Tuesday 26 November 2013

HUDUD

"Hudud? Tak payah buatlah.. Kesian kat pencuri.. Sepatutnya bagilah dia peluang untuk bekerja.."
"Hudud tak patut dilaksanakan di Malaysia yang berbilang agama dan kaum."
"Kesianla nanti semua orang kudung.."
"Kalau laksanakan hudud ni, bukannya menjadi pun..."

Assalamu a'laikum wbt.. Pada malam yang indah tapi seram serta membingitkan telinga dan menyerabutkan mata ini, aku ingin kongsikan certain pendapat orang-orang kebanyakan tentang perlaksanaan hudud... Antaranya adalah seperti berikut....

nak lagi......???

ini pula video yang semakin hangat diperkatakan.....


Allah... Sedih bila tengok orang-orang macam ini... Mempersendakan hukum Allah.... Sedih sangat bila orang Islam sendiri yang mempersoalkan hukum Allah... Ingatlah. tidak ada negara yang selamat kecuali ditegakkan, dilaksanakan hukum Allah.. Hukum ciptaan manusia langsung tidak membawa kemaslahatan untuk jangka masa yang panjang... Aku tidaklah terlalu arif untuk membincangkan soal yang aku kira bukan tahap aku.. Untuk membincangkan lebih lanjut lagi, aku harus kaji dan belajar sampai hadam dahulu.. Supaya aku tidak memberi informasi yang salah untuk kau orang...

Monday 25 November 2013

AVATAR THE LEGEND OF AANG

Assalamu a'laikum readers semua... Keifa halukum? Kheir? AlhaduliLlah.. Hmm.. What I am going to share to you readers is quite ridiculous.. Well it comes from my mind... Hahah.. Hope my mind do well in this.. Hehe.. Ermm.. Pernah tengok cerita Avatar: The Legend of Aang tak? Cerita kartun animasi ini sangatlah popular dalam kalangan anak-anak serta golongan dewasa... Termasuk aku.. c:


I would like to introduce you to this story.. Sumber dari wikipedia... Avatar: The Legend of Aang mengambil tempat di sebuah dunia fantasi , tempat tinggal manusia, pelbagai binatang fantastik, dan roh-roh. Peradaban manusia terbahagi-bagi menjadi empat bangsa, Suku Air ( Water Tribe ), Kerajaan Bumi ( Earth Kingdom ),Pengembara Udara ( Air Nomads ), dan Negara Api ( Fire Nation ). Dalam setiap bangsa ada orang-orang yang dipanggil Bender (secara harfiah berarti "Pembengkok", namun dalam hal ini dianggap "Pengendali") yang mempunyai kemampuan mengendalikan unsur alam sesuai bangsa mereka. Seni mengawal unsur alam ini merupakan perpaduan gaya seni bela diri dan sihir unsur alam.. Untuk lebih lanjut sila ke sini http://id.wikipedia.org/wiki/Avatar:_The_Legend_of_Aang



Err.. Sebelum kau orang tuduh aku ni mengarut or tahyul ke, mari aku kemukakan apa yang aku rasa tentang cerita Avatar ni.. Umumnya cerita ini mengisahkan tentang kemunculan seorang avatar dari setiap puak dalam satu tempoh jangka hayat avatar itu sendiri.. Kalau dilantik seorang Avatar dari puak Api, dan setelah dia mati, maka Avatar puak lain pula akan dilantik... His or her duty is to restore peace and balance to the world.. Pada asalnya keempat-empat bangsa ini hidup aman damai, tapi keinginan puak Fire untuk menakhluk 3 lagi bangsa menyebabkan puak Fire telah melakukan ketidakseimbangan dan kesengsaraan kepada dunia.. Jadi tugas avatarlah untuk menyelamatkan dunia..



Tapi apabila dunia mengharapkan avatar ini, dia gagal. Penjajahan ini bermula semasa zaman Avatar Roku, sebelum Avatar Aang.. selepas 100 tahun penjajahan, muncullah avatar Aang yang dijumpai oleh kawannya Katara dan Sokka dari puak Air. Setelah itu, mereka semua mengembara ke negara-negara lain untuk merperkasakan lagi ilmu bending untuk Aang, kerana dia perlu kuasai 4 element bending iaitu water bending, air bending, earth bending dan fire bending.. Semasa pengembaraan mereka, they make new friends and meet new enemies.. Mereka juga belajar ilmu bending daripada guru-guru yang mereka kenali..



What I wanna to say is, this story, although it is cartoon version, it teaches soo many lessons.. About friends, family, relationship, leadership and deen.. Walaupun agama Buddha mendominasi cerita ini, but still, as a Muslim we can change and relate it according to what Islam teaches.. Seorang pemimpin itu tidak akan berjaya menduduki atau mengendalikan kerajaannya hanya mengikut hawa nafsu dan keinginannya semata-mata.. Sebab itulah, penasihat seorang raja atau pemimpin mestilah merupakan seorang ulama yang berpegang teguh dengan Al-Quran dan Assunnah.. Mengikut cerita ini, Firelord Ozai, tidak mempunyai seorang pun penasihat yang betul-betul mengikut ajaran Buddha.. Disebabkan itulah, dia meneruskan tradisi penjajahan daripada datuknya... Apabila anaknya Zuko, menggantikan tempatnya sebagai Firelord setelah dia ditewaskan Aang, Zuko telah berkawan dengan Avatar Aang, seorang yang berpegang teguh dengan kata-kata sami Buddha dan ajaran Buddha dan cara pemerintahannya adalah berdasarkan peace and love..



Selain itu, violence is never the right answer even in war.. According to this story, all people around Aang want him to end Firelord Ozai's life.. But for Aang, it doesn't feel right.. His monks always said that violence is never right and his spirit is base on tenderness... Although Firelord Ozai is a mean and evil person plus the world will be a better place without him, Aang still doesn't want to end Ozai's life by killing him.. And then, some giant lion turtle taught him to take out Ozai's bending so that he cannot use his fire bending to threat people again.. This is the right choice that shown by Aang.. Dalam Islam juga tidak pernah mengajar kita untuk berlaku kejam dengan manusia lain walau seteruk manapun manusia itu. Pasti ada jalan lain untuk mengatasi orang-orang kejam sebegini.. Tegur kesalahannya, berdoa semoga dia kembali kepada pangkal jalan dan serahkannya pada Allah.. Dalam situasi aku pulak, manusia yang paling aku geram ialah Bashar al-Assad yang kini telah membunuh ramai saudara Sunni di Syria.. Aku pernah bertanya kawan aku.. Boleh tak kita doakan supaya pembunuh ni mati.. Kawan aku kata, tak boleh sebab ibaratnya kita meredhai kezalimannya.. Sepatutnya kita berdoa supaya dia kembali ke pangkal jalan.. Tapi disebabkan kita tak mampu, kita serahkannya kepada Allah.. *tapi kalau ikut hukum Islam, membunuh hukumannya bunuh balas.. Ini bukan kejam, tapi ini adalah aturan Allah.. hukuman yang ditetapkan Allah... Setimpal perbuatannya..*


Secara keseluruhannya, cerita ini memang banyak mengajar aku.. Memang kita tengok sebab suka-suka tapi kita juga harus mengambil iktibar dan ibrah dari setiap apa yang kita lihat.. Jadi, inilah ibrah yang aku dapat.. Cool kan cerita ni.. Aku syorkan korang tengok cerita ini.. Kalau nak, mintaklah dengan aku.. Tapi aku ada season 3 aje.. Yang 2 lagi season tak jumpa link nak download.. Heheh.. Maaf segala kekurangan... :D peace yall...

Saturday 23 November 2013

DISEBALIK MUSIM TENGKUJUH

Salamun a'laik sahabat-sahabat pembaca semua.... Harap sihat dan ceria ye semua.. Macam aku juga... Hehe.. ^_^.. InsyaAllah, petang yang sejuk lagi dingin ini, aku nak kongsikan apa yang diucap oleh sahabat aku... Silmi Anisa namanya.. sheikhah kabirah ni.. huhuh...

Ceritanya pasal musim hujan... Mungkin ramai di antara kita, tidak suka dengan musim tengkujuh ni.. Bagi anak-anak, akhir tahun yang kebetulannya cuti sekolah, sepatutnya dihabiskan dengan bermain-main dengan kawan-kawan sekampung seperti bola sepak, tang kejor (dialek ganu), including masak-masak.. Hahaha.. Dan lain-lain aktiviti luar.. Yelah kan.. Dah pulun setahun belajar, hujung tahun tu kenalah pulun juga main ya tak? Hahaha.. Bagi pemuda-pemudi juga tak kurang hebatnya. Sepatutnya hang out dengan member-member, tapi alih-alih tak jadi sebab hujan... Hahah.. Aku lah tu.. Tapi, bagi aku, aku sangat menggemari hujan.. Time ni lah nak perasan macam duk kat Korea pun.. Hahah... Sejuk, dingin, nyaman.. Hohoho.. perasan..Pastu, masa nilah hobi aku tidur je memanjang... Haha.. teruk kan.. 

Disebalik semua ini, sebenarnya ada sebab Allah turunkan hujan... Siap ada musim hujan lagi tuh.. Haha.. Sebenarnya masa inilah, kita panjatkan sebanyak-banyaknya doa kepada Allah.. Pernah dengar tak, waktu makbul doa adalah time hujan.. Hujan ini umum tahu adalah titisan-titisan rahmat dari langit Ilahi.. Jadi, Rasulullah dah anjurkan kita berdoa time hujan.. Kerana masa hujan ni makbul doa kita insyaAllah..

Kalau kita tak dapat nak lakukan aktiviti kita time musim hujan ni, tak apalah.. Think positive! Mungkin kita tidak butuhkan hujan ketika itu.. Tapi secara tidak langsung, kita sangat membutuhkannya.. Melalui hujanlah, tiap-tiap hari, kita makan nasi.. Para petanilah yang paling bergembira ketika ni.. Yelah, padi kan perlukan hujan, jadi inilah rahmat Allah yang kita tak nampak.. Sebab itulah disebalik kejadian Allah itu, pasti ada hikmahnya.. Daun yang gugur dari dahan pokok pun.. Kita nampak simple aje, tapi mesti ada hikmah disebaliknya yang kita tak tahu...

Jadi bergembiralah bilamana musin tengkujuh.. Itu petanda Allah nak makbulkan doa hamba-hambaNya.. Baikkan Allah?? Allahu Rahman, Allahu Rahim....

HEBATNYA AN-NISA'

Assalam sahabat dan sahabiah semua... Ada satu perkongsian, tapi macam biasalah, kopipehs jah... InsyaAllah bermanfaat... Moga Allah redha... ^_^
Allah swt tidak menjadikan nabi di kalangan wanita. Tetapi Allah swt memuliakan wanita di dalam Al-Quran dengan menamakan surah -An nisa’-.
Manusia yang pertama beriman kepada Allah swt selepas Rasulullah saw ialah wanita -Khadijah r.anha-.
Manusia pertama yang syahid kerana agama Allah juga adalah wanita - Sumayyah r.anha -.
Dan Allah juga mengangkat perbuatan Siti Hajar r.anhayang juga seorang wanita yang berlari-lari antara Safa dan Marwah di dalam rukun haji, iaitu saie.

Wanita adalah yang paling mudah memasuki syurga tetapi wanita jugalah yang paling ramai menjadi penghuni neraka. Sabda Nabi yang mafhumnya; “Wanita yang solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan mentaati suaminya, maka masuklah dia ke syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya”.

 Masya Allah, senang bunyinya. Tapi hakikatnya tidaklah semudah itu. Jika kita lihat bagaimana pengorbananSiti Khadijah r.anha, tentunya kita takkan dapat tiru apa yang beliau telah lakukan. Sebelum memeluk Islam dan menjadi isteri Rasulullah saw, beliau ialah seorang hartawan, peniaga yang mashyur dan terkenal. Tetapi sebaik sahaja beliau beriman kepada Allah, seluruh hartanya diinfaqkan(dibelanjakan) ke jalan Allah swt. Sehinggakan di akhir hayatnya, ketika di pangkuan Rasulullah saw, katanya “Ya Rasulullah, jika tulang belulangku ini dapat dijadikan jambatan untuk keluar ke jalan Allah, maka ambillah. Aku redha ya Rasulullah”.
 Begitu juga kisah Sumayyah r.anha yang semua ahli keluarganya habis di bunuh oleh pembesar kafir Quraisy. Iman di dadanya sedikitpun tidak goyah hatta nyawanya menjadi korban kerana dia yakin, syurga Allah telah menantinya.
Kesabaran dan ketaatan Siti Hajar r.anha kepada suaminya dan iman yang kental terhadap Tuhannya, membuatkan beliau tidak sedikit pun gentar ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang panas, yang tiada asbab untuk hidup bersama bayinya Nabi Ismail a.s yang masih merah. Tetapi Allah Maha Besar, setiap hamba yang taat kepadaNya akan dibalas dengan kebaikan. Dari hentakan kaki nabi Ismail a.s, maka terpancutlah air zam-zam yang Allah janji tidak akan kering sehingga hari Kiamat.
Allahu Akbar!. Betapa besarnya pengorbanan para sahabiah r.anha ketika itu. Sanggup kehilangan harta, suami, anak-anak demi agama Allah swt. Kerana mereka yakin dengan janji Allah swt, Allah telah beli diri, harta dan masa orang mukmin dengan syurga Allah swt. Apa lagi yang kita harapkan jika Allah swt sendiri dah tawarkan syurgaNya untuk kita? But for sure, ada harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan ganjaran itu. Dan dunia ini adalah tempat untuk kita membuktikannya. Sabda Rasulullah saw yang mafhumnya, “Dunia itu adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir”.

Friday 22 November 2013

SUDAH BELAJAR, SEBARKANLAH PULAK... AIYAARRK!

salamun a'laik kepada sahabat-sahabat yang ku chentai.. hehe.. petang ni, kelihatan awan-awan mendung kelabu berarak.. menyanyikan lagu gerimis petang.. bayu lembut sejuk mendinginkan hati sesiapa sahaja.. sang matahari dah lama bersembunyi.. hilang dari pandangan.. tidak ku temui.. tetapi, warna jingganya samar-samar menerangi langit.. petang berwarna jingga... di sebelak ufuk barat..

jalanan di kampung pula sunyi dari bunyi-bunyi bising mobil.. lekang dari bunyi-bunyi riang kanak-kanak bermain.. barangkali, mereka tahu gerimis bakal menyimbah bumi... hmm.. sejuk dek angin meniup.. aduuhh, telinga buat hal.. sakitnya.. argghh.. (tak kena-mengena kan.. haha. saja nak bagitau, telinga sakit..)

hmm... petang-petang ni rajin pula nak menulis.. exam pun dah officially habis.. cuma, aku ada satu paper lagi yang aku repeat.. jadi bagi aku tak cuti manalah.. tapi! walaupun aku ada satu paper aje lagi, aku dah treat diri aku macam dah cuti. wekek.. 9 bulan woo.. kalau korang nak buat apa dalam tempoh ni? rekemen sikit ye... hehhe.. ada suruh kerja, jangan nak ternak lemak aja kat rumah.. waah... good idea... tapi nak kerja kat mana? entahlaa... tengok dulu..

tapi bukan pasal kerja aja yang ada dalam fikiran aku.. ada satu benda ni.. bila aku fikir, rasa macam lemah je semangat.. rasa macam terbeban pulak... bila dah official tak jadi seorang pelajar di sekolah, automatik, aku akan jadi seorang yang perlu menyampaikan ilmu kepada masayarakat.. korang paham tak?

inilah masanya, ilmu dipraktikkan dan diamalkan serta disebarkan... itu hak kepada ilmu.. aku dah abis belajar, dan aku kena fikir, kemana aku nak bawa ilmu aku.. adakah ia akan terperap aje dalam otak.. atau aku akan share.. sejauh mana pulak aku amalkan ilmu yang aku pelajari.. hmmm.. bila fikir menda ni, aku rasa aku rela study, jadi seorang pelajar seumur hidup... tapi dunia ini ada aturannya.. orang yang ada ilmu mesti mengajarkan ilmunya... hmm..

seorang da'ie................. kemana arah kaki ini akan melangkah?????.......????? teringat satu quote, beratnya buku yang dibawa, berat lagi amanah kita untuk menyebarkan ilmu.. Allah.. adakah aku sudah bersedia..?? aku takut sebenarnya.. dengan dunia luar.. urgh.. aku langsung tak kesah kuantiti ilmu yang aku ada.. sebab manusia ini tidak sempurna, pasti tiap-tiap hari, kita akan ditambahkan dengan ilmu.. ye lah, bukan semua benda kita tahu.. aku cuma risaukan kualiti ilmu yang aku miliki... sohih ke tidak.. faqih ke? gelaran itu aku langsung don't mind.. cuma kualiti.. aku kena sampaikan ilmu yang sorih... aku takut...

penerangan dan cara penyampaian pun penting.. nanti orang tak paham apa aku cakap... aku juga kena kuasai itu.. hmm... dah belajar, bantulah masyarakat dengan ilmu di dada... persoalannya, berapa % ilmu yang aku pelajari, yang betul-betul melekat di dada dan di hati?? Allahu.. betul kata Imam Ghazali, penuntut ilmu sekarang hanya membaca untuk exam sahaja...

T_T Allah...... aku zalim...

Tuesday 19 November 2013

ADAKAH ISLAM BERUNTUNG MENDAPAT MELAYU?

"Rilek ah , awat nak datang awal ni..? kata kita ni orang melayu. setengah jam lambat tu standard ah!"
Ahmad bergurau dengan aku..
ketika itu, aku sedang bersiap untuk berjumpa dengan seorang rakan.

terfikir aku sejenak kata-kata Ahmad.

Kadang-kadang aku rasakan bahawa seperti dah jadi budaya melayu tidak menepati masa..

sikap2 yang boleh merendahkan kualiti orang melayu sebeginilah harus dikikis habis-habisan dalam budaya orang melayu..

sikap ini boleh menjatuhkan melayu itu sendiri..




Apalah ada pada Melayu yang kita nak banggakan?

Jika kita lihat didada akhbar.

Melayulah paling banyak menghuni pusat serenti..

Melayulah paling banyak membuat gejala buruk berbanding kaum-kaum lain..


Melayu bersifat malas..

Kalau malas sahaja tidak mengapa tapi suka pulak menjatuhkan sesama melayu..

Kalau ada melayu yang rajin dan berjaya. pasti ada orang lain cuba jatuhkan..

kadang-kadang dihantarnya santau dan sebagainya untuk menjatuhkan melayu lain...





teringat pula suatu cerita

Seorang Mak cik pergi ke pasar ..

tiba-tiba makcik tu berasa hairan ada 2 tong yang berisi ketam.
satu tong ditutup dan dipasang jaring atasnya..

satu tong lagi dibiarkan terbuka tanpa penutup..

Makcik tu pun bertanya pada Apek yang jual ketam..

"Apek, Apa beza ini ketam? Kenapa you satu tutup tong satu lagi tak? "

Apek pon jawab..

"yang tutup tu , itu ketam cina... saya kena tutup sebab itu ketam kalau seekor dapat keluar tong, nanti dia ajar ketam lain dan tolong ketam lain keluar"

"tapi yang tong terbukak tu itu ketam melayu .. kalau sekor ketam cuba keluar ,ketam-ketam lain akan tarik dia balik, tak kasi dia keluar"


Sememangnya cina terbukti lagi rajin dari melayu...

tak perlulah dihuraikan tentang beza melayu dan cina dari segi pembelajaran , pembinaan ,perniagaan dan sebagainya..

setiap orang tahu hakikatnya..

melayu..

Apabila dipijak diinjak ..
terus berteriak..

tapi usaha untuk perhebatkan diri hanyalah sebuah mimpi..
Tak suka orang lain berjaya tapi malas bekerja..

kenapa jadi begini?

Kenapa melayu lemah ,malas, dan sebagainya?

Marilah kita menghayati konsep "ketamadunan"

dalam konsep ketamadunan, kekuatan dan kehebatan sesuatu bangsa terletak pada akar dan asas ketamadunan itu sendiri..

Kita ambil contoh tamadun china.. China memang sejak dulu terkenal dengan akar tamadun mereka.. Tamadun china dianggap antara tamadun terhebat didunia.
Lihat sahaja Dinasti Ming dan lain2.


Contoh lain, adalah tamadun mesir purba yang terkenal dengan binaan piramidnya..

Disebabkan kekuatan asas tamadun mereka, maka mereka jadi bangsa yang berkualiti dan hebat.

Bangsa cina bukan sahaja hebat berniaga di Malaysia malah diseluruh dunia..
sehinggakan ada berpendapat negara jepun tidak membenarkan orang cina berniaga dinegaranya untuk mengelakkan mereka menguasai ekonomi jepun.

Kita lihat pula tamadun melayu..

Asal-usul orang melayu sendiri pun masih lagi dikaji dan tidak dapat dipastikan lagi

banyak teori asal-usul orang melayu dikemukakan..

orang melayu asas dan akar tamadunnya tidak kuat

apa akar dan asas melayu yang nak kita banggakan?

Dondang sayang?
Ulit mayang?
Kuda kepang?

tidak ada satu benda yang kukuh untuk orang melayu

Jadi, tak ada lagi cara penyelesaian untuk kelemahan dan masaalah orang melayu melainkan orang melayu mengambil ketamadunan islam..

dengan cara ini sahaja orang melayu boleh kuat balik.
dengan cara ini sahaja orang melayu boleh hebat .
dengan islam sahaja masalah sosial dan lain-lain dapat dikurangkan


Kita imbau balik, dikala islam belum datang lagi pada kaum Arab.
Orang Arab berkelakuan zalim, jelik dan sama sekali tidak bertamadun..

Anak perempuan dibunuh,
Hamba diseksa,
Orang mengandung dibelah perutnya kerana pertaruhan..
lelaki suka berpoya-poya.
perniagaan semua berasaskan penipuan
kuat berhibur dan lain-lain

sampaikan zaman itu dipanggil sebagai Zaman jahiliyyah..
menunjukkan betapa tidak bertamadunnya mereka..

tetapi selepas kedatangan Nabi Muhammad SAW membawa agama islam ,
menyembah tuhan yang satu,.

orang arab terus berubah..
dahulunya taraf wanita amatlah rendah
tapi selepas kedatangan islam,wanita dimartabatkan.
sehingga antara pesan rasulullah SAW sebelum wafat adalah lindungi wanita..

banyak lagi perubahan pada orang arab disebabkan kedatangan islam..

Pada satu tahap, islam dapat menguasai 2/3 dunia..

Islam pernah terajui dalam bidang ilmu sehinggakan agama dan bangsa lain merasa mereka ketinggalan jauh..

lahirnya tokoh ilmuwan dan para pemikir yang amat hebat seperti ibn sina, ibnu batuta dan lain2..

Kehebatan ibnu sina (avicenna) contohnya boleh dilihat hingga ke hari ini..
Buku perubatan yang ditulisnya sekitar tahun 1020 iaitu Kitab Al-Shifa? ( book of healing) masih dijadikan rujukan hingga kehari ini..
para penulis buku lain perlu mengemaskini buku mereka dan mengeluarkan edisi terbaru agar boleh digunakan sesuai pada waktu tersebut,
tetapi berbeza dengan buku ibnu sina masih sesuai dirujuk walaupun selepas lebih kurang 990 tahun..

hebatnya tamadun islam. hingga pernah menguasai eropah di Andalusia ,sepanyol..

kehebatan tamadun islam terlalu banyak untuk diperkatakan

Oleh itu,

Seharusnya, kita berpegang pada akar tamadun islam kerana akar tamadun melayu itu sendiri tidak kukuh..

Zaman kegemilangan melaka juga bermula selepas kedatangan islam...

selepas kedatangan islam, Melaka bertambah kuat. Melaka menjadi pelabuhan entrepot yang terkenal didunia.. kepulauan melayu dicemburui bangsa lain dan kerajaan melaka bertambah mantap.



tapi hari semakin hari.
melayu makin lemah...
pemimpin bertelagah..
anak muda banyak yang rosak.
Mungkin melayu makin lemah apabila islam semakin ditinggalkan..

Tidak ada cara lain..

jika kita hendak lihat melayu itu maju, hanya islam sahajalah jawapannya..

Ternyata, Melayu sebenarnya beruntung mendapat islam..

persoalannya, adakah islam beruntung mendapat melayu?



wallahualam.. 


kopipehs: http://pengembaraanmencarituhan.blogspot.com

SAHABAT DUNIA DAN AKHIRAT

inilah perkara yang paling menyentuh hatiku... :') 

SAHABAT DUNIA DAN AKHIRAT....

INSYALLAH........

Firas dan Mazen Abdel Azim sejak dari kecil tinggal bersama-sama, bermain bersama-sama, belajar bersama-sama, dan kini syahid bersama-sama.. Syahid di kejiranan Hamedya. 

Semoga Allah merahmati mereka berdua.. Aamiin..



Monday 18 November 2013

MEMORIES OF 19 YEARS OF LIFE


through 19 years of life,
I created many awesome memories,
happy memories,
sad memories,
exciting memories,
including love memories...

All these remembrances are combined,
in one organ (bhaa..),
my heart,
not my brain,
that's why I always love,
my precious memories..
I always thought that I can turn back times,
and feel the moments of joy and sadness again,
but it just in my dreams,
and I keep on dreaming.. :)

Sometimes, you're having a good time,
when you recall your memories back,
you can't help it,
but to stop,
and think how much you love,
the old times.....

Saturday 16 November 2013

ENAM BELAS SEBELAS


salamun a'laik.. sobahal kheir... dah makan? belum? pi makan.. nanti sakit perut.. sihat? tak sihat? pi makan ubat.. hehe.. moga sentiasa di bawah lindungan dan rahmatNya selalu.. ameen..

seorang bayi telah dilahirkan.. bersama adik kembarnya.. pada waktu maghrib (kalau tak silap).. disambut gembira oleh keluarganya.. mungkin ini rezeki terbesar bagi keluarga itu, dikurniakan sepasang kembar.. lelaki dan perempuan.. kakak dan adik..

ibunya pasangan kembar itu, mengerang kesakitan.. dek kerana tajamnya pisau membelah perut.. urat-urat perut yang putus, dikoyak, irobek demi mengeluarkan dua insan istimewa ini.. kesakitannya tidak dapat dibendung.. air matanya mengalir..

tapi, melihatkan anak-anaknya yang baru saja keluar dari rahimnya, dia tersenyum walau tidak berdaya.. alangkah gembiranya.. menyambut kelahiran kembar itu.. abang-abang dan kakak-kakaknya gembira.. abah mereka juga..

Siti Nurbaiti binti Mohamed dan Ahmad Bakhtiar bin Mohamed nama diberi.. itulah aku dan si adik...

salam eid milad untuk aku dan adik.. untuk sahabat-sahabat yang wish hari ini, enam belas sebelas, syukran jazilan.. jzkk.. dan ucapan terima kasih yang teristimewa untuk wanita yang melahirkan aku.. kesakitanmu tidak dapat kubayar.. pengorbananmu tidak dapat ku balas.. hatta dengan harga dunia ini sekalipun.. terima kasih kerana memberi peluang untukku hidup menikmati dunia ini.. terima kasih mok~ :')

Friday 15 November 2013

KALA HATI SUDAH BERTAUT (bab 5)

Keringat peluh mengalir turun pada dahi Fiq. Bakul berisi kuih-muih dijinjingnya ke kedai Mak Cik Long. Penat. Dia menjaja kuih-muih di sekitar perumahannya. Hendak kata laku, tak adalah sangat, tapi bagi Fiq ini sudah cukup. Letihnya. Keluh Fiq.Selesai sahaja menjaja kuih, dia terus mengatur langkah ke warung Mak Cik Long.

Kelihatan ramai pelanggan yang harus Mak Cik Long layan. Kebiasaannya, hanya orang tua-tua yang duduk lepak di situ. Sambil lepak, sambil main dam haji. Fiq cukup tidak sukakan perangai veteran-veteran yang hanya membuang masa bermain dam haji. Padahal kudrat mereka yang masih bersisa itu patutlah digunakan untuk beribadah kepada Tuhan. Yalah, umur mereka bukanlah panjang lagi. Orang melayu kata, rumah kata pergi, kubur kata mari. Fiq hanya menggelengkan kepala.

Fiq melabuhkan punggungnya di kerusi makan. Dikibas-kibas mukanya dengan tangannya sendiri bagi mengurangkan sedikit kepanasan.

"Cik Long, Fiq dah siap jual kuih nih", laung Fiq. Mak Cik Long yang berada di dapur sedang buat air kopi untuk pelanggan-pelanggannya. Tak menang tangan dibuatnya. Laku betul nasi lemak dia hari ini.

"Haa.. kamu taruk dulu bakul kat situ. Nih, tolong Cik Long kat dapur ni. Ramai sangat nak nasi lemak ni." pinta Mak Cik Long. Fiq terus bangun dari tempat duduknya dan menapak ke dapur. Fiq melakukan kerja seperti yang disuruh Mak Cik Long. Membungkus nasi lemak, menghidang air dan makanan untuk pelanggan. Waktu-waktu kemuncak begini memang ramai orang. Walaupun pada hujung minggu, penduduk kawasan perumahan akan memilih nasi lemak Mak Cik Long sebagai menu tengah hari mereka. Nasi lemak Mak Cik Long selain sedap harganya pun berbaloi. Layanan Mak Cik Long juga sangat mesra. Ini membuatkan warungnya sentiasa dikunjungi pelanggan.

Haa... siap pun. Mujurlah time ni lengang sikit orang. Rileks dululah. Gumam Fiq. Sekali lagi dia mengibas-ngibas mukanya yang kepanasan dengan helaian surat khabar. Hadoi. Panas betul hari ni. Getus hatinya.

"Fiq, ni haa, Cik Long belanja kamu air milo ais. Minum." pelawa Mak Cik Long.

"Wah, rezeki jangan ditolak! Terima kasih Cik Long. Patutlah Cik Long selalu nampak cantik. Baik hati rupanya." puji Fiq.

"Kau ni Fiq, kaki ampu betul. Minum ajelah. Cik Long tengok kamu letih jaja kuih Cik Long ni." jelas Mak Cik Long.

"Hahaha, apa-apa pun terima kasih Cik Long. Air milo ais Cik Long ni terbaik dari ladang tau!" puji Fiq.

"Hmm.. iyelah tu. Fiq, nanti kamu tolong cuci pinggan kat belakang ye. Cik Long nak tutup awal sikit hari ni. Kak Ma kamu nak balik rumah hari ini katanya. Cik Long nak masak untuk dia." ujar Mak Cik Long.

Fiq hanya mengangguk tanda faham dan dia terus meluru ke belakang untuk membasuh pinggan seperti yang disuruh Mak Cik Long. Mak Cik Long pulak sibuk mengemas meja dan bersiap-siap untuk tutup warung nasi lemaknya.

"Cik Long, Fiq dah siap. Ada apa-apa lagi ke nak Fiq tolong?" soal Fiq.

"Hmm.. rasanya tak ada dah kot. Cik Long pun dah nak siap ni. Fiq baliklah dulu. Yang selebihnya ni, Cik Long bereskan." ujar Mak Cik Long.

"Ok, kalau macam tu, Fiq jalan dulu ye Cik Long. Assalamua'alaikum! Terus tangan Mak Cik Long dicapai dan dicium. Fiq terus meninggalkan warung Mak Cik Long. Fiq membetulkan tudungnya dan mengelap peluhnya yang semakin menitis. Matahari semakin garang memancarkan sinarannya yang terang dan panas. Sepertinya mahu menggaring kulit mulus Fiq. Fiq percepatkan langkahnya menuju ke rumah. Memikirkan adiknya yang mungkin belum makan.

"Assalamua'laikum! Am? Oo.. Am? Am kat mana?" laung Fiq.

"Am kat dapur kak." pekik Am.

"Eh, Am, buat apa ni? Am dah makan ke belum? Kak Im mana?" bertubi-tubi soalan yang diajukan Fiq.

Am menarik nafas panjang untuk menjawab soalan Fiq, "Am tengah masak megi, Am belum makan, Kak Im ada kat bilik, tengah buat kerja dia."

Fiq hanya tersenyum melihat telatah adiknya yang polos. "Hai, kesian adik akak. Dah, Am pergi kat depan. Biar Kak Fiq yang tolong masak untuk tengah hari ini. " arah Fiq. Am hanya menurut kehendak Fiq. Dia pun tak adalah pandai sangat memasak. Waima megi sekalipun. Ala Am kan budak lagi. Mana reti masak.

Monday 11 November 2013

UNTUKMU SAUDARAKU

bukan aku seorang yang arif,
bukan pula seorang alim,
bahkan bukan yang warak,
atau pun wali,
sufi,
pujangga,
toyib,
ustaz, ustazah, muallim au muallimah
aku hanyalah seorang fakir,
dalam ilmu,
aku masih menuntut,
dan tak akan habis menuntut,
sehinggalah tamat riwayatku,
daripada sesiapa yang sudi,
tapi aku ingin juga berkongsi apa yang aku punya,
yang hanya setitis daripada air di lautan,
yang hanya secebis dari cebisan ilmumu,
Allah jualah Pemilik Segala Ilmu,

Bismillahirrahmanirrahim,
apa yang akan ku sampaikan padamu,
ku pohon jangan engkau perendahkan,
jangan engkau remehkan,
jangan perkecilkan,
wahai syabab!
di mana kamu?
saat muslimah memerlukanmu,
tatkala muslimah habis dinoda,
engkau masih di lorong-lorong,
engkau masih berfoya,
engkau seronok menyedut asap rokok,
ke manakah masa muda dihabiskan?
di manakah penyelamat muslimah-muslimah ini?
gugur sudah bunga di syurga,
syaitan pula habis ketawa..
ku pohon padamu syabab,
musafirlah,
hijrahlah,
pimpinlah muslimahmu,
isterimu, adik perempuanmu, kakakmu,
serta saudaramu...
mereka memerlukanmu,
wahai penolong agama Allah...

wahai serikandi Islam,
aku pinta padamu,
auratmu itu engkau tutupilah ia,
jaga ia,
lindungilah ia,
daripada tatapan ajnabi,
engkau tidak tahu apa yang ada di fikiran mereka,
engkau tidak tahu apa yang dibisikkan syaitan kepada mereka,
engkau tidak tahu apa jenis penyakit dalam hati mereka,
ku pohon,
mahalkan dirimu,
jangan jatuhkan harga dirimu,
harga dirimu tidak terbeli dengan wang ringgit,
atau pun dengan hasil bumi,
tidak!
engkau tidak ternilai harganya mengikut din ini,
engkau bermartabat tinggi dalam din ini..
ku pohon, tutuplah, jangan dipertontonkan..
kasihanilah suamimu, bapamu, abangmu, anak lelakimu,
serta saudara lelakimu..
engkau akan menjadi asbab untuk mereka ke neraka..

maafkan aku,
bahasaku tiada sopan,
bahasaku kasar,
bahasaku tidak santun, maaf,
namun begitu,
ku pohon, 
madah ini menyentuh tangkai hatimu...
الحب حبيب إلى حبيب
cinta kekasih kepada kekasih,
inilah yang aku cuba sampaikan...
untukmu saudaraku..

Friday 8 November 2013

MENYUSURI KEGEMILANGAN ANDALUS

Meskipun saat ini jumlah umat Islamnya minoritas di setiap negara-negara Eropa, ternyata benua ini pernah menyimpan jejak sejarah kejayaan kekuasaan Islam. Dalam sejarah Islam, Spanyol atau yang dahulu dikenal dengan tanah Andalusia adalah salah satu pusat kekuasaan Islam yang terbesar di benua Eropa itu. Kata "Al-Andalus" merupakan bahasa Arab yang berarti “menjadi hijau saat akhir musim panas.”

Kaum muslim menaklukkan Andalusia yang dikuasai orang-orang Goth pada tahun 711 M./92 H. Kaum muslim berkuasa di Andalusia selama hampir delapan abad melahirkan sebuah peradaban ilmiah cemerlang. Kejayaan Andalusia sudah berakhir, namun peradabannya masih bertahan hingga saat ini. Masa kejayaan yang bertahan lebih dari tujuh abad lamanya itu belum pernah tersaingi oleh negara manapun hingga saat ini.   
 
Kejayaan Andalusia tidak bisa terlepas dari peranan besar khalifah Bani Umayah yang pertama. Abdul Rahman I (756-788) adalah seorang pemimpin yang terpelajar, berwibawa dan amat berminat di bidang kesastraan. Karena begitu cintanya pada bidang itu, ia mendirikan satu tempat khusus di dalam istanyanya yang diberi gelar "Darul Madaniyat" untuk kegiatan kesusasteraan untuk kalangan wanita Andalus. Setelah masa Abdul Rahman I, penggantinya juga adalah seorang pemerintah yang menitikberatkan dibidang kelimuan. Jasa beliau yang terbesar adalah tentang penyebaran bahasa Arab dan melemahkan bahasa aing di di seluruh semenanjung Iberia (Spanyol dan Portugal). Beliau yang menjadikan bahasa arab sebagai Lingua Franca dalam hubungan antar bangsa pada zamannya dan zaman berikutnya.
Produk-produk yang diperkenalkan ke Barat melalui Andalusia antara lain: katun, kertas, cermin, lampu jalan, garam, kaca berwarna, sutra, satin, lada, cinnamon, sapu tangan, deodoran, kerosin, linan, senjata api, bola katun, uang kertas, stempel, buku binder, jam, lantai keramik, asam sendawa, sabun, astro labs, kompas untuk navigasi, slide rules, penggaris, alat bedah, kincir angin, alat tenun, air bunga mawar, peta, globe, nektar dan citric dari buah, karpet, kacamata, tirai, test tube, porselen, bulu binatang, beludru, almanak, dan ensiklopedia.

Jadi kita dapat melihat bahwa kontribusi umat Muslim kepada dunia sangat mengagumkan. Umat Muslim mengembangkan teknologi dengan begitu baik sehingga dapat berguna bagi dunia Barat dan menolong Eropa yang berada dalam masa kegelapan. Eropa pada saat itu berada dalam masa keruntuhannya dan Eropa bukan lagi pusat dunia, tapi ketika para sejarawan non-Muslim menganggapnya sebagai masa kegelapan Eropa, tepat di bagian barat Eropa, berdirilah negeri Muslim yang memukau bernama Andalusia, yang merupakan Kekhalifahan Spanyol.

Kota-kota di Spanyol pernah menjadi pusat ilmu pengetahuan dan peradaban yang membuat banyak pelajar-pelajar Eropa menimba ilmu di sana. Andalusia sudah mengetahui bahwa matahari sebagai pusat tata surya, sedangkan saat itubangsa Eropa masih memperdebatkan teori geosentris ptolemeus (bumi sebagai pusat edar). Betapa jauh peradaban Andalusia. Pada saat itu, Andalusia merupakan sebuah pusat pendidikan. Kota-kota seperti Toledo, Sevilla, Granada, dan Cordoba adalah tempat yang pernah menjadi sejarah bagi kejayaan Islam ketika agama itu berhasil mewarnai Andalusia hingga 5 abad lamanya.
Kota Cordoba saat ini masih menyimpan peninggalan yang dari kejayaan Islam di masa lalu. Di antaranya adalah masjid Raya Cordoba. Namun demikian, keindahaan arsitekturnya tetap memukai para pengunjung yang ingin melihat kejayaan dinasti Umayyah yang dimulai dari kedatangan panglima Thariq bin Ziyad.

Interior Masjid Kordoba atau mezquita, peninggalan dari Al-Andalus yang kini dijadikan katedral Katolik Roma.
Selain itu, Cordoba merupakan kota terbesar di dunia saat itu. Populasi Cordoba mencapai jutaan dan jalan-jalannya diterangi oleh lampu-lampu! Lampu jalan merupakan barang asing bagi Eropa. Berbagai sarana keilmuan telah dibangun, gedung-gedung sekolah, universitas, perpustakaan yang bagus dengan penerjemahan buku-buku yang aktif, mesjid dan taman yang indah untuk cendekiawan berdiskusi, institusi kelimuan bagi warga kurang mampu dan menjadikan Cordoba tempat keilmuan dan prasarananya.

Tradisi kelimuan yang begitu kental membuat peradaban Andalusia melesat jauh dibanding negara-negara lain. Ilmu pengetahuan tersebut akhirnya tertuang pada pembangunan dan teknologi Andalusia yang maju. Mengutip Anwar G Chejne, Salmah menggambarkan keindahan Cordoba. Pada Abad ke-10 M, Cordoba mengalahkan keindahan Constantinople, dengan rumah sakit, universitas, penerbitan buku, industri kertas, mesjid dan istana yang sangat cantik, perpustakaan, kolam mandi dan taman persiaran yang indah. Perpustakaan umum dibangun di setiap wilayah. Di kota Cordoba saja terdapat 70 buah perpustakaan yang bisa digunakan oleh seluruh masyarakat. 

Ilmuan-ilmuan pun akhirnya bermunculan saat itu. Ahli matematika (Al-Khwarizmi, Orang pertama yang menulis buku berhitung dan aljabar), ahli kedokteran (Al-Kindi penulis buku ilmu mata, Ar-Razi atau Rhazez penulis buke kedokteran, Abu Al-Qasim al-Zahrawi ahli bedah, Ibnu Nafis penemu sirkulasi darah, dan Ibnu Sina), ahli satra (Ibn Abd Rabbih, Ibn Bassam, Ibn Khaqan), ahli hukum, politik, ekonomi, astronomi (Ibrahim ibn Yahya Al-Naqqash, penentu gerhana dan pembuat teropong bintang modern), ahli hadits dan fikih (Ibnu Abdil Barr, Qadi Iyad), sejarah (Ibn Khaldun penemu teori sejarah), ahli kelautan (Ibnu Majid). Bahkan penjelajah Andalusia menginjakkan kakinya di Benua Amerika lima abadsebelum Christopher Colombus.
Jadi ketika sebagian Eropa berada dalam masa kegelapan, daerah Eropa yang berada di bawah kekhalifahan Muslim berada dalam masa benderang. Dan ketika renaissance terjadi di Eropa, dan renaissance secara harfiah artinya “kelahiran kembali”, dan ini bukan berarti kelahiran kembali dari kehampaan, karena mereka tinggal mengambil semua kemajuan teknologi dari Andalusia. Jika kita melihat Italia, segala seni dan ukirannya diambil dari seniman-seniman Muslim Spanyol, mereka hanya mengubahnya sedikit untuk menciptakan gaya mereka sendiri.

Jadi tentu saja kelahiran kembali ini bukan berasal dari mereka, mereka hanya mempelajarinya dari umat Muslim. Ketika tentara Salib tidak berhasil menaklukkan kekhalifahan Islam, mereka kembali dengan pengetahuan dari umat Muslim. Eropa dengan tentara salibnya mengubah Eropa dari masa kegelapan.

Ada informasi medis tentang pembedahan yang dibawa pulang, buku-buku dibawa pulang, bahasa dibawa pulang, segalanya dibawa pulang. Jadi tentara Salib benar-benar mengubah Eropa dalam suatu cara yang tak pernah kita lihat sebelumnya.

Eropa berada di periode yang paling produktif dan kreatif sepanjang sejarahnya. Hal-hal seperti katedral gotik, universitas, pengadilan, dan perundang-undangan, semuanya diciptakan. Jadi dari masa kegelapan yang berlangsung lama, datanglah sebuah ledakan luar biasa yang merupakan pencapaian budaya yang mengagumkan. Renaissance telah kembali, cahaya-cahaya kembali hidup. Apa yang terjadi di antara tahun 700-1.500? Apakah itu masa kegelapan? Itulah masa keemasan Islam, dan sekarang mari kita bicarakan beberapa kontribusi yang diciptakan umat Muslim.

Dalam matematika, beberapa prestasi yang dicapai adalah mereka menemukan aljabar, simbol dan persamaan, mengembangkan sistem penomoran Arab (01234567890 yang digunakan di seluruh dunia pada zaman sekarang). Mereka menciptakan algorism (Sistem desimal dalam bahasa Arab). Mereka menemukan rumus umum untuk menyelesaikan third degree equations. Mereka menemukan rasio trigonomic, rumus-rumus, dan persamaan. Kalian dapat terus melanjutkan dan melihat... Kalkulus, trigonometri, dan semua bidang studi ini berhutang budi pada Islam.

Thursday 7 November 2013

ADNAN MENDERES

Mari kenali siapakah Adnan Menderes...

Ali Adnan Ertekin Menderes (lahir di Aydin tahun 1899 – meninggal di Imrali, 17 September 1961 pada umur 62 tahun) merupakan seorang negarawan Turki dan pimpinan pertama yang dipilih secara demokratis dalam sejarah Turki. Ia menjawat jawatan Perdana Menteri Turki antara tahun 1950–1960. Salah seorang pengasas Parti Demokrat pada tahun 1946, parti oposisi rasmi ke-4 di Turki.

Masyhur di kalangan masyarakat Turki tersebar kisah Adnan Menderes menaiki sebuah pesawat terbang. Semasa di angkasa, salah satu mesin pesawat mati. Pilot pesawat mengumumkan keadaan emergency. Menderes bersumpah, jika Tuhan selamatkan dirinya, dia berjanji untuk mengembalikan kejayaan Islam di Turki. Akhirnya pesawat pun terbakar. Satu-satunya penumpang yang selamat, hanya dirinya. Allahu a’lam.

Dia dikenali sebagai orang yang pertama kali mengembalikan azan ke dalam bahasa Arab, dimana sejak lama diubah oleh Kamal Attaturk ke dalam bahasa Turki.

Tahun 1950 bergabung dengan Parti Demokrat Turki dan menjadi calon untuk pilihanraya.Amerika pada masa itu mensasarkan bahawa Menderes akan kalah dengan manifesto-manifesto yang dibawanya. Antara kempen Menderes ialah:

-Azan dikembalikan ke dalam bahasa Arab.
-Ibadah haji diizinkan.
-Pembukaan kembali sekolah-sekolah agama (Islam) dan pengajaran agama di sekolah-sekolah umum.
-Membatalkan dasar yang melarang hijab bagi Muslimah.

Dan hasilnya sangat mencengangkan! Parti Attaruk menurun 32 keursi. Manakala Parti Demokrat meraih 318 keursi. Adnan Menderes dipilih menjadi PM Turki, dengan presiden Celâl Bayar

Semenjak dilantik menjadi PM, Menderes memenuhi janji-janji di dalam manifesto. Pelantikannya bertepatan dengan awal Ramadhan dan dalam masa yang sama, Menderes mengisytiharkankan azan dengan bahasa Arab, kebebasan berpakaian untuk muslimah, pengajaran di masjid-masjid, dan dibolehkan memakmurkan masjid.

Pada pilihanraya 1954, parti Attatruk sekali lagi menurun secara drastik hingga tinggal 24 keursi. Pada masa yang sama, Menderes mengizinkan peraturan yang membolehkan pengajaran Bahasa Arab, pengajaran Al-Qur’an di seluruh sekolah menengah, membangunkan 10,000 masjid dan 22 maahad Islam di Anatolia, dalam rangka akselerasi program para khatib, da’i, dan guru-guru Al-Qur’an. Menderes juga megizinkan penerbitan buku-buku Islam, majalah-majalah, atau lebaran yang menyerukan agar kembali berpegang teguh dengan ajaran Islam. Lebih dari itu, Menderes mengaktifkan kembali masjid-masjid yang dijadikan gudang-gudang untuk kembali menjadi tempat ibadah dan membuka 25 madrasah tahfiz Al-Qur’an.

Menderes mulai aktif menjalin hubungan dengan Dunia Arab melawan Israel. Antaranya, melaksanakan aturan ketat untuk setiap kargo yang masuk dari Israel, baik kargo ubat-ubatan atau barang yang 'Made in Israel'. Malah Menderes pernah mengusir Duta Israel di Turki tahun 1956.

Arus Islamisasi yang begitu deras, membuat golongan anti Islam di Turki kepanasan. Didalangi oleh para jeneral dari zaman Kamal Attatruk banyak menikmati kucuran dollar dari Israel, Jeneral Kamal Joe Russel menangkap dan menghukum gantung Menderes.

Sebab-sebab Menderes dihukum gantung telah ditulis oleh seorang wartawan bernama Sami Kohen, "Penyebab hukuman mati Menderes adalah, kebijakan politiknya yang teramat dekat dengan dunia Islam, sebaliknya dingin dan kaku dengan Israel. Selain itu, kunjungan terakhirnya ke beberapa negara Teluk, yang kemudian dilanjutkan beribadah haji, menjadi sebab kemarahann militer tentera Turki."

Dengan izin Allah, Menderes syahid di tali gantung

Sheikh Hazem Salah

Photo: Sheikh Hazem Salah : Singa Umat Memimpin Perubahan

#PilihanrayaMesir

Beliau adalah figur yang disayangi jutaan rakyat Mesir, namun dibenci dan ditakuti Amerika dan Israel. Beliau menjadi calon islamis yang paling digeruni ketika pilihanraya Presiden Pasca-Mubarak, sehingga usaha menggagalkannya untuk bertanding berjaya.

Beliau berjaya menyatukan kelompok islamis yang berpecah kearah satu agenda. Pandangan beliau tajam. Bacaan politik beliau tepat, termasuk ramalan berlakunya Kudeta Tentera telah pun beliau ingatkan, setahun sebelum terjadinya kudeta. Di belakangnya, sentiasa terdapat ribuan pemuda yang bersama dalam perjuangannya.

Beliau digelar Singa Umat kerana ketegasan & keberanian menyatakan Al - Hak, terutama di kaca TV. 

Beliau adalah Sheikh Hazem Salah, seorang alim ulama' yang berjuang bersama umatnya. Kini dipenjarakan, dan perbicaraanya bakal berlansung pada 6 Januari 2014.
Sheikh Hazem Salah : Singa Umat Memimpin Perubahan

#PilihanrayaMesir

Beliau adalah figur yang disayangi jutaan rakyat Mesir, namun dibenci dan ditakuti Amerika dan Israel. Beliau menjadi calon islamis yang paling digeruni ketika pilihanraya Presiden Pasca-Mubarak, sehingga usaha menggagalkannya untuk bertanding berjaya.

Beliau berjaya menyatukan kelompok islamis yang berpecah kearah satu agenda. Pandangan beliau tajam. Bacaan politik beliau tepat, termasuk ramalan berlakunya Kudeta Tentera telah pun beliau ingatkan, setahun sebelum terjadinya kudeta. Di belakangnya, sentiasa terdapat ribuan pemuda yang bersama dalam perjuangannya.

Beliau digelar Singa Umat kerana ketegasan & keberanian menyatakan Al - Hak, terutama di kaca TV.

Beliau adalah Sheikh Hazem Salah, seorang alim ulama' yang berjuang bersama umatnya. Kini dipenjarakan, dan perbicaraanya bakal berlansung pada 6 Januari 2014.

Tuesday 5 November 2013

1 Muharram 1435H

Assalamua'laikum wbt.. Sempena dengan tahun baru hijrah 1435H ni, mari, aku nak ajak korang semua berfikir.. Sejauh manakah roh tahun baru hijrah meresap dalam diri kita? Adakah kita memang menghayati dengan sepenuhnya tentang tahun Hijrah ini? Adakah kita menganggap tahun baru Hijrah ini sama kedudukan atau sambutannya dengan tahun baru Masihi? Dan adakah kita menanam azam baru dalam tahun baru Hijrah sepertimana kita menanam azam baru semasa tahun baru Masihi?

Sebenarnya, aku pun sama.. Aku mengaku yang aku sendiri tidak menghayati tahun baru Hijrah.. Semangat itu tidak sama sepertimana ketika tahun baru Masihi.. Aku juga tidak menanam azam ketika ini.. Tapi bukan itu yang aku ingin kesalkan.. Yang aku kesalkan ialah betapa kuatnya pengaruh Barat dalam hal sekecil ini.. Ya! Ini perkara remeh tapi kita lihat kembali, dalam hal sekecil ini pun, kuatnya pengaruh Barat dalam kehidupan kita.. 

Saturday 2 November 2013

PRESENTING TO YOU MY FRIENDS OF 6 ANAS ^^

setiap pertemuan itu, pasti akan berakhir dengan sebuah perpisahan.. yang bermula itu pasti ada pengkahirannya.. pengalaman mematangkan, masalah menduga kesabaran.. Tapi disebalik semua ujian ini, terselit 1001 hikmah dan kenangan manis yang dapat dinikmati bersama.. Kenangan-kenangan manis ini akan menjadi memori utuh dalam ingatan aku..

Bermula dengan sebuah perkenalan, yang agak kekok.. Tersipu malu.. Lama-kelamaan perasaan segan itu hilang dan diganti dengan perasaan mesra dan rasanya seperti ukhuwah yang sudah terjalin bertahun lamanya.. untuk pembaca semua, malam ni, aku ingin perkenalkan kepada kau orang semua kawan-kawan aku dari kelas 6 Atas Anas.. 
mula, kita start dengan 3 dara pingitan ni dulu.. 3 orang kawan yang sering bersama.. dari kiri, Fahimah, Shahirah dan Hidayu.. bak kata orang, sorang xde xlengkap. sama cantik, sama comel...

yang manis di atas ini namanya Fatimah..dialah yang selalu tolong aku.. disebabkan aku ni agak slow dalam pengurusan jadi dialah yang selalu tolong aku.. agak sensitif tapi mudah sangat untuk memaafkan orang lain..

dua orang ini adalah gamer sejati... yang berdiri tu namanya Hidayah dan yang sedang duduk tu namanya Hafshah.. dua-dua cool dan gila-gila.. orang punya ni.. hehe.. petang-petang aku akan lepak dengan diorang dan sembang-sembang pasal kehidupan.. dua-dua ni best..!

dalam gambar ni pula.. dari kiri yang sedang berdiri tu namanya Rashidah, sesuai dengan namanya, memang seorang pembimbing.. seorang sahabat yang sering mengingatkan aku.. sebelahnya namanya Ain.. kelahiran kuala berang.. baik orangnya.. kalau aku suka, dia mesti suka jugak.. haha.. sebelahnya namanya Farahaini.. seorang kawan yang tabah aku kira.. tidak kurang tegas dan kalau dia ketawa besar, mesti air mata ketawa dia mengalir.. haha.. seorang yang teliti dan rajin.. ^^.. dan yang bawah tu namanya Syahida.. dah 7 tahun aku kenal dia.. dia macam aku jugak dari sekolah SHAMS.. haha.. seorang yang ceria dan juga kadang-kadang akan transform jadi seorang penjual.. dia jual makanan macam snek.. hehe.. ramai yang beli.. kadang-kadang dia akan belanja aku.. hehe.. 
yang mengada-ngada kat atas ni namanya Izzati.. Mangsa buli aku di sekolah.. seorang yang intelligent, ramah, gila-gila dan seorang yang ceria.. ada kalanya aku akan share minat yang sama dan pandangan yang sama dengannya.. peribadinya yang lawak membuatkan orang sekelilingnya mudah mesra dan kamcing dengannya.. hehe..

Friday 1 November 2013

DAKWAH: LEBIHKAN HUSNUDZON?? SELEMAH-LEMAH IMAN??

"Eh, abang dia ke tu? Ke boy dia?"
"Nak tegur, tapi husnudzon saja lah.. Mungkin abangnya. Kita tak tahu."

Inilah kekadang situasi yang aku alami. Ada kekuatan ingin menegur tapi terbantut di tengah jalan. Kerana sifat husnudzon. Kekadang jelas jer terpampang kesalahan seseorang, tapi aku takut untuk menegur kerana bagi aku si mad'u mungkin ada sebab tersendiri mengapa dia lakukan begitu. 

Rasa untuk menegur itu tiba-tiba terhenti kerana aku fikir mungkin dia berada dalam situasi tersendiri. Mungkin, mungkin, mungkin mungkin.. Husnudzon dan terus husnudzon.. Bukan aku ingin salahkan perasaan husnudzon aku.. Tapi bila aku lebihkan perasaan husnudzon ini, kerja dakwah tak tergerak.. Dan sehingga iman aku menjadi selemah-lemah iman kerana hanya mampu mencegah dalam hati..

Bila aku tegur, aku takut aku tersalah nilai. Mad'u menjauh. Strategi dakwah menyimpang. Iya. Memang dakwah itu berseni. Tapi aku tidak reti macam mana nak pelbagaikan seni dakwah. Kalau tak kena cara, tiada mad'u yang boleh menerima. Haissh..

Apabila jadi begini, aku teringat akan satu kisah dari sirah nabi..Tidak pasti zaman nabi apa. Ada seorang lelaki yang kencing di masjid. Para sahabat sangat marah kepada lelaki itu dan ingin menegur lelaki itu. Tapi ditahan oleh nabi kerana alasan orang itu tidak tahu. Dan nabi menyuruh sahabat-sahabat membersihkan tempat yang terkena kencing lelaki tadi.

Melalui kisah ini, aku nilai kembali cara aku menegur. Kadang-kadang aku mengambil sikap mencegah dalam hati. Tapi bagi setengah situasi, aku beranikan diri untuk bertanya dahulu sebelum menegur si mad'u.. Itupun kalau aku berjaya kumpulkan segenap kekuatan dalam diri. Kalau tidak, aku hanya lebih berhusnudzon..

Aku mohon ampun Ya Rabb.. Iman aku lemah.. Aku tidak kuat untuk berdakwah.. Aku hanya mencuba apa yang aku boleh sahaja. Maafkan aku kerana aku punya iman yang lemah.. Dan sehingga sekarang, walaupun aku telah menilai bagaimana aku berdakwah, aku masih tidak dapat pastikan adakah perasaan bersangka baik itu adalah selemah-lemah iman atau tidak.. Allahu a'lam bissowab.. Allah sebaik-baik Penilai.. ^^