Wednesday 9 October 2013

Ambil IBRAH dari KHIBRAH

assalamu a'laikum..... salam mahabbah dan salam sejatera untuk sahabat2 semua... apa khabar iman? insyaAllah... sihat sebagaiman hendaknya... fi hifziLlah... hehe.. pengalaman mematangkan kita... tepat sekali quote ni... setiap mehnah dan ujian yang kita lalui dan jalani akan membuahkan satu pengalaman atau khibrah yang sangat bermakna dan sesuai dengan quote ni pengalaman itu akan mematangkan diri... menjadikan diri dari satu tahap yang rendah ke satu tahap yang tinggi... dan dari tahap yang tinggi ke tahap yang super duper tinggi... insyaAllah.. dan ia juga bergantung pada kita.. bagaimana kita menguruskan ujian itu.. hehe..

Tetapi bukan ini yang ingin dikongsikan, itu sekdar mukaddimah ajaa.. hehe.. pengalaman drive malam pukul 11.00 hingga 12.00 malam sangatlah bermakna bagi aku.. terasa seperti seorang guru... hehe.. terkejar sana. terkejar sini.. memaksa diri untuk mengimbangkan antara dua amanah.. iaitu menuntut ilmu dan menjaga seorang ibu.. pengalaman ini juga mengajar aku yang aku hanya ada seorang IBU.. simply one.. aku telah kehilangan seorang ayah.. dan aku tidak mahu disebabkan kelalaian aku, aku kehilangan orang yang aku sayang..

pengalaman drive malam ni jugak mengajar aku apabila aku beramanah, iaitu mempunyai amanah terhadap diri sendiri dan keluarga serta ilmu, aku harus tidak leka dan lalai.. aku seharusnya sibuk menyempurnaka tugas... beginilah sepatutnya aku sehari-hari.. sibuk menguruskan amanah yang hanya akan tamat apabila aku sudah mati.. tapi aku masih leka.. lupa alpa..

mehnah dan ujian yang kita hadapi adalah tarbiyah dari Allah... yang hanya inginkan kebaikan untuk kita.. tidak dinafikan, aku juga mengeluh ketika diuji.. mengeluh itu biasa tapi perbaiki diri.. supaya sentiasa ikhlas.. kita boleh! insyaAllah kita boleh.. kita belajar dari pengalaman.. satu kata-kata akhir... "There are essentially two things that will make you wise- the books you read and the people you meet"- Jack Canfield..

moga dapat ambil ibrah terutamanya diri ini... insyaAllah.. fastabiqul khairat... senyum.

No comments:

Post a Comment