Monday 14 July 2014

BRIGED AL-QASSAM UNTUK DUMMIES

Ini adalah salinan dan tampal (copy and paste) daripada belog terfemes di abad ini. Angel Pakai Gucci.

[Kredit]

Sesiapa yang mengikuti secara dekat konflik Israel-Palestin yang sedang bergolak buat sekian kalinya sekarang ini pasti akan mendapati sesuatu perkara yang cukup osem dan mengagumkan; keupayaan Briged Izzuddin al-Qassam membuat kejutan demi kejutan dari segi kekuatan dan strategi ketenteraan, bukan sahaja terhadap Israel laknatullah malah terhadap seluruh umat dunia.

Yang terbaru adalah apabila al-Qassam buat pertama kalinya memiliki para tentera amfibia yang menyerang pengkalan tentera laut Israel secara mengejut. Hal ini menyebabkan Israel terpinga-pinga dan tidak boleh tidur malam. Begitu juga dengan roket-roket buatan tangan al-Qassam seperti R160 (Rantissi 160) yang kini sudah berupaya untuk pergi sejauh Haifa, bandar yang paling utara di dalam negara Israel haram laknatullah. 

Pergh.

Apa yang lebih mengujakan dan membuatkan ramai yang tergaru-garu kepala adalah apabila kita mengambil kira fakta bahawasanya Ghazzah dikepung dan dihsekat daripada mendapatkan bekalan dari dunia luar setiap masa dan ketika. Tekanan yang dikenakan oleh rejim Zionis ke atas kerajaan Hamas menjadikan kehidupan rakyat Ghazzah sengsara dan menderita.

Lantas timbul persoalan, bagaimana Briged al-Qassam mampu memperoleh kelengkapan senjata yang boleh tahan canggihnya dan dapat pula menyusun strategi peperangan yang licik dan hebat? 

Untuk menjawab teka-teki teka tekok ular mati dalam mangkok. Eh. Untuk menjawab teka-teki yang bermain di dalam kepala kita itu, terlebih dahulu kita mesti bertaaruf dengan Briged al-Qassam ini. Oleh sebab itu saya mahu berkongsikan beberapa fakta ringkas tetapi saya kira cukup penting dalam kita mengenali Briged al-Qassam dengan lebih dekat. 

Anda sudah bersedia? Maaf kali ini tidak disediakan bertih jagung perisa karamel keju mahupon segelas jus oren segar memandangkan kita berada di dalam bulan Ramadhan yang mulia. Eheh.

Fakta #1 Jalan ke arah penubuhan Briged al-Qassam dimulakan pada tahun 1984 oleh as-syahid Syaikh Ahmed Yassin, Dr. Ibrahim al-Maqadema dan as-syahid Syaikh Salah Syahadah. Al-Qassam diiktiraf secara rasminya sebagai sayap ketenteraan Hamas pada tahun 1991. 

Apabila Perjanjian Oslo ditandatangi pada tahun 1993, al-Qassam digerakkan untuk memastikan perjanjian yang berat sebelah itu tidak dapat dilaksanakan. 

Fakta #2
Nama briged ini diambil bersempena seorang tokoh Islam, Syaikh Izzuddin al-Qassam, yang hidup dalam dua abad; 19 dan 20.  

Syaikh Izzuddin merupakan seorang ulama' mujahid dari Syria yang berjuang bagi membebaskan Palestin daripada cengkaman British ketika itu. Beliau syahid di Ya'bad, Palestin pada tahun 1935 setelah memimpin pertempuran membebaskan Palestin. 



Fakta #3
Antara syarat kemasukan terketat ke dalam briged ini adalah solat lima waktu berjemaah sehari semalam. Kau mampu...??

Saya tak mampu. Nanges.

Hanya para pemuda berusia tiga puluh tahun ke bawah sahaja yang diterima masuk untuk menganggotai briged ini. Al-Qassam juga mempunyai parajurit dalam kalangan kaum wanita.

Selain itu, menjadi kebiasaaan para mujahidin al-Qassam untuk sujud syukur sebaik sahaja mereka pulang daripada bertempur.  

Fakta #4
Tiada siapa yang mengetahui jumlah sebenar keahlian briged ini, melainkan para kepimpinan tertingginya. Namun ada yang menganggarkan keahliannya pada sekitar 25,000 orang. 

Pemilihan untuk menggotai briged ini adalah sangat ketat (antaranya seperti di atas) kerana hanya mereka yang terbukti keimanannya dan kesungguhan untuk berjihad sahaja yang akan dipilih.  

Fakta #5
Briged Izzuddin al-Qassam telah disenaraikan sebagai pertubuhan pengganas oleh Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Kerajaan Bersatu dan Australia. Sedangkan Israel laknatullah yang saban harinya merampas tanah-tanah orang Palestin, menangkap dan membunuh rakyat Palestin itu tidak pula dilabel sebagai pengganas.

Ada kerosakan wayar otak yang kritikal pada para pemimpin negara-negara tersebut. 

Fakta #6
Antara kelebihan atau keistimewaan briged ini adalah kemampuannya untuk menghasilkan roket buatan sendiri. Sebelum ini, roket mereka M-75 al-Qassam hanya mampu untuk sampai kepada sasaran pada jarak 70-75 km jauhnya. Namun dengan penghasilan roket R160 yang mampu untuk dilancarkan sejauh 160 km membuktikan kehebatan dan keoseman briged ini. 
Ini bisa bikin Zionis laknatullah lari lintang pukang!

Dengan pelbagai sekatan dan tekanan yang dikenakan terhadap kerajaan Hamas, kemampuan al-Qassam menghasilkan roket-roket ini merupakan suatu pencapaian yang amat mengujakan dan membanggakan. Ia juga menyebabkan rayat Israel kini ketar lutut dan sering terkencing di dalam seluar mereka. 

Fakta #7
Salah seorang pemimpin lejen kepada briged ini adalah as-syahid Yahya Ayyash yang mati dibunuh oleh Israel laknatullah pada 1996. Beliau bertanggungjawab mengubah strategi al-Qassam dengan memperkenalkan Operasi Syahid yang amat digeruni oleh tentera Zionis. Oleh sebab itu beliau telah dijolok dengan gelaran al-Muhandis yang bermaksud Sang Jurutera. Yang lebih menarik gelaran ini telah diberikan oleh musuh-musuhnya dan bukannya dalam kalangan parajurit al-Qassam sendiri. Kira tak syok sendiri lah dia ni. Heh. 
Yahya Ayyash, mujahid yang disanjung rakan, ditakuti lawan!

Tidak hairanlah ramai ikhwah yang memberikan nama anak mereka Ayyash. Moga anak-anak mereka ini bakal menjadi rijal ummah yang akan membebaskan Palestin suatu hari nanti! Allahu Akbar!

Fakta #8
Briged al-Qassam amat merahsiakan identiti ahli-ahli mereka, terutamanya barisan kepimpinan mereka. Namun beberapa orang pemimpin mereka telah berjaya dikenalpasti. Antara yang lejen termasuklah Ahmad al-Jabari yang bertanggungjawab terhadap penculikan tentera Zionis Gilad Shalit, Syaikh Salah Syahadah dan Muhammad al-Dheif yang mengepalai al-Qassam selepas pembunuhan Syaikh Salah Syahadah. 

Fakta 9
Briged al-Qassam amat digeruni oleh tentera Zionis atas kemampuan dan kapasiti mereka menggugat kekuatan tentera rejim Israel, di sebalik segala tekanan dan sekatan yang dikenakan. Lantas rejim Zionis, menerusi agensi keselamatan dalamannya, Shin Bet, sentiasa mencari jalan untuk memburu dan membunuh para pemimpin al-Qassam. Sehingga kini, sudah lebih 800 ahli al-Qassam gugur syahid dibunuh oleh Zionis laknatullah semenjak Intifadah al-Aqsa yang dilancarkan pada September 2000. 

Fakta #10
Para perajurit al-Qassam sentiasa ditarbiyah dengan fikrah Islam bagi memastikan ruh dan jiwa mereka kuat dalam menghadapi musuh-musuh Islam. Antara amalan yang sentiasa dan perlu mereka lakukan termasuklah:
  • Wajib mempeljari tafsir al-Quran
  • Wajib menghabiskan bacaans atu juzuk setiap hari (ODOJ)
  • Wajib menghafal hadith arbai'n
  • Istiqamah beramal dengan tahajjud dan puasa sunat
Satu perkataan sahaja yang mampu saya ucapkan: Epik.

Jika sebeginilah akhlak para mujahidin al-Qassam, tidak mustahil Palestin akan dibebaskan di tangan-tangan mereka![Kredit]

Tidak dapat disahkan sebagai fakta atau tidak
Dalam Operasi Pillar of Defence rejim Zionis terhadap Hamas pada tahun 2012, dikisahkan bagaimana para tentera berkereta kebal Zionis laknatullah begitu takut dengan para pembidik tepat al-Qassam sehingga membuatkan mereka langsung tidak keluar daripada kereta kebal mereka. Akibatnya kereta kebal mereka menjadi jijik dan busuk dengan najis dan bahan buangan mereka sendiri! Wahahaha. 

Kecekapan dan kelicikan strategi perang al-Qassam sering membuatkan musuh-musuh mereka terkinja-kinja terpinga-pinga. Malah pakar strategi dan analisa perang juga mengakui kehebatan al-Qassam di medan perang. Adab dan akhlak mereka di medan perang pula menjadikan ISIS, al-Qaeda dan sebagainya jauh ketinggalan di belakang. Terlalu banyak yang perlu mereka teladani daripada senior mereka, briged Izzuddin al-Qassam.  

Nah, bagaimana? Anda kagum? Teruja?

Sudah tentulah fakta-fakta yang saya kongsikan di sini tidak cukup lagi untuk kita benar-benar mengenali briged elit yang sentiasa menjadi harapan rakyat Palestin yang tinggal di Semenanjung Ghazzah untuk membela nasib mereka. Namun saya harap ia sudah cukup untuk membuatkan anda teruja lantas melakukan carian dan pembacaan sendiri untuk mengetahui lebih lanjut tentang briged ini.  Bijak kan? Senyum. 

Saya secara jujurnya amat cemburu kepada mereka ini. Kerana saya amat yakinlah, merekalah yang disebut oleh Nabi SAW dalam sebuah hadith:
"Akan sentiasa ada segolongan dari umatku yang berperang dan berjuang di pintu Damsyik dan di sekelilingnya, dan pintu Baitul Muqaddis dan di sekitarnya , tidak dapat menggugat mereka orang-orang yang enggan menolong mereka. Mereka terus teguh di atas kebenaran sehingga ke hari kiamat." 

[Hadith Riwayat Abu Ya’la dan Ibn ‘Asakir]
 Lap air mata. 

Sekiranya anda merasakan bahawa Hamas dan briged al-Qassam tidak lebih daripada sekadar pertubuhan pengganas, saya rasa anda perlu kembali ke sekolah membuka kitab-kitab sejarah dan menelaah semula sejarah penubuhan negara Israel haram. Sekiranya Hamas itu pengganas, maka Israel adalah bapak pengganas manakala Amerika adalah nenek pengganas. Sungguh.

Ayuh sama-sama kita cakna dengan isu Palestin dan isu ummah yang lainnya. Benar, kita mungkin tidak mampu untuk mengangkat AK47. Kita mungkin tidak terdaya untuk menggalas bazooka dan membaling bom tangan. Kita mungkin tidak berupaya untuk berjihad qital nun di Palestin sana. 

Namun kita mampu untuk ambil tahu. Kita berdaya untuk menyebarkan fakta dan bukannya auta. Dan kita sangatlah berupaya untuk memboikot barangan dan produk yang sudah terbukti menyumbang kepada keberlangsungan negara haram Israel sama ada secara langsung atau pon tidak.  

Paling koman, kita boleh menembakkan doa buat mereka ini. Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, habiskan sedikit masa untuk mendoakan khusus buat mereka ini. Moga doa-doa kita diangkat setinggi-tingginya dan sampai kepadaNya; moga menjadi alasan untuk kita semua apabila dipersoalkan di akhirat kelak.  

"Khaibar khaibar ya Yahud! Jaisy Muhammad saufa yau'd!"

-gabbana-

Entah mengapa kali ini lebih teruja daripada biasa untuk mengetahui hapdet-hapdet terbaru daripada bumi Ghazzah sana, kerana sentiasa menanti-nantikan kejutan daripada al-Qassam.

Semoga Allah merahmati mereka semua dan mengurniakan mereka dengan kekuatan yang luar biasa untuk menghancurkan Zionis laknatullah sehancur-hancurnya. Amin ya robbal a'lamin!

Bacaan lanjut:
>> Konflik Israel-Palestin Untuk Dummies
>> Palestin? Gaza? Ada Aku Kisah?
>> Hepi Meal Yang Tidak Menghepikan

Moga Allah redha.

PALESTIN. AKU SAYANGKANMU.

Assalamu 'alaikum wbt. Ehem. Salam Ramadhan buat sahabat-sahabat yang saya kasihi sekalian. FiLlah. InsyaAllah. Hari ini sudah 16 Ramadhan. Maghreeb ini kita akan beralih kepada 17 Ramadhan 1435H. Walaupun masih terlalu awal, saya ingin mengucapkan kepada sahabat seagama saya, salam Nuzul Quran. InsyaAllah, semoga Allah penjangkan usia untuk merasainya. Bukan sampai kepada 17 Ramadhan saja, bahkan untuk sesaat seterusnya.

Apa yang boleh kita ambil ibrah dari peristiwa Nuzul Quran ini? Banyak sebenarnya. Selain daripada kita mengetahui seerah tentang bagaimana Rasulullah SAW mendapat wahyu pertama, kita boleh sambutnya (Nuzul Quran) dengan kita lebih kerap membaca Quran. Dan mungkin sebelum ini kita sememangnya sudah kerap membaca, maka bolehlah kita menambah dengan membaca tafsiran Quran pula.

Baca dan faham.

Apabila dua kemahiran ini bergabung, maka saya yakin seseorang itu dapat mengaplikasikan Quran dalam hidupan sehariannya. InsyaAllah. Dan saya sedang berusaha ke arah itu. Doakan.


Baru-baru ini saya telah mengambil bahagian sebagai sukarelawan dalam satu aktiviti kutipan dana tabung kemanusiaan buat saudara kita di Palestin di bawah anjuran Geng Sukarelawan Muda Terengganu (GSMT) dan GAMIS. Untuk pengetahuan anda yang hensem dan cantik semua, ini adalah kali pertama saya menghadiri program sebegitu. Jadi, kali pertama ini saya agak terpinga-pinga. Mujurlah ditemani oleh dua orang sahabat seperjuangan.

Menghadiri dan mengambil bahagian dalam program sebegini menjadikan saya sedar, sepenuhnya sedar (fully realised) tentang keadaan, situasi, haalah saudara kita di Palestin. Alhamdulillah. Mungkin sebelum ini saya hanya mempunyai kesedaran yang bukan a hundred percent, tapi kali ini AlhamduliLlah, saya yakin mata dan hati saya tersedar sepenuhnya. Bak dilempang dengan lempangan bisa dari Buk Hidayah dan seperti terkena kamehameha atau rasinggan tahap terkuat dari Ninja Naruto. Sumpah!

Daripada itu, saya sedar betapa saya selama ini sangat bersikap sambil lewa terhadap masalah saudara-saudara saya di sana. Orang kata, bermusim jihadnya. Tapi saya pujuk diri, peduli bermusim itu lebih baik daripada tidak peduli langsung. Pedih mata. Oleh itu saya ingin memohon maaf buat ikhwah akhawat di sana. Aasif akhi, aasif ukhti. Nanges.

Mungkin ada dari kalangan anda, masih meragu untuk boikot barangan yang 'menderma' dana untuk Israel. Atau dalam bahasa kasarnya, mencipta alasan untuk tidak memboikot. Fuhh. Saya cuba menjadi neutral. Tidak terlalu memandang sinis atau tidak terlalu sayang kepada anda. Kerana sayang saya lebih kepada saudara saya di sana.

Beginilah, ini adalah kata pujuk dari saya. Walaupun sebenarnya saya tidaklah pandai dalam bab pujuk-memujuk. Alahai dondang sayang. Saya mohon dari anda semua. Dari hati ke hati. I'm begging you out there. Please, pretty please, kasihanilah ikhwah akhawat kita di sana. Tidakkah anda kasihan melihat bayi-bayi, anak-anak kecil di sana yang tidak salah sama sekali? Walaupun mereka sebenarnya tidak perlu pun kasihan dan air mata kita. Huh? Mereka tak perlukan? Ya! Yang mereka perlukan hanya, dan hanya DOA daripada kita. Kerana mereka sedar dan hayati yang sesungguhnya 'Doa itu adalah senjata bagi orang beriman.'

Tahun ini sudah 65 tahun mereka dijajah dan mereka tidak ditinggalkan senang, sebaliknya mereka, saban hari dibom dan hidup dalam keadaan peluru hidup yang sedia meratah tubuh dan kepala mereka. Bayangkan! 65 tahun. Sekali lagi diulang. 65 tahun! Tanah umat Islam dirampas, rumah mereka diroboh dan diambil secara haram. Bayangkan! Petempatan yang dirampas secara haram. Bukan cadburry saja yang haram tau. Eh. Dah halal lah.

Saban hari juga, darah dan air mata mereka mengalir lebat. Menangisi kehilangan keluarga mereka yang tersayang. Bayangkan! Ada yang dipenjara. Ada yang dibunuh. Bayangkan! Tapi adakah ini semua mematahkan semangat mereka untuk mempertahankan tanah suci umat Islam di sana? Tidak! Mereka tidak pernah mengalah. Walaupun kita sedia maklum, senjata mereka kurang canggih daripada senjata musuh. Ya, kita sedia maklum itu. Tapi apa yang menguatkan mereka? Iman! Ya, iman mereka. Mereka percaya. Allah ada membantu.

Saya ambil kata-kata dari anak watan Palestin, "The rocket may be above us, but they have forgotten that Allah is above them."


-Palastenian Child

Kagum kan? Bandingkan anak kecil ini dengan anak kecil kita. Anak kecil mereka seperti seorang dewasa. Bahkan mungkin anak ini sudah mengalahkan kita yang dewasa ini. Sekali lagi, kagum kan? Kagum! Sorok muka. Malu.

Mungkin juga ada dari kalangan anda newbies di luar sana bertanya,

"Siapa mereka ini?"
" Bukan ada kaitan dengan kita." 
"Tanah mereka bukan tanah kita." Sambil angkat jari telunjuk dan laung Satu Malaysia.

First of all, tahniah buat anda yang bertanya. Saya tidak mengutuk. Malah saya melihat ini sebagai satu peluang untuk memberi pencerahan kepada anda-anda semua. Dan tahniah buat anda yang bersemangat patriotik. Hehe.

Sebenarnya mereka ini adalah saudara kita. Lain ibu, lain bapa. Tapi dalam diri mereka dan kita mengalir satu darah yang sama. Darah Islam. Agama kita sama. Syahadah kita sama, Islam. Tuhan kita sama, Allah! Nabi kita sama. Muhammad Rasulullah SAW. Tanah mereka itu, tanah umat Islam. Kitalah tu umat Islam. 

Mereka saudara kita yang jauh terpisah dengan beberapa buah negara. Tapi iman kita dan mereka sama. Jadi sangat patut kita prihatin dan concern dengan isu ini. Umat Islam itu diibaratkan sebagai satu tubuh. Jika sakit salah satu anggota tubuh tadi, maka anggota lain juga turut terasa sakitnya. Contoh, sakit gigi, tidak mungkin kita dapat tidur dengan lena dan makan denga selera. Kan? Begitu jugalah ibaratnya kita dan Palestin.

Mungkin ada dari kalangan pembaca belog ini adalah not-yet-to-be Muslim. Untuk pengetahuan anda juga, isu Palestin ini bukanlah sekadar isu agama. Tetapi ini adalah isu kemanusiaan. You don't have to be a Muslim to concern about Palestine. You just need to be a human! Think about the babies there, the children, the women, old folks whom are being oppressed by the Zionist. Have mercy. Saya sangat bangga ada dari kalangan negara lain yang not-yet-to-be Muslim juga menyokong Palestin dan mengutuk keras tindakan kejam Israel membedil Palestin. Malah semangat mereka ini lebih hebat daripada kita yang sedia Islam ini. Malunya rasa.

Untuk pengetahuan anda, Israel telah melanggar hampir seratus resolusi Persatuan Bangsa-Bangsa Budak. Hehe. Dan tidak dikenakan apa-apa tindakan. Kenapa kita boleh bersatu dalam isu Apartheid di Afrika Selatan satu ketika dahulu, di mana orang berkulit hitam dihapuskan dan ditindas serta tidak diberi hak dan dipulau, tapi tidak dalam isu Palestin. Setakat ini, kebanyakan berita yang saya dengar, lebih banyak roket Israel yang mengena rakyat Palestin, sedangkan roket-roket Palestin hanya mengenai bangunan-bangunan di Israel. Ala, diorang kan kaya, boleh bina semula lah bangunan-bangunan tu. Tangan ke bahu, mata ke atas.

Ya, kita tidak nafikan, pihak Israel juga memberi siren amaran kepada penduduk Palestin supaya meninggalkan kediaman tetapi hanya sekejap. Dibandingkan dengan pihak tentera al-Qassam yang memberi siren dan memberi masa kepada penduduk Israel untuk meninggalkan kediaman mereka sebelum dibom. Serta, target mereka juga bukanlah pada manusia, melainkan hanya kepada bangunan-bangunan seperti lapangan terbang, baru-baru ini.

"Adakah semua Yahudi itu Zionis?"

Mungkin anda berhammasah tinggi, anti dengan semua Yahudi susulan daripada isu kebiadapan bangsa ini terhadap saudara tercinta kita di Palestin. Dengan itu, anda membenci, sangat benci kepada yang namanya Yahudi. 

Biar saya jelaskan. Tidak kesemua yang berbangsa Yahudi itu, adalah Zionis. Zionis itu adalah satu pergerakan atau kefahaman yang kebanyakannya bangsa yahudi memakainya. Mudah kata, Zionist doesn't represent all Jews. Saya tidak berniat untuk jelas secara terperinci. Mungkin saya tersalah nanti. Saya sediakan link video ini untuk anda.


"Jadi apa tindakan yang kita patut buat. Bagaimana mahu bantu mereka?"

AlhamduliLlah. Saya sangat gembira mendengar soalan ini. Ini menunjukkan anda peduli dengan saudara kita. 

  1. Kita boleh menderma dari segi kewangan.

    Susulan daripada isu Palestin ini, sudah banyak NGO-NGO yang tertubuh bagi membantu mengutip dana untuk Palestin. Antaranya termasuklah Aqsa Syarif dan Aman Palestin. Anda boleh memasukkan duit ke dalam akaun bank Maybank, Bank Islam dan banyak lagi. Sekarang, sudah sangat maju. Anda boleh menderma melalui sistem pesanan ringkas (SMS).
  2. Boikot.

    Kenalpasti barangan yang menyokong dan memberi 'derma' kepada Zionis dan boikot. Antara barangan yang aktif menyokong dan menyalurkan dana buat Jewish National Fund (JNF) untuk penubuhan haram Israel ialah McDonald quack-quack, BintangBuck (Starbuck), dan CocaCola (Aik? Tak ada nickname ke untuk ni. Ala, rekalah sendiri.). Inilah yang utama. Banyak sebenarnya. Tetapi produk-produk inilah yang sangat giat.

    Saya faham, buat anda, sangat sukar untuk memboikot barang-barang ini. Saya sangat faham. Tapi cubalah. Cubalah buat saudara-saudara di sana. Buat tanah anbiya' di sana. Saya yakin anda boleh.
  3. Peka dengan isu Palestin dan sentiasa up-to-date.

    Saya cadangkan anda mengikuti rapat halaman-halaman (page) yang bersama Palestin dan mengutuk kekejaman Israel dan dapatkan notifikasi (get notifications) darinya. Halaman-halaman yang saya cadangkan ialah tidak lain tidak bukan, Aqsa Syarif, Aman Palestin, dan Green Project. Bagi mendapatkan sedikit semangat untuk memboikot sila suka (like) dan dapatkan notifikasi dari halaman MukaBuku Angel Pakai Gucci dan belognya di link ini. Inche Gabbana. Serta belog Nasi & Lemak. Harap ini dapat membantu anda. Sebagaimana Allah telah kirimkan bantuan ini kepada saya melalui belog-belog ini.

    Senyum.
  4. Doa.

    ".الدعاء سلاح المؤمن"
    Doa itu adalah senjata orang mu'min.

    Saudara-saudara kita di sana sangat perlukan doa dari kita. Israel tidak punya ini. Kita sangat beruntung. Ingatlah Palestin dalam doamu. Dan perhebatkan qunut nazilah anda. Ia sangat membantu. Senyum.
-------------------

Aku dengan rasa rendah diri dan lemah mengaku, tidak mampu untuk mengangkat senjata buat saudaraku di sana. Namun begitu, aku akan terus-terusan mengirim doa buat kalian di sana. Maafkan aku, wahai kalian. Aku bangga menjadi saudara kalian. Dan cemburu. Kerana aku yakin apa yang kekasih Allah sabdakan ini benar.

"Akan sentiasa ada segolongan dari umatku yang berperang dan berjuang di pintu Damsyik dan di sekelilingnya, dan pintu Baitul Muqaddis dan di sekitarnya , tidak dapat menggugat mereka orang-orang yang enggan menolong mereka. Mereka terus teguh di atas kebenaran sehingga ke hari kiamat." 

[Hadith Riwayat Abu Ya’la dan Ibn ‘Asakir]

Dengarkanlah kataku ini.

Aku sayangkan mu ikhwah akhawatku. Aku sayangkan kalian. Semoga briged yang aku banggakan iaitu Briged al-Qassam berjaya.

Semoga kalian berjaya seperti seerah perang yang pernah berlaku di bulan Ramadhan dulu. Semoga ruh Badar bersama kalian. Sebak.