assalamu a'laikum wbt.. salam ukhuwah dan salam mahabbah untuk para sahabat....
قال الله تعالى في الكتاب العزيز: الرجال قومون على النسآء بما فضل الله بعضهم على بعض وبما أنفقوا من أموالهم فالصلحت قنتت حفظت للغيب بما حفظ الله والتي تخافون نشوزهن فعظوهن واهجروهن في المضاجع واضربوهن فإن أطعنكم فلا تبغوا عليهن سبيلا ان الله كان عليا كبيرا. وان خفتم شقاق بينهما فابعثوا حكما من اهله وحكما من
اهلها ان يريدا اصلحا يوفق الله بينهما ان الله كان عليما خبيرا
(surah An-Nisa': ayat 34 dan 35)
hari ini saya ingin kongsikan kepada sahabat-sahabat semua tentang firman Allah dalam surah an-Nisa di atas.. berdasarkan ayat, Allah menyebut bahawa para lelaki adalah pemimpin kepada wanita.. dengan sebab apa mereka ini automatik dilantik Allah menjadi pemimpin kepada wanita? jawapannya adalah sambungan dalam ayat yang sama iaitu بما فضل الله بعضهم على بعض yang bermaksud kerana Allah sendiri yang telah memberikan mereka ini (kaum lelaki) beberapa kelebihan.. seperti yang kita tahu, jika kita kaji sedikit tentang sifat seorang lelaki, sememangnya mereka ini lebih kuat dari segi fizikalnya berbanding kaum hawa.. walaupun kelebihan ini tiada pada wanita, tetapi wanita dianugerahkan Allah mempunyai sifat yang sangat luar biasa di mana orang kata mereka ini adalah tulang belakang seorang lelaki.. sifat kaum hawa yang sentiasa bersemangat, berjiwa tabah dan kental dan berupaya memberi sokongan dan dokongan kepada seorang lelaki.. dan ada satu kata-kata menyebut, di belakang seorang lelaki itu ada seorang wanita.. dan sepatutnya kaum hawa ini bersyukur kerana tidak dibebankan dengan kerja-kerja kepimpinan...
dalam ayat ini juga menerangkan dengan sebab kelebihan yang diberi oleh Allah kepada kaum lelaki ini, mereka sebagai suami wajib memberi nafkah kepada isteri mereka... nafkah di sini adalah bermaksud nafkah dari segi zahir (makanan, pakaian, tempat tinggal, harta, pendidikan) serta nafkah zahir (giliran, layanan)..
selain daripada itu, Allah juga ada menerangkan tentang sifat-sifat seorang wanita solehah..
فالصلحت قنتت حفظت للغيب بما حفظ الله.. wanita yang solehah itu adalah mereka yang mentaati perintah Allah dan suaminya, memelihara kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipeliharanya ketika suami tidak hadir bersama.. dalam hadis Rasulullah SAW, baginda ada menyebut bahawa isteri solehah ini adalah mereka yang apabila dipandang menggembirakan suami mereka, bila suami bersumpah, dia akan melaksanakannya dan jika suami tiada dirumah, dia mengingatkan dirinya supaya menjaga diri dan harta suami.. sebenarnya banyak lagi ciri-ciri wanita solehah.. dan janganlah kita sempitkan pemikiran bahawa wanita solehah ini adalah mereka yang memakai jilbab, ayu, sopan.. tidak semestinya.. cukuplah dengan apa yang diberitahu Allah dan Rasul melalui AlQuran dan Hadis, itu sudah cukup untuk menggambarkan bahawa inilah ciri-ciri wanita solehah...
dunia ini selain terdapat wanita yang solehah (taat pada suami), ada juga yang nusyuz (derhaka pada suami).. melalui surah ini juga, Allah telah menggariskan cara-cara menangani isteri yang nusyuz melalui ayat
والتي تخافون نشوزهن فعظوهن واهجروهن في المضاجع واضربوهن.. maksudnya, dan perempuan-perempuan yang kamu bimbangi akan berlaku nusyuz hendaklah kamu menasihati mereka, dan pulau mereka dari tempat tidur (jika masih berdegil) dan kalau masih berdegil pukullah mereka dengan pukulan yang ringan yang bertujuan untuk mengajarnya.. mungkin sahabt-sahabat sudah faham tentang apa yang disebut sebagai nasihat dan pulaukan dari tempat tidur.. saya ingin sentuh kepada pukulan.. bagaimana pukulan yang mendidik isteri? sebahagian suami, tidak semua ya, apabila berhadapan dengan isteri yang nusyuz, mereka terus mengambil langkah yang ketiga iaitu memukul.. sepatutnya, suami perlulah mengikut apa yang digariskan oleh Islam.. mula-mula, kita nasihat dulu.. jika tidak boleh pakai, pulaukan dari tempat tidur.. jika tak makan saman juga (terengganu slang), maka baru boleh pukul.. pukul tu bukan sebarang pukul, bukan belasah ye... tapi pukulan itu adalah pukulan yang ringan bertujuan untuk mendidik.. selain itu, suami tidak boleh memukul berturut-turut pada tempat yang sama.. pukulah juga tidak boleh pada anggota yang jelas seperti muka kerana dikhuatiri akan timbul kesan pukulan... memukul juga janganlah pada tempat awam.. pukul dengan hikmah dan lunak.. perlahan aje...
pengajaran seterusnya ialah melalui ayat فإن أطعنكم فلا تبغوا عليهن سبيلا ان الله كان عليا كبيرا
yang bermaksud jika isteri kamu kembali taat kepadamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan lain menyusahkan mereka.. contohnya suami pula yang berlaku sewenangnya dalam rumah tangga.. kesemua pengajaran ini adalah dari ayat ke 34..
seterusnya ialah kajian dari ayat ke 35.. وان خفتم شقاق بينهما فابعثوا حكما من اهله وحكما من
اهلها ان يريدا اصلحا يوفق الله بينهما ان الله كان عليما خبيرا.. ayat ini bermaksud, dan jika kamu bimbangkan perpecahan mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah "orang tengah" (untuk mendamaikan mereka) iaitu seorang daripada keluarga lelaki dan seorang daripada keluarga perempuan, jika kedua-dua orang tengah itu (ikhlas) bertujuan untuk mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua (suami isteri itu) berpakat baik. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuanNya.. saya rasa ayat ini sangat straight forward so I dont have to explain much.. jadi inilah garis panduan yang telah Allah tetapkan bagi menangani masalah atau krisis dalam rumahtangga..
moga sesiapa saja yang sedang mendirikan rumah tangga atau bakal mendirikannya, supaya ambil pengajaran daripada ayat ini supaya masalah dalm rumah tangga dapat diselesaikan dengan berhikmah dan semoga mereka dapat membina baitul muslim untuk ummah... jazakAllahu kheir.... waAllahu a'lam....
No comments:
Post a Comment