Friday 15 November 2013

KALA HATI SUDAH BERTAUT (bab 5)

Keringat peluh mengalir turun pada dahi Fiq. Bakul berisi kuih-muih dijinjingnya ke kedai Mak Cik Long. Penat. Dia menjaja kuih-muih di sekitar perumahannya. Hendak kata laku, tak adalah sangat, tapi bagi Fiq ini sudah cukup. Letihnya. Keluh Fiq.Selesai sahaja menjaja kuih, dia terus mengatur langkah ke warung Mak Cik Long.

Kelihatan ramai pelanggan yang harus Mak Cik Long layan. Kebiasaannya, hanya orang tua-tua yang duduk lepak di situ. Sambil lepak, sambil main dam haji. Fiq cukup tidak sukakan perangai veteran-veteran yang hanya membuang masa bermain dam haji. Padahal kudrat mereka yang masih bersisa itu patutlah digunakan untuk beribadah kepada Tuhan. Yalah, umur mereka bukanlah panjang lagi. Orang melayu kata, rumah kata pergi, kubur kata mari. Fiq hanya menggelengkan kepala.

Fiq melabuhkan punggungnya di kerusi makan. Dikibas-kibas mukanya dengan tangannya sendiri bagi mengurangkan sedikit kepanasan.

"Cik Long, Fiq dah siap jual kuih nih", laung Fiq. Mak Cik Long yang berada di dapur sedang buat air kopi untuk pelanggan-pelanggannya. Tak menang tangan dibuatnya. Laku betul nasi lemak dia hari ini.

"Haa.. kamu taruk dulu bakul kat situ. Nih, tolong Cik Long kat dapur ni. Ramai sangat nak nasi lemak ni." pinta Mak Cik Long. Fiq terus bangun dari tempat duduknya dan menapak ke dapur. Fiq melakukan kerja seperti yang disuruh Mak Cik Long. Membungkus nasi lemak, menghidang air dan makanan untuk pelanggan. Waktu-waktu kemuncak begini memang ramai orang. Walaupun pada hujung minggu, penduduk kawasan perumahan akan memilih nasi lemak Mak Cik Long sebagai menu tengah hari mereka. Nasi lemak Mak Cik Long selain sedap harganya pun berbaloi. Layanan Mak Cik Long juga sangat mesra. Ini membuatkan warungnya sentiasa dikunjungi pelanggan.

Haa... siap pun. Mujurlah time ni lengang sikit orang. Rileks dululah. Gumam Fiq. Sekali lagi dia mengibas-ngibas mukanya yang kepanasan dengan helaian surat khabar. Hadoi. Panas betul hari ni. Getus hatinya.

"Fiq, ni haa, Cik Long belanja kamu air milo ais. Minum." pelawa Mak Cik Long.

"Wah, rezeki jangan ditolak! Terima kasih Cik Long. Patutlah Cik Long selalu nampak cantik. Baik hati rupanya." puji Fiq.

"Kau ni Fiq, kaki ampu betul. Minum ajelah. Cik Long tengok kamu letih jaja kuih Cik Long ni." jelas Mak Cik Long.

"Hahaha, apa-apa pun terima kasih Cik Long. Air milo ais Cik Long ni terbaik dari ladang tau!" puji Fiq.

"Hmm.. iyelah tu. Fiq, nanti kamu tolong cuci pinggan kat belakang ye. Cik Long nak tutup awal sikit hari ni. Kak Ma kamu nak balik rumah hari ini katanya. Cik Long nak masak untuk dia." ujar Mak Cik Long.

Fiq hanya mengangguk tanda faham dan dia terus meluru ke belakang untuk membasuh pinggan seperti yang disuruh Mak Cik Long. Mak Cik Long pulak sibuk mengemas meja dan bersiap-siap untuk tutup warung nasi lemaknya.

"Cik Long, Fiq dah siap. Ada apa-apa lagi ke nak Fiq tolong?" soal Fiq.

"Hmm.. rasanya tak ada dah kot. Cik Long pun dah nak siap ni. Fiq baliklah dulu. Yang selebihnya ni, Cik Long bereskan." ujar Mak Cik Long.

"Ok, kalau macam tu, Fiq jalan dulu ye Cik Long. Assalamua'alaikum! Terus tangan Mak Cik Long dicapai dan dicium. Fiq terus meninggalkan warung Mak Cik Long. Fiq membetulkan tudungnya dan mengelap peluhnya yang semakin menitis. Matahari semakin garang memancarkan sinarannya yang terang dan panas. Sepertinya mahu menggaring kulit mulus Fiq. Fiq percepatkan langkahnya menuju ke rumah. Memikirkan adiknya yang mungkin belum makan.

"Assalamua'laikum! Am? Oo.. Am? Am kat mana?" laung Fiq.

"Am kat dapur kak." pekik Am.

"Eh, Am, buat apa ni? Am dah makan ke belum? Kak Im mana?" bertubi-tubi soalan yang diajukan Fiq.

Am menarik nafas panjang untuk menjawab soalan Fiq, "Am tengah masak megi, Am belum makan, Kak Im ada kat bilik, tengah buat kerja dia."

Fiq hanya tersenyum melihat telatah adiknya yang polos. "Hai, kesian adik akak. Dah, Am pergi kat depan. Biar Kak Fiq yang tolong masak untuk tengah hari ini. " arah Fiq. Am hanya menurut kehendak Fiq. Dia pun tak adalah pandai sangat memasak. Waima megi sekalipun. Ala Am kan budak lagi. Mana reti masak.


Belum hilang lelah di warung Mak Cik Long, Fiq melayan pula karenah adiknya. Nak minta tolong Naimah pun dia tak nak. Takut mengganggu kerjanya. Dia tahu Naimah sibuk. Semalam saja dia terpaksa tidur lewat untuk menyiapkan kerja projeknya yang entah bila nak siap. Fiq tak merungut malah dia sangat faham situasi kakaknya yang terpaksa kerja overtime untuk menyara mereka sekeluarga.

Fiq segera menyiapkan hidangan tengah hari untuk mereka sekeluarga. Ayam masak merah dan sayur campur jadi pilihan. Makanan kegemaran Am. Setelah selesai dengan kerja di dapur, Fiq menjenguk Naimah di biliknya. Kelihatan Naimah masih tekun menghadap kerja projeknya. Khusyuk sampaikan dia sendiri tidak perasan kehadiran Fiq di situ.

"Kak Im, busy ke?" soal Fiq. Bahu Naimah dicuitnya dan dia melabuhkan punggungnya di birai katil Naimah.

"Eh, Fiq bila balik?" kaget Naimah ketika bahunya dicuit Fiq. Matanya kelihatan lebam. Mungkin kekurangan tidur dan terpaksa pula bangun awal untuk menghadap kerja projek.

"Erm, dah lama dah. Fiq nak ajak Kak Im makan. Fiq dah masak. Ayam merah dengan sayur campur." ujar Fiq.

"Astargfirullahaladzim, Fiq dah masak? Minta maaf, sepatutnya Kak Im yang masak. Kak Im tak perasan yang dah masuk tengah hari. Kesian Fiq kena masak untuk Am dan Kak Im. Minta maaf." kesal Naimah. Dia terlalu tekun dengan kerja pejabatnya sampai dia terlupa yang Am masih belum makan tengah hari.

"Ala, Kak Im ni. Nak rasa bersalah pulak. Rilekslah. Macam tak biasa. Bukannya selalu Fiq masak. Sekali-sekala kan. Hehe.. Lagipun Fiq faham yang Kak Im busy." jelas Fiq. Penjelasannya diharapkan dapat menghilangkan sedikit rasa bersalah yang bertamu di hati kakaknya.

"Haa. Jom Kak Im, kita makan. Nanti lepas makan, Kak Im sambung kerja Kak Im balik ye. Sekarang ni makan dulu. Baru ada tenaga." pelawa Fiq. Dia juga sedikit bimbang dengan keadaan kakaknya yang obses dengan kerjanya. Makan pun kurang. Hanya untuk keluarga, dia sanggup buat apa sahaja. Naimahlah yang menjadi tempat bermanja untuk Fiq dan Am. Segala beban dan tanggungjawab terpikul ke atas bahunya setelah ibu bapa mereka meninggal.

"Fiq, jadi ke tidak pergi party Shah tu? Jangan lupa pakai baju kurung tu ye.. Hehe.." sempat Naimah menyakat adik perempuannya. Am pula dari tadi hanya melantak. Jelas menunjukkan dia lapar.

"Ala kak Im ni. Sajalah tu nak menyakat. Topik lainlah. Please." Fiq memang malas nak berbincang soal itu. Memang Naimah berniat untuk menyakatnya. Dia redha sajalah.

"Hehe.. Tapi kan Fiq, memang Kak Im nak tengok sangat-sangat Fiq pakai baju-baju macam tu. Ala-ala feminine gitu. Mesti ayu adik kakak ni. Dahla cantik, berseri-seri lagilah bila pakai baju pink macam tu. Fiq kan dah macam rockerz Kak Im tengok. Pakai baju-baju feminine macam tu barulah sweet, barulah ramai orang nak. Macam si Shah tu." komen Naimah. Dia sudah selesai membasuh pinggannya. Am pula dah tadi dah lenyap. Reaksinya menunjukkan dia langsung tidak berminat dengan konversasi dua orang kakaknya. Dia masih terlalu kecil untuk semua itu.

Tersedak Fiq mendengar. Tangannya mencapai gelas berisi air. Dia seakan tidak percaya apa yang dia dengar dari mulut kakaknya. Terbeliak mata.

"Ish, Kak Im ni, manalah si Shah tu suka kat Fiq. Mengarutlah. Kita orang kawan je lah. Tu pun baru aje berkenalan. Dia tu budak top kat sekolah." panjang lebar Fiq terang. Tidak selesa dengan tanggapan Naimah.

"Ala, yang Fiq nak sensitif sangat ni kenapa? Kak Im gurau aje. Gelabah sangat." sakat Naimah. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi setentang dengan Fiq. Milo aisnya diminum. Penyejuk kerongkong di tengah hari.

"Hmm.. Yelah Kak Im, pergilah sambung kerja tuh." Fiq bangun dari kerusinya menuju ke sink dapur.

"Ala, marah pulak adik kakak yang comel ni. Oklah, Kak Im tak sebut lagi pasal menda ni. Hehe.. Ok, Kak Im sambung kerja dulu ya." Gelas milonya diletakkan ke dalam sink. Fiq hanya menyambung kerjanya. Dia mula berfikir tentang apa yang dilontarkan dari mulut Naimah. Shahrul suka dia? Dia mula resah. Dia berharap tanggapan Naimah itu 100% salah. Dia tahu yang Nurul sukakan Shahrul. Dia tidak mahu disebabkan hal remeh begini, dia dan Nurul putus sahabat. Tidak mahu disebabkan lelaki, dia bergaduh dengan Nurul. Mintak selisihlah.

Malam tu, Fiq mengambil masa untuk membaca novel kegemarannya. Hatiku MilikNya. Walaupun peperiksaan semakin hampir, Fiq tetap tidak meninggalkan novelnya. Lebih-lebih lagi novel yang berunsurkan tauhid. Baginya, dengan membaca novellah, dia dapat kurangkan stress belajar selain dapat tambah ilmu. Fiq tertarik dengan bait dari novel yang dia baca.

"Cintailah seseorang itu secara diam-diam, seperti kisah suci Saidatina Fatimah dan Saidina Ali yang akhirnya Allah pertemukan jua. Sesungguhnya mereka yang mencintai secara diam-diam itu sedang berjihad. Berjihad untuk menentang kehendak diri dan menundukkan nafsu."

Terkesima Fiq. Bibirnya mengukir satu senyuman. Dia berdoa agar perasaan dia terhadap si dia akan terus dia pendam. Istiqomah. Nekad. Malam itu juga, dia tidur dengan satu harapan agar Allah sentiasa menjaga hatinya daripada sebarang pesongan dari agama. Ameen.

No comments:

Post a Comment