Monday 23 September 2013

MAAFKAN AKU :'(

hmmm.... dosa giler aku hari ni.. bukanlah bermaksud kelmarin aku baik macam malaikat, dop.. tapi rasa dosa hari ini lain macam~ sedihh ngat.. aku sedar memang salah aku.. sebab terlalu emotional... sebab terlalu baran... sebab terlalu ego... sebab terlalu merungut.. dengan keletihan dalam kebaikan yang aku buat.. kadang-kadang aku lupa yang rasa letih tu akan hilang sedangkan pahala membuat kebaikan tu akan kekal.. aku lupa! sungguh aku lupa.. tapi mujur ada dua orang sahabat ni beri peringatan ke aku... hmm.. sedih ngat mase ye wi nasihat.. siyess sedih.. mse tu baru aku sedar yang aku ni tak seberapa.. tak hebat dalam mengawal marah.. tak sabar.. suka merungut.. ego.. macam2.. rasa diri kerdil... masa tu aku rasa nasihat hok sahabat aku beri tuh macam hidayah dari Allah untuk aku... rasa sebak giler dalam hati.. tapi cuba dicover... hehe... mereka ni Nur Dalila dan Rashidah.. syukran sahabat~

pastu aku tengok status kawan aku yang lain, ye kata jangan jadi batu api... aku tak paham.. aku ke orang yang dia maksudkan? aku tak tahu r.. tapi aku tak tahu kenapa aku rasa bersalah? memang aku ke? aku nak minta maaf aku malu... sedih r.. aku tak suka bila aku buat salah, kawan2 aku dop kabo apa kesalahan aku.. aku nak diorang kabo r.. aku tahu memang aku ni payoh sikit nak dengar kata, tapi bila lamaaa tu aku akan mikir r.. maknenye ambil masa r.. tapi aku yakin, aku sedar betow je... tlg r! kabo kesalahan aku!! aku jadi dop sedap hati....... 

kepada kawan2 aku yang pernah jadi kawan aku, aku minta maaf sangat.. ada kalanya aku ni memang menyakitkan hati... kadang aku ni lupa jasa baik kawan-kawan aku.. aku minta maaf.. minta maaf sangat.. walaupun aku tulis ni tidak kurangkan rasa beci dan marah kawan-kawan terhadap aku, tapi aku harap sangat yang dalam hati setiap kawan aku ada ruang sedikit untuk maafkan aku... maafkan aku~ aku tak nafikan aku sering lepas geram kepada kawan-kawan, tapi aku minta maaf... :'(.. maaf..

Saturday 21 September 2013

I'TIRAF

Allah.. aku sering lalai.. tapi Kau tak pernah lupa aku... Engkau langsung tidak biarkan aku seorang.. Engkau sentiasa pula menjaga aku.. Engkau beri aku cinta.. Engkau sedarkan aku dari kealpaan.. Engkau hadirkan rasa sentiasa mengingati mati.. Engkau gerakkan pula hati aku untuk sentiasa mendengar khabar maut... Allah... terima kasih... Segala puji bagi Mu~ Alhamdulillah~~ :')

Thursday 19 September 2013

AKU HAMBA BERDOSA




untuk berkata-kata aku tidak layak.. untuk mengajak kepada kebaikan juga tidak.. lantaran dosa yang terlalu banyak.. aku malu.. dalam pada aku solat pun, masih saja aku tidak khusyuk.. dalam pada aku beramal pun, masih kurang ikhlas.. malah rasa riak dan takabbur makin membuak.. sungguh aku bodoh.. tegur orang! salah itu dan ini tapi aku masih tidak menjadi.. dakwah sana dakwah sini, tapi aku sendiri masih terumbang-ambing.. depan orang aku baik, belakang orang aku terbalik... hipokrit.. sungguh, aku sendiri masih berdosa... aku tak layak.. jujur.. terlalu banyak dosa aku! sama ada yang jelas atau tidak.. tapi walaupun aku sedar, nafsu masih bermaharaja... iman menjadi hamba.. aduhai! malang~ aku terlalu ikutkan nafsu~ aku berdosa... aku berdosa.. aku berdosa... aku berdosa...

bicara dakwah konon! dakwah untuk nafsi terbiar.. sibuk hal orang lain.. berusrahlah sangat! muhasabah diri kurang.. buat kata-kata itu dan ini, tapi tiada ibrah untuk diri.. nak masuk syurga, amboi ingat dengan berkata-kata?? piiiraahh... amalnya mana? nak husnul khatimah... tapi setiap detik nafas penuh noda.. nafsu semua!! rasanya kalaulah malaikat berbicara denganku, mestinya dia kata, aku ni bodoh.. hendakkan kebaikan tapi nafsu masih jadi ikutan.. sungguh.. siapakah aku...? akulah hamba yang berdosa...

Monday 16 September 2013

ZIKRULLAH~



Assalamu a'laikum! Sesungguhnya dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi lebih tenang. 

#peace!! Pray 4 Egypt, Syria and Palestine!!! Allahumma Mansor Muslimin Fi Misr, Fi Suriyya Wa Fi Falestin Wa Fi Kulli Makan Wa Fi Kulli Zaman... Ameen~

Tuesday 10 September 2013

LAYAR KENANGANG~~

assalamua'laikum... urghh.. kelmarin aku geram giler dgn seseorang tu.. lelaki r... tapi bile difkirkan balik, mgkin aku yang terlalu sensitif... hmm... mintop maaf la pidauh... hmm... nk ckap segan gop.. jatuh ego aku... I'm a little bit egois ok...heheh... but not selfish la... hehe.. sorry once again...

haddooi... dah la tuh, hari ni aku tak sengaja marah Izzati... niat aku bergurau... tapi tup2 dia nages... n bila tnya, dia nanges bukan sebab aku mrahkn dia, tapi sebab lain... tapi aku pun jadi asbab la kenapa dia nanges... hmm.. sorry lagii.... :(

hmm... and today it's UPSR.. so I wanna wish good luck for those who take this exam... hehe.. and bila aku fikir jauh~~~ aku terkenang kembali lah zaman aku upsr dulu2.. dulu, rilek jer, upsr pun jwab sebelah mata aje.. tak study, tak belek buku pun boleh dapat 5A... waahh... memang best lah zaman kecik2 dlu... terbaaekk..

tapi aku geram jugak dgn diri aku sendiri, bila dah flashback zaman dulu2 tuh, memang wajah abah takkan terlepas untuk berlayar sekali di minda... :'( aku rindukan abah... dengar lagu instrumental skit, memang ingat abah... skunk ni aku ada prob ckit, so banyak dengar lagu instrument r.. layan jiwa yang kacau habaq hang.. haha... tp bila dah dapat tulis blog ni, semuanya hilang, mcam prob tu dah settle dgn tersendiri... by clicking on the keyboards, all problems settled!! waahh... hebatnya aku,... hahha... *pagel*

tapi kalau aku tak sedih pun, aku dengar lagu instrumental gak.. best..  lagu yg pling aku suke adalah lagu yg aku letak kat blog nih... tu lagu feveret, sebab tu aku letak kat wall blog... hehe... besides lagu lama, lagu korea pun layan jugak.. well... hahaha....

tu jelah aku nk crite.. crite di pagi2 buta.~~ hehehe.. k r.. daaaa... assalamua'laikum~~~~~~ :D

Friday 6 September 2013

BEZA SOLATKU DENGAN MUKMIN..


assalamu a'laikum wbt.. alhamduliLlah hari ini Allah masih kekalkan nikmat terbesar dalam diri kita, iaitu Iman dan Islam.. dan Allah juga turunkan hujan pada petang ini.. segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam... yang tidak menyerupai sesuatu pun dan hanya Dia jualah yang layak disembah... Allahu Ahad....

baru-baru ini, facebook digegarkan dengan kisah kematian seorang bilal di sebuah masjid yang tak pasti di mana.. apa yang specialnya ialah meninggalnya bilal ini dalam keadaan yang diimpikan oleh setiap muslim iaitu mati dalam keadaan bersujud.. MasyaAllah..!! husnul khatimah menjemputnya.. itulah impian dan cita-cita setiap orang yang bergelar muslim.. dan su'ul khatimah menjadi ketakutan setiap muslim.. kerana bayangan kehidupan selepas mati telah terpancar di minda.. sudah dapat diagak bagaimana kehidupannya nanti.. na'uzubillah... persoalannya, kita nak mati dalam keadaan yang baik, tapi hidup kita tidak menjurus kearah kebaikan... macam mana tuh? aku tinggalkan persoalan ni... *notetoself gak*

berbalik kepada kisah bilal tadi, sejujurnya aku sangat cemburu dengan arwah... dah confirm Allah menjemputnya dengan syurga.. cemburunya...~ berbanding dengan diri ini yang tak seberapa.. siapalah aku ni di mata Allah.. tidak famous dalam kalangan penduduk dunia.. apatah lagi dalam kalangan penduduk langit.. :'(

solatnya seorang mukmin ini penuh dengan cinta.. setiap rukun, pegerakan solatnya hanya terdapat keikhlasan dan kejujuran.. solatnya seorang mukmin bukan sebab itu perintah Allah, tapi rasa cinta untuk "berdating" dengan Allah.. bukan sebab suruhan tapi keikhlasan yang lahir dari hati.. keikhlasan dalam beragama.. Allah.. cemburu~

dibandingkan dengan aku yang hanya bergelar muslim.. muslim sejati jauh sekali... solatku penuh kelalaian.. solatku penuh kealpaan..solatku tiada ROH.. solatku mati.. tiada rasa cinta, tiada rasa ikhlas, tiada rasa rindu.. :'( tiada.. solat pula kerana mak yang suruh.. solat pula bila nakkan sesuatu dari Allah.. Allah, jauh sekali jaraknya antara solat aku dengan solat seorang mukmin... jauh sangat.. 

lalu bagaimana dengan benteng diriku? bukankah Allah telah berfirman bahawa solat itu adalah sebagai pertahanan daripada maksiat dan kejahatan?? ternyata aku masih hanyut.. ternyata aku masih terdedah dengan kejahatan... :'(

ternyata! aku dan mukmin sangatlah jauh.. solatku dengan mereka yang bergelar mukmin sangatlah berbeza.. solatku tidak berguna.. :'( 

Tuesday 3 September 2013

كلمه جميلة من شيخ الطنطاوي..

لا يلزم ان تكون وسيما لتكون جميل
kau tidak perlu berwajah cantik untuk dikatakan seorang yang cantik

ولا مداحا لتكون محبوبا
dan tidak perlu memuji-muji untuk menjadi seorang yang disukai

ولا غنيا لتكون سعيدا
dan tidak perlu menjadi kaya untuk menjadi seorang yang bahagia

يكفى أن ترضى ربك وهو سيجعلك عند الناس جميلا ومحبوبا وسعيدا
Cukuplah dengan membuatkan Tuhanmu redha dan kasih kepadamu, pasti Dia akan menjadikanmu cantik dan indah di mata manusia, disukai dan disenangi oleh semua, serta hidup bahagia

لو أصبت 99 وأخطأت مرة واحدة
Andai kau lakukan 99 kebaikan, tetapi terbuat silap sekali

لعاتبوك بالواحدة وتركوا 99
Manusia akan menyalahkanmu dengan kesilapan yang satu itu, dan melupakan semua 99 kebaikan yang lain
هولآء هم البشر!
Itulah hakikat manusia!

ولو أخطأت 99 مرة وأصبت مرة
Tetapi andainya kau lakukan 99 kesilapan, dan cuma sekali melakukan perkara kebaikan

ليغفر الله ال 99 وقبل الواحدة
Allah akan ampun semua 99 kesilapanmu dan menerima amal baktimu yang satu itu
ذلك هو ربي..
Itulah Dia Tuhanku!

~الشيخ الطنطاوي~

Sunday 1 September 2013

WARKAH HATI SEDIH..



assalamu a'laikum wbt kepada para sahabat yang saya kasihi sekalian... semoga kita sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan sentiasa di bawah jagaanNya.. petang ni, terjaga aje dari tidur, terus idea masuk nak tulis apa untuk petang ni..

idea tu masuk bila aku tiba-tiba rasa aku dikejutkan oleh seseorang yang sangat aku sayang, yang kini dalam kenangan, yang kini sudah tiada lagi di dunia ini.. abah aku.. bila aku bangun aje, aku terus cari sayup-sayup suaranya.. ya Allah, rindu~ rindu sangat~ dan aku sedar aku hanya mencari ilusi hati.. hakikatnya suara yang aku rindui itu dah tiada.. suara yang aku cari itu sudah pergi menghadap Ilahi..

dan petang ini, aku terasa aku terlalu rindukan abah.. abah.. :'(

#aku tak mampu lagi menulis.. *nanges*