Tuesday 5 November 2013

1 Muharram 1435H

Assalamua'laikum wbt.. Sempena dengan tahun baru hijrah 1435H ni, mari, aku nak ajak korang semua berfikir.. Sejauh manakah roh tahun baru hijrah meresap dalam diri kita? Adakah kita memang menghayati dengan sepenuhnya tentang tahun Hijrah ini? Adakah kita menganggap tahun baru Hijrah ini sama kedudukan atau sambutannya dengan tahun baru Masihi? Dan adakah kita menanam azam baru dalam tahun baru Hijrah sepertimana kita menanam azam baru semasa tahun baru Masihi?

Sebenarnya, aku pun sama.. Aku mengaku yang aku sendiri tidak menghayati tahun baru Hijrah.. Semangat itu tidak sama sepertimana ketika tahun baru Masihi.. Aku juga tidak menanam azam ketika ini.. Tapi bukan itu yang aku ingin kesalkan.. Yang aku kesalkan ialah betapa kuatnya pengaruh Barat dalam hal sekecil ini.. Ya! Ini perkara remeh tapi kita lihat kembali, dalam hal sekecil ini pun, kuatnya pengaruh Barat dalam kehidupan kita.. 


Ini baru hal sekecil takwim.. Belum kita tengok sebesar-besar hal.. Tengok syabab kita? Pakaian mereka? Bagaimana perilaku mereka? Pemudi Islam kita? *selfreflectactually* Masyarakat Islam kita? Negara Islam kita? Pentadbiran Islam bagaimana? Siayasah, Jinayah, Iktisod? Bagaimana? Aku tinggalkan soalan ini.. Untuk sama-sama kita renungkan.. Nasib umat kita..

Menjelang awal muharram, Palestin dikejutkan dengan serangan Israel angkara terowong yang dijumpai oleh pihak mereka sendiri.. Cerita lanjut boleh baca di page-page di FB.. Sama macam tahun hijrah lepas, Tanah suci yang ketiga itu juga diserang oleh Israel.. Inikah hadiah untuk mereka di awal muharram? Hmm..

Kita memang tidak dapat melakukan apa-apa melainkan hanya menghantar doa-doa.. Usaha-usaha kita hanyalah secebis dari cebisan usaha mereka.. Moga kita perhebatkan lagi doa kita.. :D Aku bukanlah baik, tapi aku sedang mencuba untuk berusaha menjadi yang baik.. Bukan pada mata manusia, tapi pada pandangan Ilahi.. Salam Maal Hijrah 1435H.. Mohon doa kalian... Esok exam maaa... *hehehe*

s.e.n.y.u.m

No comments:

Post a Comment