Thursday 31 October 2013

ABOH

assalamu a'laikum wbt.. hai ya'll.. hehe... dah lama tak update blog.. tengok blog pun macam apa ntah... haha.. rindu nak menulis malam ni.. nak share dengan readers semua.. I supposed to spend time to study tonight.. hehe.. tapi curi masa sikit nak menulis.. tak patut.. korang jangan ikut aku keh..

semenjak dua menjak ni, I'm kinda not feeling well, having a fever and cold.. huhu.. pening pun ada jugak.. bila dah demam ni, teringat pulak kat arwah abah.. mase demam dialah yang tolong jaga aku.. dialah yang pesan dan paksa aku makan ubat.. sebab dia tahu, aku culas bila makan ubat..dialah yang pujuk aku supaya aku lebih sabar bila aku sakit.. dan bila aku tak sabar, aku tak tahu samada sakit aku jadi kafarah dosa atau tidak.. Allahu a'lam..

aku rindu nak bergurau dengan abah.. aku rindu nak dengar suara abah.. aku rindu nak dengar nyanyian abah.. semua pasal abah, aku rindu.. hatta suara kemarahan abah.. semuanya aku rindu.. dan aku tak jemu untuk ingat semua ini..

petang tadi, sebelum aku nak balik dari sekolah, aku dengar luahan dari seorang kawan.. dia dah tak ada ayah dari kecil.. dia kata dia jealous giler, kalau dengar kawan-kawan dia seronok bergurau dengan ayah masing-masing.. aku sedih giler bila aku dengar.. dari situ aku belajar yang walau macam mana teruk sekalipun bentuk musibah yang kita hadapi, ada yang lebih teruk dan lebih kurang bernasib baik dari kita.. aku besyukur kerana aku sempat merasai kasih sayang seorang abah.. aku bersyukur sangat.. 

betul la orang kata, kita akan menghargai seseorang itu apabila dia dah tak ada.. jadi jangan biarkan sebuah kehilangan menggantikan lafaz yang tersimpan.. hmm.. bersempena dengan imtihan niha'ie ni, aku nak wish untuk semua student yang sedang or bakal menghadapi exam.. struggle for the best and do well in your exams.. speacial untuk sahabat-sahabat form 6 SHAMS, moga dapat jawab exam dan dipermudahkan urusan dalam peperiksaan.. ameen...

Saturday 19 October 2013

KISAH RASULULLAH SAW DENGAN MALAIKAT PENGHITUNG AIR HUJAN

Diriwayatkan (Al-Mustadrah Syeikh An-Nuri, jilid 5:355, hadis Ke 72) bahawa Rasulullah bersabda, 'Disaat aku tiba di langit malam Isra' Mikraj, aku melihat satu malaikat memiliki 1000 tangan, disetiap tangan ada 1000 jari, aku melihatnya menghitung jarinya satu per satu.

Aku bertanya pada Jibril a.s, pendampingku, 'Siapakah gerangan malaikat itu dan apa tugasnya?'

Jibril berkata, "Sesungguhnya dia adalah malaikat yang diberi tugas untuk menghitung titisan air hujan yang turun dari langit ke bumi.

Rasulullah SAW bertanya kepada malaikat tadi, "Apakah kamu tahu berapa bilangan titisan air hujan yang turun dari langit ke bumi sejak diciptakan Adam as?"

Saturday 12 October 2013

GRADUASI...

assalamu a'alaikum wbt.. selamat malam semua... saje nak share, hari ni telah menjadi one of the best day of my life... one of the sweet moments.. one of the best khibrah... insyaAllah.. hehehe.... bestt gilerr hari ni.... tapi yang sedihnye, bakpela aku dop amek gmabar banyok2... hmm.. rugi jugoplaa... dalam kamera aku memang sikek r... geram goh..

but overall, everything's okay! hari ini la aku graduate.. tapi dalam erti kata yang sebenar dan realiti, aku tak grad lagi.. it's just a ceremony... aku dop exam lagi.. aku still kene stay kat sekolah tu lagi.. hehe... although it's fake but sweet memories ayy... hehe.. setiap perkara tu pasti ada hikmah.. hari ini belajar something dari kawan-kawan aku... especially Izzati dengan Hasrul.. renyoh molek nak naik atas pentas... Zati plop 2 sem doh ye dapat 3.00 ke atas... ambil ibroh dari tu... start dari detik tu la, aku mula sedar yang aku ni nothing kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan aku yang lain..

hmm... betol r mok aku kata, kalau study banyak tu aje, banyak tu la kita dapat.. err... so true... aku start azam nak buat yang habis baik untuk exam niha'ie SEM 3 ni... seriously, aku nak 3.8!! insyaAllah... mohon doa kalian ok... hehehe... daa...

Wednesday 9 October 2013

Ambil IBRAH dari KHIBRAH

assalamu a'laikum..... salam mahabbah dan salam sejatera untuk sahabat2 semua... apa khabar iman? insyaAllah... sihat sebagaiman hendaknya... fi hifziLlah... hehe.. pengalaman mematangkan kita... tepat sekali quote ni... setiap mehnah dan ujian yang kita lalui dan jalani akan membuahkan satu pengalaman atau khibrah yang sangat bermakna dan sesuai dengan quote ni pengalaman itu akan mematangkan diri... menjadikan diri dari satu tahap yang rendah ke satu tahap yang tinggi... dan dari tahap yang tinggi ke tahap yang super duper tinggi... insyaAllah.. dan ia juga bergantung pada kita.. bagaimana kita menguruskan ujian itu.. hehe..

Tetapi bukan ini yang ingin dikongsikan, itu sekdar mukaddimah ajaa.. hehe.. pengalaman drive malam pukul 11.00 hingga 12.00 malam sangatlah bermakna bagi aku.. terasa seperti seorang guru... hehe.. terkejar sana. terkejar sini.. memaksa diri untuk mengimbangkan antara dua amanah.. iaitu menuntut ilmu dan menjaga seorang ibu.. pengalaman ini juga mengajar aku yang aku hanya ada seorang IBU.. simply one.. aku telah kehilangan seorang ayah.. dan aku tidak mahu disebabkan kelalaian aku, aku kehilangan orang yang aku sayang..

pengalaman drive malam ni jugak mengajar aku apabila aku beramanah, iaitu mempunyai amanah terhadap diri sendiri dan keluarga serta ilmu, aku harus tidak leka dan lalai.. aku seharusnya sibuk menyempurnaka tugas... beginilah sepatutnya aku sehari-hari.. sibuk menguruskan amanah yang hanya akan tamat apabila aku sudah mati.. tapi aku masih leka.. lupa alpa..

mehnah dan ujian yang kita hadapi adalah tarbiyah dari Allah... yang hanya inginkan kebaikan untuk kita.. tidak dinafikan, aku juga mengeluh ketika diuji.. mengeluh itu biasa tapi perbaiki diri.. supaya sentiasa ikhlas.. kita boleh! insyaAllah kita boleh.. kita belajar dari pengalaman.. satu kata-kata akhir... "There are essentially two things that will make you wise- the books you read and the people you meet"- Jack Canfield..

moga dapat ambil ibrah terutamanya diri ini... insyaAllah.. fastabiqul khairat... senyum.