Saturday 31 August 2013

SHARE LAH SANGAT!!



aku share bukan sebab aku baik.. aku kongsi bukan sebab aku ni soleh.. tak! tapi sekurang-kurangnya aku ada saham untuk akhirat aku.. segala benda yang aku share or aku post, aku sedar bukan semua aku buat..bukan semua aku amal.. ya, aku tahu! tapi aku sedang berusaha! jangan nak judge macam-macam! I'm trying n you don't know!! 

Wednesday 28 August 2013

SMILE..

 there are too many reasons why should you smile... you give spirits to people around you.. you give them hopes while others have deny them.. you smile because you are beautiful.. you smile you are special for these people...
smile.... why? because you can.. the world will smile with you.. your smile will solve your problems although they are big as the size of this Earth... :D

SUAMI ISTERI SOLEH.. KEARAH BAITUL MUSLIM



assalamu a'laikum wbt.. salam ukhuwah dan salam mahabbah untuk para sahabat....


 قال الله تعالى في الكتاب العزيز: الرجال قومون على النسآء بما فضل الله بعضهم على بعض وبما أنفقوا من أموالهم فالصلحت قنتت حفظت للغيب بما حفظ الله والتي تخافون نشوزهن فعظوهن واهجروهن في المضاجع واضربوهن فإن أطعنكم فلا تبغوا عليهن سبيلا ان الله كان عليا كبيرا. وان خفتم شقاق بينهما فابعثوا حكما من اهله وحكما من
اهلها ان يريدا اصلحا يوفق الله بينهما ان الله كان عليما خبيرا
(surah An-Nisa': ayat 34 dan 35)

hari ini saya ingin kongsikan kepada sahabat-sahabat semua tentang firman Allah dalam surah an-Nisa di atas.. berdasarkan ayat, Allah menyebut bahawa para lelaki adalah pemimpin kepada wanita.. dengan sebab apa mereka ini automatik dilantik Allah menjadi pemimpin kepada wanita? jawapannya adalah sambungan dalam ayat yang sama iaitu  بما فضل الله بعضهم على بعض yang bermaksud kerana Allah sendiri yang telah memberikan mereka ini (kaum lelaki) beberapa kelebihan.. seperti yang kita tahu, jika kita kaji sedikit tentang sifat seorang lelaki, sememangnya mereka ini lebih kuat dari segi fizikalnya berbanding kaum hawa.. walaupun kelebihan ini tiada pada wanita, tetapi wanita dianugerahkan Allah mempunyai sifat yang sangat luar biasa di mana orang kata mereka ini adalah tulang belakang seorang lelaki.. sifat kaum hawa yang sentiasa bersemangat, berjiwa tabah dan kental dan berupaya memberi sokongan dan dokongan kepada seorang lelaki.. dan ada satu kata-kata menyebut, di belakang seorang lelaki itu ada seorang wanita.. dan sepatutnya kaum hawa ini bersyukur kerana tidak dibebankan dengan kerja-kerja kepimpinan... 
dalam ayat ini juga menerangkan dengan sebab kelebihan yang diberi oleh Allah kepada kaum lelaki ini, mereka sebagai suami wajib memberi nafkah kepada isteri mereka... nafkah di sini adalah bermaksud nafkah dari segi zahir (makanan, pakaian, tempat tinggal, harta, pendidikan) serta nafkah zahir (giliran, layanan).. 

selain daripada itu, Allah juga ada menerangkan tentang sifat-sifat seorang wanita solehah..
 فالصلحت قنتت حفظت للغيب بما حفظ الله.. wanita yang solehah itu adalah mereka yang mentaati perintah Allah dan suaminya, memelihara kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipeliharanya ketika suami tidak hadir bersama.. dalam hadis Rasulullah SAW, baginda ada menyebut bahawa isteri solehah ini adalah mereka yang apabila dipandang menggembirakan suami mereka, bila suami bersumpah, dia akan melaksanakannya dan jika suami tiada dirumah, dia mengingatkan dirinya supaya menjaga diri dan harta suami.. sebenarnya banyak lagi ciri-ciri wanita solehah.. dan janganlah kita sempitkan pemikiran bahawa wanita solehah ini adalah mereka yang memakai jilbab, ayu, sopan.. tidak semestinya.. cukuplah dengan apa yang diberitahu Allah dan Rasul melalui AlQuran dan Hadis, itu sudah cukup untuk menggambarkan bahawa inilah ciri-ciri wanita solehah...

dunia ini selain terdapat wanita yang solehah (taat pada suami), ada juga yang nusyuz (derhaka pada suami).. melalui surah ini juga, Allah telah menggariskan cara-cara menangani isteri yang nusyuz melalui ayat
 والتي تخافون نشوزهن فعظوهن واهجروهن في المضاجع واضربوهن.. maksudnya, dan perempuan-perempuan yang kamu bimbangi akan berlaku nusyuz hendaklah kamu menasihati mereka, dan pulau mereka dari tempat tidur (jika masih berdegil) dan kalau masih berdegil pukullah mereka dengan pukulan yang ringan yang bertujuan untuk mengajarnya.. mungkin sahabt-sahabat sudah faham tentang apa yang disebut sebagai nasihat dan pulaukan dari tempat tidur.. saya ingin sentuh kepada pukulan.. bagaimana pukulan yang mendidik isteri? sebahagian suami, tidak semua ya, apabila berhadapan dengan isteri yang nusyuz, mereka terus mengambil langkah yang ketiga iaitu memukul.. sepatutnya, suami perlulah mengikut apa yang digariskan oleh Islam.. mula-mula, kita nasihat dulu.. jika tidak boleh pakai, pulaukan dari tempat tidur.. jika tak makan saman juga (terengganu slang), maka baru boleh pukul.. pukul tu bukan sebarang pukul, bukan belasah ye... tapi pukulan itu adalah pukulan yang ringan bertujuan untuk mendidik.. selain itu, suami tidak boleh memukul berturut-turut pada tempat yang sama.. pukulah juga tidak boleh pada anggota yang jelas seperti muka kerana dikhuatiri akan timbul kesan pukulan... memukul juga janganlah pada tempat awam.. pukul dengan hikmah dan lunak.. perlahan aje... 

pengajaran seterusnya ialah melalui ayat فإن أطعنكم فلا تبغوا عليهن سبيلا ان الله كان عليا كبيرا
yang bermaksud jika isteri kamu kembali taat kepadamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan lain menyusahkan mereka.. contohnya suami pula yang berlaku sewenangnya dalam rumah tangga.. kesemua pengajaran ini adalah dari ayat ke 34..

seterusnya ialah kajian dari ayat ke 35.. وان خفتم شقاق بينهما فابعثوا حكما من اهله وحكما من
اهلها ان يريدا اصلحا يوفق الله بينهما ان الله كان عليما خبيرا.. ayat ini bermaksud, dan jika kamu bimbangkan perpecahan mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah "orang tengah" (untuk mendamaikan mereka) iaitu seorang daripada keluarga lelaki dan seorang daripada keluarga perempuan, jika kedua-dua orang tengah itu (ikhlas) bertujuan untuk mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua (suami isteri itu) berpakat baik. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuanNya.. saya rasa ayat ini sangat straight forward so I dont have to explain much.. jadi inilah garis panduan yang telah Allah tetapkan bagi menangani masalah atau krisis dalam rumahtangga..

moga sesiapa saja yang sedang mendirikan rumah tangga atau bakal mendirikannya, supaya ambil pengajaran daripada ayat ini supaya masalah dalm rumah tangga dapat diselesaikan dengan berhikmah dan semoga mereka dapat membina baitul muslim untuk ummah... jazakAllahu kheir.... waAllahu a'lam....

Saturday 17 August 2013

SUSHI PART II

assalamualaikum wbt dan salam mahabbah buat sahabat2 dan pembaca sekalian... (errmm..klo ada yang baca la... hahahah) erm... entri kali ini adalah kesinambungan dari entri yang baru-baru ni.. entri tentang sushi tu... wekek... should I continue? may I proceed? hehe.. thank you.. tapi sebelum tu aku ingin seru sahabat-sahabat sekalian untuk mendoakan kesejahteraan saudara-saudara kita di Mesir, Syria dan Palestin dan di mana-mana sahaja... dan hancurkan sekutu-sekutu yahudi dan Amerika... syiah da as-sisi... insyaAllah, darah pejuang-pejuang tidak akan disia-siakan... malah darah mereka akan digantikan dengan keadilan.. biizniLlah.. :-)

ok lets continue.. sushi menyuakan satu soalan pada aku... as you know, aku ni sokong PAS.. its that clear? hehe.. dan dia tanya aku, kalaulah kawasan yang engkau undi tu, calon PASnye tidaklah boleh dipercayai sangat... dan sebaliknya bagi calon BN di mana dia boleh dipercayai.. adakah aku akan sokong PAS jgak? actually, aku baru terfikir jugak.. bagi sushi, dia akan pilih mana yang betul sebab profit yang dia dapat adalah dari kawasannya.. bukan dari kawasan undi lain.. so dia akan pilih orang yang jujur tidak kira dia dari mana-mana parti... tapi sebenarnya, aku pun confused tau.. and aku ada tanya orang-orang yang arif la... and aku tanya ustaz ni, dia kata waji pilih PAS sebab dasarnya Islam... aku tanya member-member lain pun diorang cakap kena sokong PAS.. sebab kita buka undi untuk kawasan kita aje, tapi kita undi untuk memenangkan parti yang kita sokong tu supaya parti tu boleh jadi kerajaan... macam tu r... kalau korang tak paham, call aku.. hehehe...

err... aku dah tak ingat dah apa lagi yang dia cakap... wakakak... so setakat ni ajer kot... hehehe... btw aku malas giler nak tulis panjang.. PBS ARAB menanti aku~~ meronta-ronta mintak aku siapkan.. hehe.. bereehh!! assalam~

Wednesday 14 August 2013

SO, APA PANDANGAN KORANG TENTANG SUSHI CAKAP..?

assalamualaikum wbt... apa khabar sahabat-sahabat semua dan para pembaca? hehe.. amacam raya? ok ke tidak.. of course la ok kan.. insyaAllah.. especially untuk budak-budak la.. duit raya confirm dapat banyak.. untuk yang dewasa, haha memang tak dapat kumpul manalah... hehe.. well, for me this raya is such like urghh.. hmm.. xmeriah... heheh.... tapi tak apalah, nak buat macam mana? raya must go on..

hurrmm.. aku ada sedikit cerita yang aku nak story untuk para pembaca semua... few days ago, kawan aku Sushi (bukan nama sebenar), told me something that really opens my mind actually.. but it gives me confusion really.. kadang2 apa yang dia cakap tuh betul... but not all of them... ada yang aku boleh terima dan ada yang aku tak boleh... tapi kita ambil yang positif la kan.. filter all of them.. thats what I do when somebody tells me about philosophy... philosophy sometimes against the Islamic natures, rules and laws of it... thats why when we learn philosophy, we should not accept them blindly... do some researches to compare and choose wisely..

the things that Sushi told me are...


  1. don't be a judgemental person.. kalau yang ini aku setuju... manusia biasalah, tak boleh lari dari first impression... and most of their thoughts are bad.. jumpa orang tu macam tak betul sikit, terus buat andaian.. and I'm also did not missed this.. well, I'm a human too... humans always bother others' privacies.. she said, why don't you just get busy with your life? and stop thinking about others life.. maknanya dia kata janganlah sebab first impression yang bad tu, kita jadi tak kawan dengan orang tu.. kita jadi pandang serong dengan orang tuh... well, dia kata kebanyakan orang yang bersekolah agama ni pandang serong dengan orang yang tak bersekolah agama.. actually I'm thinking the same thing as she is... I see some religious student, not all of them, did not want to befriends with non religious student.. I don't know why... maybe they have their own problems.. or maybe dia malu.. entahlaa... actually bagi aku, aku lebih suka mendampingi orang-orang yang tak sekolah agama daripada yang bersekolah agama, sebab aku ingin sekali tahu how their lives... bagi aku everybody have their own story, their own experiences.. so different people different stories.. dan aku suka belajar daripada kehidupan seseorang.. thats why I love to make friends with everyone whether boys or girls.. cooppp!! befriends with different gender its not a bad thing.. as long as you guard your social limitations.. thats all... dont be a narrow minded person..
  2. next is, nikah khitbah... well, I definitely sure that you know what it is... right? Sushi cakap, kalau korang yang nak kawin awal or kawin semasa belajar tuh fikir dulu masak-masak... kalau nak kawin, kukuhkan kewangan dulu.. especially for the boys, nak jaga anak dara orang kan.. tapi kalau korang dah kawin tapi masih harapkan duit mak bapak korang baik xpayah la... hmm.. korang jangan pandai buat nafkah batin aje, nafkah zahir pun kene tunaikan... ustazah aku kata, istilah nikah khitbah ni adalah dari orang melayu ajer.. dalam Islam tak ade pun... korang cuba bayangkan, korang kawin, siang balik rumah suami or isteri, then sampai masa balik rumah mak bapak, still mintak duit mak bapak? kan korang dah jadi tanggungan suami korang, mintak lah duit dengan suami korang.. suami pulak carilah duit... pandai kawin kenalah pandai cari duit jugak... janganlah lepas kawin duk goyang kaki lagi, carilah nafkah buat rumahtangga.. ape daa..
ok setakat ni aje yang boleh aku bagitau.. ngantuk... ade lagi yang dia cakap kat aku.. so aku nak tanya pandangan korangla... whats your opinions? korang fikir r sedikit. hehe... ok assalamualaikum....

Fiqh al-Sunnah: Isu Perlakuan Syirik Dalam Masjid/Surau: Satu Peni...

Fiqh al-Sunnah: Isu Perlakuan Syirik Dalam Masjid/Surau: Satu Peni...: Baru-baru ini negara kita dikejutkan dengan isu puak-puak Buddha melakukan upacara meditasi di dalam sebuah surau. Maka apabila timbul isu...

Thursday 8 August 2013

KALAM AIDILFITRI

salamun a'laik dan salam mahabbah kepada para pembaca dan sahabat-sahabat sekalian... today 8 August 2013 its first Syawal. Happy Eid Mubarak to all muslims, to all sahabah, to my families, to my relatives and to the teachers also for those who know me as their friends. Allah... tamat sudah bulan penuh Ramadhan.. rindu~ aku dapat rasakan yang aku sendiri tidak memanfaatkan bulan barokah ini dengan sepenuhnya.. aku tidak dapat merasai hari kemenangan Aidilfitri kerana hakikatnya aku kalah.. aku masih mengikut telunjuk nafsu.. tapi walaupun aku menyesal, aku tidak dapat kembali ke bulan Ramadhan.. aku cuma berharap yang didikan yang aku dapat dari bulan barokah akan aku aplikasikan dalam bulan2 selain bulan Ramadhan.. insyaAllah..

hari ini, seperti biasanya setiap 1 Syawal, aku akan solat hari raya.. setahun sekali kan, dah lupa bagaimana caranya. hehe.. dan seperti biasa juga, aku akan melawat ke perkuburan... dan tahun ini bukan sahaja kubur tok yang ada di ingatan, kubur aboh dan ayoh ngoh pun ada.. tahun ini raya first aku tanpa aboh... :'( kesedihan itu memang jelas tergambar di setiap air muka adik-beradik aku.. sedih sangat.... bertambah sedih lagi, jiran aku yang baru 2 minggu meninggal, pak salem.. seorang artis yang sangat berbakat dalam seni lukisan... walaupun si dia tempang.. si isteri membaca doa dengan sangat syahdu... membuatkan aku tersangatlah sedih.. hmmm... moga anak-anaknya dapat jaga diri dan dapat jaga ibu mereka.. ameen... insyaAllah...

walaupun hari raya ini tanpa abah, dan jelas terasa kesunyian tu, aku tetap jadikan raya tahun ni seperti raya2 tahun2 lepas... buat sahabah2 yang sedang membaca entri ini, aku ucapkan selamat hari raya Eid Fitri.. Eid Mubarak... taqabbAllahu minna wa minkum... ameen.. moga hari raya korang happening dan meriah.. hehe... salam..... :D

Sunday 4 August 2013

KALA HATI SUDAH BERTAUT (bab 4)

Dear diary, 

Hari ini macam biasa aku buat study group dengan member-member aku.. commonla.. Tapi apa yang lain sikit hari ni ialah, ada member baru join sekali.. Nama dia Shahrul.. Shahrul Ridzuan.. Ok, orangnya handsome la.. Patutla Nurul cair.. Budak tu manalah nak minat kat mana-mana lelaki sebelum ini. Tapi bila aku tengok dia dah macam lain aje..

Pandangan dia terhadap Shah, aku dah boleh agak yang dia sukakan Shah.. Tapi yang aku hairan, kenapalah si Nurul ni tak bagitau kat aku.. Malu kot. Hahah.. Lawak pun ada jugak.. Tak apalah, tak payah bagitau, aku dah tau.. Tapi aku akan buat-buat tak tahu...Huhu.. 

Shah tu baik orangnya, sesuailah dengan Nurul.. Petang tadi pun dia dah tolong hantarkan aku balik rumah.. Bukan tu aje, si Am pun dia tolong ambil balik dari sekolah... Because of some reasons, aku tak dapat nak kayuh basikal cabok aku tuh.. Hmm.. InsyaAllah, aku akan sentiasa doakan kebaikan sahabat-sahabat aku.. Dan moga orang yang aku cintai dalam diam itu, juga merasai apa yang aku rasa.. :)


Monday, 10.30 p.m.

Saturday 3 August 2013

COMMON THINGS IN RAMADHAN~ *feeling meh*

assalamua'laikum wbt kepada pembaca semua... Alhamdulillah.. hari ini dah hari ke 25 kite berpuasa.. Ada nampak bayang-bayang Lailatul Qadr? insyaAllah kita akan berjumpa dengannya.. ameen.. moga kita adalah orang-orang yang terpilih.. insyaAllah.. well, sementara nak tunggu asar ni, boring-boring sangat nih, baiklah aku share something sikit dengan korang... story2 gituh...

ok.. its a usual thing when we are fasting in a month of Ramadhan, we perform terawih... yes, its a common thing... tapi semalam aku rasa suasana solat semalam memang lain daripada yang lain.. mana taknya, biasanya aku solat dekat surau kampung aku aje.. but yesterday, for some reasons, I performed terawih at Masjid Jamek, Pengadang Baru.. kira aku ni dah langgar pantang-larang la... dah 18 tahun aku solat terawih kat surau, tapi semalam tibe2 aku solat kat masjid kampung orang lain.. hahah...kalau kat surau kampung aku, memanglah menjadi kebiasaan orang-orang kampung, especially aunties, they will only sit at their own sajadah.. 

so apabila jadi macam ni, saff memang ada lompang-lompang... adalah tempat kosong yang tak terisi.. padahal boleh aje orang masuk.. tapi sebab diorang obses dengan sejadah sendiri, so orang lain tak boleh nak solat.. hmm.. kalaulah ikutkan hati, aku nak tarik aje mak cik-mak cik yang solat atas sejadah sendiri tuh suruh rapat-rapatkan saff.. diorang niat solat jemaah tapi klo dah solat tu macam sorang-sorang, ada dapat ke pahala jemaah tuh? haa.. aku konpemlah memang kejadian yang sebegini memang ada dekat masjid-masjid setiap kampung.. aku tanya member aku, memang ada... but not all of them la.. just a few... 

hohoh.. and when I decided to get a new terawih environment, it's worth it.. memang berbaloi.. jemaah Masjid Jamek memang rapat-rapatkan saff.. best giler solat walaupun panas.. ala.. common la tuh.. panas sikit.. hehe.. dahla tu imam dia masyaAllah macam sheikh misyari.. memang pergghh!! hehe.. sodap gitu sore dia.. memang nikmatlah sembahyang kat citu dengan suasana yang mcam tuh... wekeke...

aduhai... tadi baru sudah tengok iklan raya bernas yang tahun lepas tuh.. yang Ahmad dan Fizi tuh.. yang sorang tuh buta, sorang lagi sengau.. sediih sangat!! :'( hmmm... kita Alhamdulillah masih boleh beraya dengna femly, tapi sesetengah orang tak dapat... Allah.. moga dapat ambil ibrah dari kehidupan ini.. insyaAllah.. ok assalamua'laikum... <3