Thursday 27 June 2013

~RINDU TARBIYAH~

salamun a'laik.... sedikit pengisian untuk dikongsi.. bukan untuk membuka pekung di dada, tapi hanyalah terbiyah dari hati ke hati.. hoho.. insyaAllah...

ada hari-hari yang buat kita gumbira kan... huhu.. orang kata, suka sampai tak ingat dunia... hohoh.... tapi, gumbira gumbira jugak, iman macam mana? hati suka, tapi iman berduka... Allahu Allah... suka suka suka... lagho lagho... :'(.. kesian iman... hmm.. jahatnye diri aku ni.. zalim terhadap diri sendiri.. aku rindu hatiku yang dulu... walaupun masih ada titik hitam, tapi tidaklah seteruk sekarang...

dulu, jauh di sudut hati, masih berbaki keinsafan dalam diri.. tersisa rasa penyesalan atas dosa yang semakin meninggi... dulu, hati selalu menangis... dulu.... sungguh aku rindu hati yang dulu.. hati yang rela ditarbiyah.. demi kebaikan dan maslahat ummah...

ujian yang membuatkan kita mengingati Allah itu adalah lebih baik daripada nikmat yang menjauhkan diri kita dari Allah... Allah... setiap hari aku akan minta pada Allah, supaya Allah kuatkan hati aku.. kuatkan iman aku.. teguhkan pendirian aku.. kerana aku masih mencari identiti diri.. aku masih dalam usaha mengenal hati dan diri sendiri.. aku minta pada Allah supaya kembalikan hati aku yang lam dulu.. hati yang selalu merintih mengharap cinta dariNya.. hati yang selalu rindu untuk bermunajat kepadaNya.. sekarang?? aku kurang mengingatiNya.. padahal Dia sering mengingatiku.. tidak lupa akan diriku.. sentiasa melimpahkan kasih dan sayang terhadapku..

Allah, aku malu sendiri... betapa nikmatMu yang menggunung selalu dilimpahkan ke atasku.. tapi aku bodoh! kufur nikmatmu... tapi Ya Allah, Engkau ampunkanlah aku yang hina ini, dek kealpaan dan kelekaanku terhadapMu... aku sedar ya Allah, walaupun aku sekarang tidak sama aku yang dulu, tapi aku akan terus berusaha untuk menjadi seperti dulu.. maka Engkau bantulah aku ya Rabb.. pimpinlah aku.. tarbiyahlah aku ya Khaliq... aku perlukanMu dalam hidupku.. aku butuhkanMu di sepanjang jalan hidupku... dan Engkau ampunkanlah aku ya Rabb atas dosa-dosaku...

# tiba-tiba emo sikit malam ni... teringat kata-kata senior aku, "Baiti, banyakkan menangis...". aku sentap.. tapi aku bersyukur sebab masih ada yang peduli... terima kasih kepada senior aku.. Nik Nur Haramaini... kata-kata darinya sering menginsafkan tangkai hatiku... :D..

Friday 21 June 2013

DEMI ALLAH, AKU TAK KUAT, TAPI KERANA ALLAH, AKU HARUS KUAT

orang selalu lihat aku gembira,
mereka selalu melihat aku bersuka,
senyumanku selalu di mata mereka, 
gelak tawaku seiring dengan gelak sakan mereka,
gembira, suka, senyum, ketawa,
mereka rasa ini semua sebati dalam jiwa,
jiwa seorang saya,
seakan tiada duka,
seakan tiada derita,
seakan tiada perkataan sedih dalam jiwa,
mereka nampak itu cuma.

Tuesday 18 June 2013

WARKAH UNTUK ABAH.. SELAMAT HARI BAPA~~

Kehadapan abah yang tersayang,

Assalamua'laikum abah... Bagaimana abah di sana? Orang doakan abah sentiasa baik, aman dan sejahtera di sana. Orang akan selalu mendoakan keselamatan dan kesejahteraan abah di sana. Moga Allah pun kabulkan doa orang untuk abah. Mak, Yoyo, Amir, Siti, Anas, Aqih dan Bak pun turut mendoakan kesejahteraan abah.

Abah,
Hari-hari yang berlalu terasa kosong tanpa abah. Orang rindukan abah. Segala kerja buat orang di dalamnya akan ada wajah abah. Sentiasa. Demi Allah, orang tak kuat. Tapi kerana Allah orang harus kuat. :').. Tapi kekuatan itu terbatas. Siti selalu cerita.. Kekuatannya ialah abah. Terharu. Semua yang dia lakukan adalah untuk abah. Segala kerja buat dia untuk abah. Pendek kata semua itu untuk abah.. Dia kuat.. Tak macam orang.

Abah,

Betul abah cakap, orang akan merindukan abah setelah abah pergi. Kalau dulu-dulu, abah selalu suruh orang buat air. Tapi orang malas. Tapi selepas itu, orang buat jugak. Sebab apa? Abah pesan, nanti kalau abah tak ada, orang akan menyesal sebab tak buat air untuk abah. Abah! Betul cakap abah. Orang menyesal. Walaupun orang dah buat, tapi masih tak puas! Orang nak buat lagi air untuk abah. Orang rindu!

Abah, 

Abah, orang mintak maaf atas kesalahan orang selama ini. Kenapa abah tak cakap yang abah nak pergi? Kenapa abah tak cakap? Tapi mungkin abah dah bagitau, tapi orang aje yang tak sedar. Orang aje yang bodoh sebab tak perasan yang abah dah bagi tanda-tanda itu. Orang aje yang tak perasan. Orang bodoh! Orang terkilan sebab tak sempat nak mintak maaf dengan abah. Abah, orang terkilan sangat! Kalaulah orang tahu yang pagi tu abah dah nak pergi, orang takkan ke sekolah pagi tu. Orang akan duduk aje kat rumah jaga abah! Abah! Orang menyesal! Mak bagitau yang abah sebut nama orang. Mintak maaf abah sebab orang takde kat sisi aboh. Orang mintak maaf! Impian orang nak ajar abah sebut kalimah tauhid tak kesampaian. Sekali lagi orang terkilan. Orang mintak maaf abah! :'(

Abah, setiap inci ruang dalam rumah abah ni, mengingatkan orang kepada abah! Kerusi malas abah, komputer abah, sofa yang selalu abah duduk, baju abah, bilik abah, katil abah... Semua benda dalam rumah ni! Semuanya yang milik abah! Allah.. :'(.. Abah, orang selalu mintak pada Allah yang satu hari nanti abah akan dapat semula nikmat penglihatan. Supaya abah dapat tengok wajah kami sekerluarga. Orang selalu doa. Walaupun benda tu memang mustahil. Abah orang harap sangat yang abah dapat tengok muka orang. Dapat menangis masa orang menangis. Tak kira duka atau suka. Abah! Orang harap sangat semua tu berlaku walau hanya dalam mimpi orang. Tapi memang perkara ni mustahil...

Abah,

Orang nak mintak abah halalkan makan minum pakaian orang selama orang hidup ni. Orang akan selalu ingat dan doakan kesejahteraan abah! Abah, orang akan selalu ingat wajah abah, senyuman abah, sentuhan hangat abah, kasih sayang abah, kata-kata abah, pesan abah, dan orang nak ucapkan terima kasih sebab selama ini abah jaga orang dengan baik! Abah sayang orang, abah didik orang, abah jaga orang, abah cari rezeki untuk orang, abah susah payah untuk tunaikan permintaan orang, semua ni hanya Allah yang dapat balas! Abah! Terima kasih untuk semua ni.. Hanya itu yang mampu orang ucapkan...

Akhir kalam, orang akan sentiasa kenang abah dalam doa orang! :') Selamat hari bapa, abah! Semoga abah dapat dengar luahan hati orang. Semoga kita berjumpa lagi di sana. Orang akan duduk bersama abah. Semoga Allah mengizinkan! Sayang aboh dulu, kini dan selama-lamanya dunia akhirat!

Salam sayang dan rindu, dari Anakmu, 
Siti Nurbaiti bt Mohamed,
dengan ucapan Selamat Hari Bapa
18 Jun 2013
9 Sya'ban 1434H

Saturday 15 June 2013

POLIGAMI



assalamua'laikum wbt... hehehe... kau orang mesti dah boring kan dgn post aku.. haha.. sabo aje lah.. orang suke menulis ni lain sikit.. almaklumlah hujung minggu kan.. so banyak la masa yang terluang.. hehe.. jangan marah aaa....

ok malam ni aku ada nak share satu ayat dari Al-Quran...

"Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain) : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (dia antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman."

(Surah an-Nisa' ayat 3)

SOAL JODOH..BIAR ALLAH YANG DECIDE~



salamun a'laik~ salam mahabbah~ lame la jugop dop post something... kali ni entri yang lain ckit.. tp dop tahulah lainnye kot mane..haha.. anggap r ni satu post yang crazy sikit...hehe... tp klo anggap bermnfaat pom bolee...hehe

hari tu aku ade trbace satu blog ni tau.. name dia tak ingat r.. klo ingat pun tak nak bagi tau r.. hehe.. bace2 punyelah bace, mmg trtarik r.. bhase dia, cra pyampaian dia... mmg hebat r.. vocab pun tggi kan... haha.. pstu ada terbace satu sentence dia.. dia nakkan jodoh yang hafal surah at-tahrim..klo tak silap r.. haha.. ala..orang soleh msti r nakkan yang solehah.. haa... blogger tu laki2 r.. dah nama pun aku sebut soleh kan.. haha...

Tuesday 11 June 2013

KALA HATI SUDAH BERTAUT (bab 3)

Kereta Nissan GTR meluncur laju menuju ke madrasah Darul Taqwa. Dari tadi lagi dia sudah memikirkan nasib adiknya yang terpaksa menunggu lebih lama lantaran dia terlewat menjemput. Tambahan pula, dia tersadung jatuh tadi. Lagilah membuatkan dia bertambah lewat. Sewaktu dalam kereta, Fiq hanya mendiamkan diri. Hanya kedengaran deejay radio yang berceloteh dari tadi. Dia tidak becok bercakap seperti di rumah Farid. Segan dengan Shahrul yang menolongnya menjemput adiknya pulang. Dia sempat membelek lututnya yang berdarah. Warna darah masih melekat di kain baju kurungnya. Jelas. Sesekali dia mengaduh kesakitan. Pedih rasanya.

"Err.. Shah.. sorrylah aku menyusahkan kau. Tak pasal-pasal pulak kau kena ambil adik aku. Pastu kau hantar aku balik rumah pulak. Aku minta maaf banyak-banyak." ujar dalam nada yang tersekat-sekat menahan rasa perit yang bertandang. Sungguh dia berasa segan dengan apa yang dilakukan Shahrul. Dia hanya mampu mengucapkan kata terima kasih. Untuk membalas budi Shahrul, memang tidak mampu. 

"Ala.. Fiq, aku tak kisahlah. Kan kita kawan. Kawan kenalah sama-sama tolong. Hari ni hari kau, mana tahu esok-esok aku susah, kau pulak yang tolong." ujar Shahrul. Sedikit tersenyum. Dia memang senang untuk menolong gadis itu. Tapi kekadang dia pun hairan macam mana hatinya tertarik untuk menolongnya. Hairan. Fiq sedikit terharu dengan kenyataan Shahrul. Hatinya tersenyum walaupun dia masih berasa yang dirinya telah menyusahkan lelaki itu.

"Alamak, aku jadi seganlah pulak dengan kau. Ye ye, lain kali kalau kau susah aku tolong pulak. I owe you one." Fiq sudah mula menawarkan diri untuk membantu jika Shahrul dalam kesusahan. 

"Kau ni Fiq, nak segan-segan pulak dengan aku. Rilekslah. Macam aku kata tadi, kawan susah kenalah tolong." ujar Shahrul sambil matanya masih fokus kepada pemanduannya di jalan raya. Hanya sesekali dia berpaling ke arah Fiq. Fiq pula hanya mengangguk.

EXAM ATAU LILLAHI TAA'LA?

Assalamua'laikum wbt. Sentap.. Itu aje yang dapat aku gambarkan bila aku scroll down feeds FB aku n nampak picture ni.. Betul r Sheikh Muhammad Ghazali kate, belajar hanya untuk peperiksaan.. Memang kena atas batang hidung sendiri... Allah... Aku lemah... Tapi insyaAllah, aku akan bermujahadah.. Bantulah aku, ya Rabb...

Aku tak nafikan, kadang2 aku pun belajar sebab periksa, sebab nak dapat tittle best student.... Hmm... Pastu kelmaren, ustazah Syariah aku ada cerita yang dia kesal dengan budak-budak agama ni yang ada ilmu agama tapi tak praktikkan.. Maknanya, belajar sekadar untuk exam.. Macam manalah ilmu tu nak melekat dlam hati... Macam manalah ilmu tu nak jadi perisai diri.. Awal2 niat belajar dah salah... Sebab itulah kalau kat sekolah aku ramai yang belajar Syariah, Usul, Quran Sunnah bila keluar aje dari sekolah tidak mggambarkan yg dia tu belajar subjek2 tu...

Amat rugilah bagi mereka.... Padahal ada hadis yang menyebut, Apabila Allah inginkan kebaikan kepadamu, maka Dia akan memberi ilmu untukmu.. Maknanya kalau Allah nak kita dapat hidayah, jadi soleh atau solehah, Dia akan beri kita tunjuk ajar iaitu ilmu... Tapi tgok r sekarang berapa ramai aje yang betul2 mmpraktikkan ilmu yg dia belajar... Termasuk aku!! Haiihh... Malu aku!! Jadi mari kita modified hati, aku pun nk modified jugak hati aku ni... Adakah aku belajar semata-mata untuk exam atau LILLAHI TAA'LA..?

Saturday 8 June 2013

HUH? CUTI DAH HABIS?



Salamun a'laik ya teman-teman.. well, as you know ye kawan2, esok dah nak mula skolahlah..huh? korang tak tahu, meh aku bagi tahu....ESOK DAH MULA SEKOLAH..haha.. tapi untuk pantai timur je lah..pntai barat boleh rilek lagi..hhehehe....maknenye cuti pun dh hbis.. bak kate Aaron Aziz dalam criter ape tu..entah r..tak ingat...Cuti suda habis bro..wakaka..

sabor aje lah...well, like I said...tomorrow school will starts.. and adik- adik yang skolah tu trpakselah packing barang skol..hmm..xseronok kan? cntek-cntek dua minggu cuti, ni kne strt skola blik..aku pom sme la...kne pi skol jugak esok...malassnyerr...

Wednesday 5 June 2013

KALA HATI SUDAH BERTAUT (bab 2)

"Haa.. siapa pulak nak terangkan untuk chapter ni? Kalau aku memang tak la.. Aku kurang sikit bab-bab kehidupan ni.." jelas Nurul. Dia mengerling ke arah Fiq yang sedang ralit menelaah subjek killer tersebut.

"Ala.. siapa lagi kalau bukan Fiq ni haa.. Dia kan terrer." puji Farid sambil menyiku lengan Fiq. Fiq yang tadinya asyik merenung bukunya tersentak. Aik. Apa pasal aku pulak. Kau pun terrer jugak Farid ooi.. Gumam hatinya.

"Kau ni Farid, kau pun terrer apa. Bio kau aku tengok mantop apa." Fiq cuba berdalih. Bukan dia tidak mahu explain tetapi Farid pun bijak dalam subjek Biology. Bukan dia tidak tahu yang keputusan subjek Biology Farid lebih tinggi daripadanya. Sebab itu dia segan untuk menjelaskan apa yang dia faham. Dah orang bijak dah ada kat sini. Buat apa dia nak lebih-lebih. 

"Hari tu kan aku dah explain. Ni giliran kau la pulak" Farid membuat alasan. Fiq hanya mengangguk. Tak kuasa dia nak membalas apa yang dikatakan Farid. Kalau ikutkan memang betul apa yang Farid cakap. 

"Ala.. yelah yelah..aku terangkan. Chapter apa? Tajuk apa?" Fiq akhirnya mengalah. Tersenyum Farid dan Nurul. 

"Ok, how about we do some revisions for form four syllabus?" cadang Nurul. Farid mengangguk mengiyakan cadangan Nurul. Fiq membelek helaian bukunya yang menempatkan tajuk yang mereka belajar di tingkatan empat. Terlalu banyak. Fiq mengambil keputusan untuk menerangkan tajuk pada bab tiga.

"Ok ye anak-anak semua. Dengar apa yang cikgu nak terang ni. Tiada siaran ulangan ye. Lend your ears. I will teach you all about the movement of substances across the plasma membrane" pesan Fiq sambil membuat gaya ala-ala cikgu. Belum sempat Fiq memulakan pengajaran tidak bertauliahnya, mereka disapa bunyi deruan enjin kereta berjenama Nissan GTR milik Shahrul. Keretanya diparkir elok di perkarangan rumah banglo mewah Farid.

Monday 3 June 2013

KALA HATI SUDAH BERTAUT (bab 1)

Terkocoh-kocoh dia berjalan lantaran dia sudah lambat untuk ke kelas. Jam menunjukkan hampir 8.15 minit pagi. Entah kenapa hari itu, dia terbangun lewat. Rasanya aku dah tidur awal semalam. Dia cuba mengingati apa yang dia buat semalam. Hmm..mungkin aku letih sangat kut..Dia bermonolog sendiri. Dia cuba percepatkan langkahnye ke kelas. Jam hitam berjenama Q&Q dikerling sekali. Adeess... Dahlah kelasnya terletak di hujung kolej. Dia yang melalui pintu utama kolej terpaksa berjalan jauh hari ini. Biasanya dia akan masuk melalui pintu belakang kolej. Tapi disebabkan hari ini dia lewat terpaksalah dia berjalan jauh menuju ke pintu utama kolej. Hatinya berharap yang gurunya belum lagi masuk ke kelas. Kenapalah Kolej Inspirasi ni luas sangat. Buat pertama kali dia mengeluh tentang kolej tersebut.

Fiq melalui blok bangunan yang menempatkan budak lower form. Dia membelek buku yang dipegangnya takut-takut ada buku yang tertinggal sebelum terlanggar bahu seseorang. Bukk! Aduh! Satu keluhan dilepaskan. Adoi! Masa ni lah kau nak terlanggar orang. Buku-buku yang dibimbitnya jatuh berselerak di atas lantai.

"Maafkan saya. Awak tak apa-apa?" suara itu bernada bimbang. Tangannya lantas mengutip buku-buku kepunyaan Fiq yang terjatuh. Rakannya disebelah hanya memandang dengan senyuman yang tak lekang di bibir. Fiq sempat mengerling ke arah empunya suara. Laa..mamat ni rupanya. Aku ingat pengetua tadi. Dah suara dah macam ala-ala James Bond dah aku dengar.

"Ye, ye aku tak apa-apa. Terima kasih tolong." Fiq hanya membalas tanpa berniat untuk lama-lama di situ. Dia lantas bangun dan menggosok-gosok bahunya yang terlanggar dengan lelaki tadi. Tanpa berfikir panjang, dia berlalu meninggalkan dua orang lelaki tadi. Sempat di mengerling ke arah jam tangannya. Alamak, dah 30 minit lambat ni. Fiq pantas mengatur langkahnya ke kelas. Masaklah aku kali ni. Dua orang lelaki tadi hanya menghantar Fiq dengan pandangan sebelum mereka ternampak satu badge name yang tertulis Nadia Shafiqa. Matanya lantas mendapatkan kelibat Fiq yang sudah hilang dari pandangan. Kecewa. Shahrul berniat untuk memberi badge nama perempuan itu semasa waktu rehat. Nekad.

"Assalamualaikum, cikgu. Maaf saya lambat." Termengah-mengah Fiq memberi salam. Seketika tangannya tersandar di pintu bilik kuliah. Letih. Beberapa kali dia menelan air liurnya yang dah kering kerana tadinya dia berlari-lari anak ke bilik kuliah.

"Hai Shafiqa, saya dah habis satu bab dah. Dah nak masuk bab lain dah. Kenapa lambat?" cikgu Sejarah merangkap cikgu disiplin di kolej itu bertanya sambil dia membetulkan cermin matanya. Fiq yang dah terketar-ketar mengetap bibirnya. Dia cuba menjelaskan perihalnya yang lambat tetapi melihatkan keadaan guru disiplin yang hampir terkeluar biji mata memandangnya, kata-katanya terus mati.

"Haa..dah-dah, masuk! Lain kali kalau saya tangkap awak lewat lagi ke kelas, siaplah". Tegas Cikgu Brahim berkata. Fiq melangkah masuk ke kelas. Telinganya sempat menangkap ketawa kecil dari rakan sekelasnya. Mukanya merah panas. Bukan panas gara-gara ketawa dari rakan-rakan sekelasnya tetapi sebab dia berlari-lari menuju ke kelasnya tadi. Nasib baiklah mejanya terletak di belakang sekali bawah kipas. Sengaja dia memilih tempat sebegitu untuk hal-hal kecemasan seperti ini. Bolehlah dia longgarkan sedikit stokingnya dan mengibas-ngibas kainnya. Walhal ramai di antara rakan sekelasnya gemar duduk di bahagian hadapan. Sampai berebut-rebut lelaki dan perempuan. Kata mereka berkat duduk kat depan. Ala, duk kat belakang pun berkat jugak.

Fiq mengeluh lega seusai tamat masa Sejarah tadi. Baru saja dia meletakkan kepala di atas meja, tiba-tiba dia dikejutkan oleh suara rakanya. "Hoi Fiq, apasal kau lambat tadi." tanya Farid yang duduk selang satu meja sebelah Fiq. Alamak dia ni, aku nak senang sikit pun  tak boleh. Baru nak tidur.

"Ha'ah Fiq, risau aku fikirkan hang. Hang pi melencong tang mana? Aku ingat hang dah accident ka apa ka?" laju Nurul bertanya. Sengaja dia membuat slang utara. Membulat mata Fiq tatkala mendengar soalan dari Nurul. Accident? Amboi dia ni dah lebih. Gumam hatinya.

"Amboi kau ni Rul, agak-agakla. Kang aku cili mulut tu baru tahu. Dah tak sayang mulut ke apa?" Terluah isi hatinya.

"Takde lah. Aku risau. Macam-macam aku fikir tadi. Bukannya aku nak doakan kau kena benda-benda yang tak elok. Cuma kau tak pernahlah pulak datang lewat macam ni. 30 minit kot. Lambat gila tuh." balas Nurul serius. Farid yang duduk menongkat dagunya di penyandar kerusi terangguk-angguk mengiyakan kenyataan Nurul.

"Hmm.. takde papelah. Aku terbangun lewat tadi. Tu jer. Pastu on the way aku nak ke kelas tadi aku terlanggar budak kelas sebelah tu. Apa entah namanya. Tu yang lambat sikit tadi" jelas Fiq sambil menjuihkan sedikit bibirnya menunjukkan kedudukan kelas sebelah.

"Budak mana pulak ni?" berkerut dahi Farid menanyakan soalan. Inginkan kepastian.

"Ala budak top yang hot kat kolej kita tu. Hot tak la hot sangat. Aku tak ingat nama dia." balas Fiq mendatar.

Tiba-tiba Shahrul lalu di depan kelas mereka. Sebaik saja menangkap kelibat Shahrul, Fiq terus menuding jarinya ke arah lelaki itu. "Haa.. budak tu!" Nurul yang tadinya merenung muka Fiq terus melihat ke arah mana jarinya dituding. Satu garis senyuman terukir di bibirnya. Dia yang dah lama meminati Shahrul hanya memendam perasaannya sendiri. Hendak beritahu Fiq, malu. Tapi suatu hari nanti, dia akan luahkan isi hatinya kepada sahabat baiknya itu. Sekadar pemberitahuan yang hatinya telah dicuri oleh lelaki itu.

"Ooo.. Shahrul." Farid menjawab. Kelibat Shahrul hanya dipandang sekilas. Shahrul pula hanya melalui laluan koridor bilik kuliah tanpa mengetahui yang dirinya diperhati oleh tiga orang makhluk ini. Shahrul ialah seorang lelaki yang sangat famous dalam kalangan pelajar di sekolah mereka. Terkenal dengan wajahnya yang tampan. Sebab itulah ramai perempuan yang sama tingkatan dengannya tergila-gila dengan ketampanannya. Peminat dari lower form pun ada. Di kolej mereka ada top 5 lelaki yang paling handsome. Yang pertama semestinya Shahrul Ridzuan bin Dato' Jamil. Farid juga tersenarai dalam dalam list tadi. Tetapi di tempat kedua. Farid tidaklah menonjol sangat walaupun Farid mempunyai ramai peminat yang meminati dengan kekayaan keluarganya dan suaranya yang merdu serta bakatnya dalam bidang alatan muzik.

Sunday 2 June 2013

~~HAPUS AIR MATA~~

bismillah~~malam ni tepat pukul 12.15 am..rse rjin skit nak menulis....hmm...hari ni dah masuk 16 hari arwah abah aku tinggalkan kami sekeluarga...satu je yang terungkap di bibir aku...nak buat mcm mane,Allah lebih sayangkan dia...

walapun rumah ni dah beransur ceria skit, tpi ketiadaan arwah memang terasa di setiap hati isi rumah ni...rinduu nak dengar lagu2 lama yang selalu terpasang di radio klasik....hanya arwah yang pasang....kitorang adik-bradik pun ikut dgar....sekarang dia dah tak de, kitorg pun dh kurang dgar..hanya sesekali,tu pun klo mak pasang....