh?"

"Masuklah." suara Naimah menjawab kedengaran dari dalam bilik. Fiq menyelak daun pintu dan kelihatan Naimah sedang melayan kerja-kerjanya di laptopnya. Projek-projek senibina yang perlu dihantar lusa perlu disiapkan segera. Dia juga tidak suka menangguh-nangguh kerja. Sketching and calculating memang memenatkan tapi inilah minatnya.

"Haa, Fiq, apahal malam-malam ni ketuk pintu bilik akak?" soal Naimah. Tangannya laju menekan papan kekunci pada laptop. Tidak ketinggalan tetikus yang disambung pada laptop. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Tak duduk diam.

"Kak Im, Fiq nak tanya sikit ni. Akak ada tak baju yang grand-grand sikit?" Fiq terus mengajukan soalan. Dia mengambil tempat duduk di atas katil Naimah

"Nak buat apa?" Naimah menjawab sambil matanya masih tidak beralih dari skrin laptop. Tekun.

"Err, Ahad ni kan, Shah ajak Fiq datang rumah dia. Dia ada buat birthday party sikit. Jadi Fiq nak baju yang grand-grand sikit. Baju kurung la.. Tak nak baju sendat or ketat. Ada tak akak?"

Naimah memberhentikan kerjanya seketika. "Hmm.. cuba Fiq tengok kat almari akak tu. Ada rasanya. Baju kurung yang akak pakai time akak pergi annual dinner company tu. Muat kot dengan Fiq. Saiz kita pun lebih kurang aje kan." Naimah menunjuk tepat ke arah almari. Segera Fiq membuka pintu almari dan mencari baju kurung yang dimaksudkan Naimah.

"Baju tu warna apa kak?" Tangannya membelek-belek baju yang tergantung pada palang almari.

"Warna pink tu." Naimah memuncungkan bibirnya.

"Hah? Warna pink ni? Girlish sangatlah. Ish, tak naklah baju ni. Tak ada ke baju lain?" Fiq dah reject awal-awal. Dia memang geli dengan warna pink. Bagi Fiq warna pink hanya untuk perempuan yang feminine sahaja. Warna pink bagi perempuan yang ganas dan brutal sepertinya langsung tidak sesuai.

"Laa.. ke situ pulak. Pakai aje lah.. Takkan Fiq nak pakai baju kurung akak yang dah lapuk tu? Lagipun warna pink dia tak adalah terang sangat. Soft pink aje. Sesuai la untuk Fiq. Furhermore, akak teringin la jugak nak tengok Fiq pakai baju pinky dinky macam ni. Hahaha.." seloroh Naimah. Diiringi dengan ketawa besar.

"Ala kak, pink ni.... geli lah" Fiq masih ingin menolak.

"Hish, dia ni. Geli apanya? Bukan ulat bulu ke lintah ke nak geli-geli. Pakai aje. Tapi kalau tak nak, tak apelah. Pakai aje baju Fiq yang dah berulat tuh. Hahaha..." Naimah mengenakan Fiq. Fiq dah menghembus nafas panjang. Dia merenung lama baju yang dipegangnya. Sejenak dia berfikir.

"Haa, nak ke tak nak ni? Kalau nak, ambil, kalau tak, taruk dalam almari balik. Cepat-cepat, Kak Im dah nak tutup kedai ni. Tawaran hanya sekali. Hahah.." seloroh Naimah. Lagaknya macam penjual baju kurung.

"Adoyai, macam mana ni? Nak ambil ke tak? Nak ke tak? Nak ke tak? Nak ke tak? Nak ke tak?" Fiq masih berkira-kira dalam hati. Kalau tak ambil, terpaksalah dia sarung baju kurungnya yang lama. Tapi kalau ambil, mesti kawan-kawan gelakkan dia. Terutamanya Nurul dan Farid. Mereka tahu yang Fiq tidak berapa suka dengan warna pink. Girlish katanya.

"Hoi! Nak ke tak nak?" Pertanyaan Naimah mematikan lamunan Fiq. Terkejut beruk dibuatnya.

"Haa.. yelah, Fiq ambil. Nanti kalau Fiq pakai, Kak Im jangan ketawakan Im pulak." pesan Fiq.

"Hish tak adalah, takkanlah Kak Im nak ketawakan Fiq pulak. Hmm.. Hahahahaha..." ketawa besar Naimah. Sememangnya dia ternanti-nanti hari Ahad nanti. Tak sabar dia nak tengok Fiq pakai baju kurung pinknya. Fiq sudah menjuih bibir. Geram dengan perangai kakaknya yang suka menyakat.

"Ala, dah la tu gelakkan Fiq. Apalah akak ni. Haa.. Akak pergi tak party nanti?"

Naimah mematikan ketawanya perlahan-perlahan. Soalan Fiq dijawab.

"Hmm.. rasanya tak kot. Kebetulan malam tu akak kene over time kat office. Nak buat projek dengan Kak Sya. Tak apa. Fiq pergi ajelah dengan Am tu." cadang Naimah.

"Hmm.. Tadi masa Fiq buat puding triffle untuk dia, Fiq dah tanya dah. Am kena pergi kem esok. So malam esok dia tidur kat sekolah dia. Haih, nampaknya Fiq kenalah pergi sorang-sorang." keluh Fiq.

"Ala, pergi aje sorang-sorang. Kan Nurul dengan Farid kan ada. Suruhlah dia orang yang temankan." Naimah cuba memujuk.

"Oklah.." Fiq menjawab malas.

"Haa.. sudah. Pergi tidur. Esok kan nak tolong Cik Long jual kuih. Jangan tak ingat pulak." pesan Naimah.

"Mana ada lupa. Kalau tak jual, macam mana nak tambah rezeki, kan kak?" ujar Fiq. Naimah hanya mengangguk tanda setuju.

"Fiq masuk bilik dulu ye kak. Selamat malam. Hehe.." pamit Fiq sambil membawa keluar baju kurung feminine kepunyaan kakaknya.

"Hmm.. yelah.. Selamat malam." balas Naimah.

Fiq kembali ke bilik tidurnya. Baju yang dipinjamnya digantung pada pintu almari. Direnung lama baju kurung itu. Apakah dia akan pakai baju ini esok? Dia masih tidak percaya. Kalau tidak kerana dia kekurangan baju yang bagus untuk ke parti, sudah tentu dia tidak akan pakai baju kurung Naimah. Tidak mahu berfikir panjang, dia bercadang untuk tidur sahaja. Ada kerja yang menantinya esok. Keringatnya akan diperah lagi. Tenaga mudanya perlu dikerah. Rutin hujung minggu menanti. Menjual kuih di warung menjadi kerja mingguan. Sekadar menambah duit.

Sejak kecil lagi, Fiq diajar kakaknya untuk berniaga kuih. Kalau hendak harapkan gaji kakaknya memang tak mampu. Kos untuk ke kolej Inspirasi memerlukan biaya yang banyak. Ditambah lagi dengan adiknya yang juga masih bersekolah. Jadi untuk ringankan beban kakaknya, Fiq mengambil upah dengan menjual kuih di warung Mak Cik Long. Mak Cik Long merupakan jiran baik mereka. Dia tidak lokek untuk membantu mereka sekeluarga. Fiq dan adik-beradiknya sudah dianggap seperti anak kandungnya sendiri.

Sebelum tidur, Fiq menulis pada diarinya lagi.

Dear diary, 

Ade ke patut Kak Im suruh aku pakai baju kurung pink dia tuh? Feminine sangat la.. Kalau ikutkan aku tak nak tapi disebabkan aku ini bukan spesis yang banyak baju, terpaksalah aku pinjam dari dia. Hahah.. Aku harap bila aku pakai baju girlish tu, Farid dengan Nurul tak adalah nak gelakkan aku.. Chooii.. Hahaha.. 


Tuesday, 12.30 a.m.

No comments:

Post a Comment