Tuesday 11 June 2013

KALA HATI SUDAH BERTAUT (bab 3)

Kereta Nissan GTR meluncur laju menuju ke madrasah Darul Taqwa. Dari tadi lagi dia sudah memikirkan nasib adiknya yang terpaksa menunggu lebih lama lantaran dia terlewat menjemput. Tambahan pula, dia tersadung jatuh tadi. Lagilah membuatkan dia bertambah lewat. Sewaktu dalam kereta, Fiq hanya mendiamkan diri. Hanya kedengaran deejay radio yang berceloteh dari tadi. Dia tidak becok bercakap seperti di rumah Farid. Segan dengan Shahrul yang menolongnya menjemput adiknya pulang. Dia sempat membelek lututnya yang berdarah. Warna darah masih melekat di kain baju kurungnya. Jelas. Sesekali dia mengaduh kesakitan. Pedih rasanya.

"Err.. Shah.. sorrylah aku menyusahkan kau. Tak pasal-pasal pulak kau kena ambil adik aku. Pastu kau hantar aku balik rumah pulak. Aku minta maaf banyak-banyak." ujar dalam nada yang tersekat-sekat menahan rasa perit yang bertandang. Sungguh dia berasa segan dengan apa yang dilakukan Shahrul. Dia hanya mampu mengucapkan kata terima kasih. Untuk membalas budi Shahrul, memang tidak mampu. 

"Ala.. Fiq, aku tak kisahlah. Kan kita kawan. Kawan kenalah sama-sama tolong. Hari ni hari kau, mana tahu esok-esok aku susah, kau pulak yang tolong." ujar Shahrul. Sedikit tersenyum. Dia memang senang untuk menolong gadis itu. Tapi kekadang dia pun hairan macam mana hatinya tertarik untuk menolongnya. Hairan. Fiq sedikit terharu dengan kenyataan Shahrul. Hatinya tersenyum walaupun dia masih berasa yang dirinya telah menyusahkan lelaki itu.

"Alamak, aku jadi seganlah pulak dengan kau. Ye ye, lain kali kalau kau susah aku tolong pulak. I owe you one." Fiq sudah mula menawarkan diri untuk membantu jika Shahrul dalam kesusahan. 

"Kau ni Fiq, nak segan-segan pulak dengan aku. Rilekslah. Macam aku kata tadi, kawan susah kenalah tolong." ujar Shahrul sambil matanya masih fokus kepada pemanduannya di jalan raya. Hanya sesekali dia berpaling ke arah Fiq. Fiq pula hanya mengangguk.


Fiq terjenguk-jenguk mencari kelibat adiknya apabila dia melintasi pondok perhentian bas di tepi madrasah.  Adik Fiq saiznya agak kecil tapi memang padanlah untuk budak berumur 8 tahun. Dia pula dah macam zirafah apabila dia terpaksa memanjangkan lehernya. Dia hendak keluar mencari adiknya tapi melihatkan keadaan kakinya yang masih sakit, dia membatalkan hajatnya. Mana pulak dia ni. Hish. Susah benar nak cari.

"Fiq, adik kau laki-laki ke perempuan?" soal Shahrul. Dia pun dari tadi mengintai-intai mencari adik Fiq walaupun dia tidak tahu bagaimana rupanya adik Fiq.

"Lelaki. Badan dia kecik je." terang Fiq sambil kedua-dua tangannya dirapatkan menunjukkan isyarat kecil.

"Haa.. tu pun dia" sambil menuding jari telunjuknya ke arah seorang budak lelaki yang duduk berteleku di tepi pondok pengawal keselamatan. Fiq terus berpaling ke arah  kelibat budak yang dimaksudkan Shahrul. Dia cuba meneliti fizikal budak yang ditunjuk.

"Haa.. yalah tu." ujar Fiq mengiyakan Shahrul. Dia membuka pintu kereta untuk mendapatkan adiknya. Tapi tangan Shahrul segera mendapatkan lengannya bagi menghalang Fiq. Fiq sedikit tersentak.

"Tak pa lah Fiq, biar aku aje yang pergi ambil dia. Kau duduk aje kat sini. Kaki kau tu sakit lagi." Shahrul tersenyum. Belum sempat Fiq menghalang tindakan Shahrul, tangan Shahrul sudah membuka pintu kereta untuk keluar dari kereta. Fiq hanya memerhatikan perbuatan Shahrul. Tergamam dia seketika. Baik benar budak ni. Sesuai sungguh untuk Nurul. Padanlah Nurul suka sangat dia. Wajah sahabatnya itu berlayar di mindanya. 

Shahrul memimpin tangan adik Fiq ketika melintas jalan raya. Fiq hanya memerhati mereka dari dalam kereta. Seketika kemudian, mereka berdua pun masuk ke dalam perut kereta. Belum sempat Fiq meminta maaf dengan adiknya, adiknya Adam sudah mula melepaskan rasa marahnya kepada Fiq. Riak mukanya yang keruh membuatkan Fiq mengerti dengan perasaan adiknya.

"Akak, kenapa lambat sangat. Lama Am tunggu tau." nadanya sedikit bengang. Tangannya disilangkan menunjukkan riak tidak berpuas hati. Mulutnya pula dimuncungkan. 

"Ala Am, akak mintak maaf. Bukan akak sengaja. Akak terlupa. Mujur ada kawan akak ni tolong." terang Fiq. Dia berharap adiknya mengerti. Badannya dipalingkan sedikit ke belakang bagi memujuk adiknya.

"Dik, kakak adik ni tadi terjatuh. Lututnya berdarah. Sebab tu dia lambat sikit." terang Shahrul sambil membuat isyarat ke kanan untuk mengambil pusingan U-turn. Bukannya Fiq mahu menyembunyikan cerita yang sebenar tapi baginya tak perlulah dia memanjangkan cerita. Cukuplah sekadar dia meminta maaf tanpa menyatakan sebab yang sebenar. Walaupun sudah diterangkan oleh Shahrul, air muka Adam masih keruh. 

"Ala.. merajuk pula adik akak ni. Okay, malam ni, akak buat triffle puding untuk adik. Nak?" umpan Fiq. Dia tahu adiknya sangat menggemari triffle puding buatannya. Dengan cara itu saja, dia boleh mengurangkan sedikit rajuk adiknya.

"Ya ke, kak? Yay! Akak janji tau?" tanya Adam inginkan kepastian. Dia pula menghulurkan jari manisnya ke arah Fiq sebagai ikatan janji. Fiq pula membalas dengan jari manisnya juga menunjukkan dia berjanji untuk mengotakan apa yang dia katakan. Shahrul hanya tersenyum gembira melihat telatah Fiq dengan adiknya. Hatinya sedikit tersentuh melihat kegembiraan yang tergambar di wajah Fiq. Senyuman Fiq membuatkan dia turut tersenyum. Hatinya seronok melihat senyuman gadis di sebelahnya. Adam pula sudah bersorak gembira di bahagian belakang kereta.

"Oh ya, nama adik ni apa?" tanya Shahrul, lupa pula dia hendak bertanya. Tidak sempat dia hendak bertanya semasa dia menjemput Adam tadi. Sekarang baru berkesempatan.

"Hehe.. nama kita Fathi Adam. Abang boleh panggil kita Am. Macam kak Fiq panggil kita." balas Adam dengan nada manja. Eleh sengajalah tu buat-buat manja. Malu konon. Gedik. Getus Fiq, faham benar dia dengan perangai adiknya apabila berkenalan dengan orang baru. Mesti akan buat-buat muka innocent. Fiq mencebik.

"Abang pulak nama apa? Abang ni boyfriend kak Fiq ke?" tanya Adam. Fiq sedikit terkejut dengan pertanyaan Adam. Terbeliak mata Fiq apabila mendengar perkataan boyfriend terkeluar dari mulut adiknya. Boyfriend? Amboi! Mana dia tahu perkataan macam tu. Umur dahlah baru setahun jagung. Budak-budak zaman sekarang lebih advanced daripada veteren mereka. Mana taknya. Penggunaan media komunikasi seperti facebook, twitter dan myspace kebanyakannya budak-budak bawah umur yang conquer. Mendahului yang veteren. Kadang-kadang budak sekarang ni dah pandai main-main cinta. Zaman dah berubah. Getus Fiq. Shahrul pula hanya berekasi selamba. 

"Adik! Akak sekeh kepala baru tahu. Mana ada!" keras Fiq menafikan. Tangan dia pula dah bersedia untuk mengetuk kepala adiknya. Tapi adiknya sempat mengelak sambil menjelirkan lidahnya. Hish, budak ni. Siap kau, balik nanti. Haha. Gumam Fiq. Sedikit kecewa tangannya tidak mengenai kepala Adam. Shahrul yang melihat gelagat Fiq, ketawa kecil. Dia senang dengan perkataan boyfriend yang keluar dari mulut Adam. Entah mengapa dia rasa ingin mengiyakan pertanyaan Adam. Ya, abang ni boyfriend kak Fiq. Tetapi dia hanya mengucapkannya dalam hati. Bukan tidak berani, tapi ini bukan masa yang sesuai. 

"Nama abang Shahrul, Am boleh panggil abang, abang Shah aje. Abang ni kawan kak Fiq aje." jawab Shahrul. Cuba menyembunyikan perasaan di hati. Hatinya senyum sendiri. Adam pula hanya mengangguk kepala.

"Fuh, nasib baiklah abang ni bukan boyfriend kak Fiq, mahu dia bebel abang Shah tiap-tiap hari. Dia ni garang macam singa. Tak ada beza langsung" seloroh Adam, tersengih-sengih. Saja dia menyakat kakaknya. Fiq dah mengetap bibirnya. Kalaulah kaki aku ni tak sakit, mahu aje aku tendang budak ni. Mulut tu takde insurans langsung. Shahrul dah mula ketawa kecil. Tak sangka sebegitu perumpaan yang diberikan kepada Fiq. Singa.

"Am, lagi sekali kalau Am bising, akak malas buat puding malam ni." Fiq memberi amaran. Dia malas hendak berbalas mulut dengan adiknya. Saat itu, dia hanya terfikirkan mahu tidur sahaja. Bantal dan katil dalam biliknya sudah berlayar di otaknya.

Seketika kemudian, kereta Shahrul diparkir di halaman rumah Fiq. Sebuah rumah kampung yang biasa dipandang seketika. Kawasan halaman yang bersih itu menarik perhatian Shahrul. Bersihnya rumah dia.

"Haa.. Shah, naiklah rumah aku ni. Simple aje." pelawa Fiq. Dia yang terhincut-hincut berjalan mengerling ke arah Adam yang dah berlari tinggalkan dia dengan Shah di halaman rumah. Hish, budak ni. Bukan nak tolong ke apa. Dia boleh tengok aje aku ni. Dia dan Shahrul terus melangkah ke beranda rumah. Shahrul yang melihat keadaan Fiq yang berjalan terhincut-hincut terus membantu Fiq untuk berjalan.

"Duduklah Shah. Mintak maaflah, rumah aku ni biasa-biasa aje. Rumah lamalah katakan." ujar Fiq.

"Eh, dah okaylah ni. Biasa apanya." komen Shah. Dia memerhatikan keadaan rumah. Rumah kampung moden yang kecil ini terletak bersebelahan dengan stesen minyak Shell dan kedai Seven Eleven. Walaupun rumah Fiq ni kecil, tapi aku tengok dia tak merungut pun. Happy aje aku tengok dia. Bisik hati Shah. Dalam diam, dia memuji Fiq. Sememangnya rumah Fiq kecil dan biasa sahaja, tapi bagi Fiq dan keluarga, ini sudah cukup. Ibu mereka pun selalu berpesan, biar kita hidup di rumah yang jecil, asalkan kita tetap bahagia. Itulah kata-kata yang selalu dipegang oleh Fiq dan adik-beradiknya menjadikan Fiq lebih kuat, berdikari dan cekal untuk menghadapi kehidupannya. Dia pun langsung tidak merungut tentang rumahnya mahupun kehidupannya yang sederhana. Shah mengambil tempat di kerusi yang diletakkan di beranda rumah Fiq. Satu set meja kopi disediakan khas untuk tetamu yang datang bertandang ke rumah.

"Eh, Fiq, bila sampai? Tak dengar pun bunyi suara Am. Laa.. ada peneman rupanya." satu suara menjengah ke ruang telinga Shah dan Fiq. Wanita muda berusia 30-an itu menyapa dengan penuh mesra.

"Baru aje kak. Budak tu dah masuk bilik kut. Oh ni, Shahrul, kawan Fiq. Tadi Fiq tumpang dia balik. Nak bawak basikal, tak boleh sebab kaki Fiq ni sakit. Entah macam manalah boleh tersungkur kat rumah Farid tadi. Mujur ada Shah ni." panjang lebar Fiq terangkan hal sebenar kepada kakaknya.

"Oo.. Habis tu, mana basikal Fiq?"soalnya lagi.

"Basikal Fiq tinggal kat rumah Farid. Haa.. Shah, ni kakak aku, Kak Naimah. Panggil dia Kak Im aje." ujar Fiq sambil memperkenalkan kakaknya kepada Shah.

"Oh, apa khabar kak Im?" soal Shah sambil menundukkan sedikit kepalanya.

"Sihat aje, Alhamdulillah. Berbual-buallah dulu, nanti akak siapkan minum petang." jawab Naimah membalas soalan Shah. Seraya itu, dia pun masuk ke dalam bagi menyediakan sedikit minuman petang untuk Fiq dan Shah. Apabila dia hendak masuk ke dalam rumah, Adam pula berlari-lari keluar rumah.

"Eh nak ke mana ni?" soal Naimah. Adiknya yang sorang ni tak pernah duduk diam di rumah. Ada aje tempat dia menyinggah.

"Nak main bola, kak. Am dah janji dengan kawan-kawan Am nak kumpul kat padang. Nanti Am habis main, Am baliklah." Am yang tadinya terkocoh-kocoh hendak keluar rumah terpaksa berhenti untuk menjawab pertanyaan kakaknya.

"Jangan balik lewat sangat. Kang tak pasal-pasal kena sorok di hantu. Hehe." pesan Naimah. Sempat dia menakut-nakutkan adiknya. Dengan cara ini sajalah yang akan membuatkan adiknya tidak pulang lewat. Adam hanya mengangguk sebagai tanda dia memahami pesanan kakaknya. Dia tidak mahu lama-lama di situ. Janjinya dengan kawannya perlu ditepati. Adam yang melewati Shahrul dan Fiq hanya melemparkan satu senyuman nipis kepada mereka berdua sebelum dia menyarung selipar jepunnya dan terus berlari menuju ke padang bola berhampiran.

"Hmm.. adik aku tu kalau tak main bola petang-petang tak sah." ujar Fiq. Membuatkan Shahrul tergeleng-geleng kepala sambil tersenyum.

"Kau memang tinggal 3 beradik aje ke? Mak ayah kau mana?" Shahrul memulakan sesi temubual. Dia sudah merancang untuk bertanya perihal Fiq. Sekadar untuk mengetahui. Air muka Fiq berubah kelat. Dia cuba gagahkan hati untuk menjawab. Sakit lututnya tiba-tiba hilang.

"Erm.. mak ayah aku dah meninggal mase accident. Masa tu aku baru form one." balas Fiq. Entah mana dia dapat kekuatan untuk menjawab. Kalau ditanya soal ibu bapanya yang dah meninggal, selalu air matanyalah yang menjadi jawapan. Tapi hari ini, dia dapat jawab pertanyaaan itu tanpa menitiskan air mata. Bagi Fiq, air matanya sudah kering. Kalau dia menangis seribu tahun pun, mak ayah dia takkan kembali. Jadi bagi melepaskan rasa rindu, bacaan al-fatihah sebagai pengganti. Shahrul tersentak. Dia tidak tahu soalan yang diajukan boleh dikira tahap sensitif. Lantas mukanya berubah wajah. Rasa serba salah menyelubungi diri.

"Maafkan aku, Fiq. Aku tak tahu." Dalam hati, Shahrul mengutuk dirinya sendiri. Apasal kau tanya soalan macam tu. Haish. Lepas ini, aku kena belajar untuk jaga perasaan orang.

"Eh, kau ni. Tak apalah. Benda dah lepas pun kan. Hehe.." ujar Fiq, cuba mengukir senyuman. Dia tidak marah atau terkilan dengan soalan Shahrul. Fiq mengerti yang Shahrul hanya ingin tahu tentang latar belakangnya sahaja.

"Kakak kau dah kahwin ke belum?" Shahrul cuba menukar topik. Dia tidak mahu lagi berbicara tentang yang dah tiada.

"Oo.. kakak aku ni lain sikit tau." Fiq cuba perlahankan suara. Seakan berbisik. Tangannya dirapatkan ke tepi mulut untuk selindungkan pergerakan bibir. Dia cuba rapatkan badan ke arah Shahrul. Shahrul pula cuba pasang telinga dengan teliti lantaran suara Fiq yang agak perlahan.

"Dia ni tak kahwin lagi. Dia ni choosy sikit. Dah banyak dah orang datang meminang, tapi dia tolak. Orang-orang itu bukan sembarangan. Bapak kaya. Aku pun tak faham orang yang macam mana kakak aku nak." jelas Fiq sambil tersengih-sengih dia dibuatnya.

"Ehhemm... buat apa tu? Ngumpat Kak Imlah tu." Naimah menegur perbuatan Fiq dan Shahrul yang seakan berbisik. Mereka berdua pula langsung tidak perasan kehadiran Naimah yang dari tadi sudah berdiri di pintu. Cepat-cepat Fiq tukar topik perbualannya dengan Shah. Coverlah katakan.

"Eh mana ada Kak Im. Kak Im aje yang perasan." Fiq membetulkan kedudukannya di kerusi. Shahrul dah tergelak melihatkan keadaan Fiq yang cuba menutup perbuatannya tadi. Terpinga-pinga Fiq dibuatnya.

"Eleh, macamlah Kak Im tak dengar. Kau orang cakap fasal Kak Im. Ingat kita ni tuli ke apa." seloroh Naimah. Hakikatnya dia tidak tahu apa yang dibualkan Fiq dengan Shahrul sampai perlu berbisik-bisik. Saja dia nak test Fiq. Dia terus melangkah meletakkan dulang berisi gelas  dan sedikit kuih untuk dijamu kepada Fiq.

"Makanlah, Shah. Akak tak masak mana pun. Ni aje yang ada. Kalau si Fiq ni bagitau awal-awal yang Shah nak hantar dia bolehlah Kak Im siapkan cucur udang ke apa." ujar Naimah. Semenjak ibu bapanya tiada, Naimahlah yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas Fiq dan Adam. Makan, pakai, tempat tinggal, semuanya diuruskan. Mereka tiada saudara-mara. Jadi mereka sekeluarga hanya sebatang kara. Mujurlah mereka mempunyai jiran-jiran yang selalu mengambil berat tentang mereka. Tidaklah mereka merasa sunyi.

"Eh, ni dah cukup Kak Im. Lagipun Shah dah kenyang dah. Tadi dah makan kat rumah Farid." jawab Shahrul jujur. Pisang goreng buatan Mak Piah tadi memang membuatkannya kenyang. Betul cakap Fiq, tiga hari kenyang kalau makan pisang goreng Mak Piah. Yalah tu! Tapi untuk mengambil hati Kak Im, dia makan juga kuih bakul yang disediakan. Sedap!

Naimah mengambil tempat duduk di sebelah Fiq. "Shah ni tinggal kat mana?" Naimah menyoal. Sekadar ingin tahu. Dia menuangkan air teh ke dalam gelas Shahrul. Dia membetulkan sedikit kedudukannya supaya lebih selesa.

"Shah tinggal dekat kawasan perumahan yang sama dengan Farid dan Nurul. Area tu jugaklah." Shah membalas. Tangannya segera mencapai gelas berisi air teh lalu diteguknya. Perbuatan yang sama dilakukan Fiq. 

Kring!! Kring!! Kring!!

Belum sempat berbual panjang, mereka dikejutkan dengan nada deringan handphone kepunyaan Shahrul. Sharul segera memasukkan jemarinya ke dalam poket seluar jeans untuk mencapai handphonenya. Nama Mama menghiasi skrin handphonenya. Dia bingkas bangun dari tempat duduknya bagi menjawab panggilan dari mamanya. "Excuse me." Punat 'answer' ditekan.

"Assalamualaikum, ya Ma? Shah ada kat rumah kawan ni. What's the matter?" soal Shah. Kedengaran suara mamanya di hujung talian. Apa yang dibualkan hanya Shahrul dan mamanya yang tahu. Sesekali dahinya berkerut. Keningnya bertaut. Arti disebalik reaksi mukanya langsung tidak diketahui oleh Fiq. Kadang-kadang dia mengangguk. Amboi! Speaking tu dengan mama dia. Fiq menelan air liur. Setelah selesai bersoal jawab dengan mamanya, Shahrul pun mendekati Naimah dan Fiq.

"Fiq, Kak Im, Shah minta diri dululah. Ada hal. Urgent sikit." Shah meminta izin. 

"Ada apa, Shah? Bunyi macam serius aje?" Naimah dah berkerut dahi. Fiq pula hanya menunjukkan reaksi ingin tahu. 

"Tak adalah serius sangat. Ni haa mama Shah suruh pulang ke rumah sebab nak handle fasal birthday party Shah hari Ahahd ni. Ni kan dah hari Khamis. Nanti kalau lambat prepare, lingkup pulak majlis tu." terang Shah. Fiq dan Naimah hanya mengangguk faham. Shah mencapai kunci kereta yang diletakkan atas meja kopi.

"Oklah Kak Im, Fiq, Shah gerak dulu. Fiq, kau jangan lupa pulak hari Ahad ni. Ajaklah Kak Im dan Am sekali." sempat Shah berpesan kepada Fiq.

"Iyalah, aku takkan lupa punya." Fiq memberi jaminan yang dia akan hadir ke majlis Shahrul. Ibu jarinya diangkat. Shahrul tersenyum dengan reaksi Fiq. Dia dapat merasakan yang gadis itu akan hadir ke majlisnya tanpa ragu sedikit pun. Dia yakin gadis itu pasti datang. Shahrul pun masuk ke dalam perut kereta sebelum keretanya terus hilang dari pandangan Fiq dan Naimah. Fiq hanya menghantar kepulangan Shah dengan pandangan. Dia kembali teringat akan pertolongan Shah terhadapnya. Sekali lagi dia benar-benar berasa terharu. Walaupun dia dan Shahrul baru sahaja berkenalan, tetapi dia sudah merasakan yang Shahrul akan menjadi sahabat baiknya seperti Farid dan Nurul. 

"Hoi, jangan nak termenung lama sangat! Nanti juling biji mata tu baru tahu." Naimah menyakat. Dia menepuk lembut bahu Fiq. Fiq yang seperti di awang-awangan kembali fokus kepada Naimah. 

"Haa.. jangan lupa bawa masuk gelas dengan pinggan tu. Basuh sekali." pesan Naimah. Sengaja dia membiarkan adiknya membuat kerja. Sekali-sekala berlagak diktator apa salahnya. Kuku besi betul!

"Ala kak, orang sakit ni. Tengok kaki Fiq ni. Dah macam pingu dah Fiq jalan. Terhincut-hincut. Tangan Fiq pulak, mujur ada tangan, kalau Fiq jatuh tangan patah, siapa susah? Akak jugak yang susah." Fiq meminta simpati.

"Haa.. dah tahu tangan tu tak patah lagi, tolonglah angkat gelas tu ye." Tersengih Naimah dibuatnya. Seronok dia kenakan adiknya. Fiq dah mencebik. Umpannya tidak menjadi. Ingatkan kalau dia buat muka kesian macam tu, kakaknya akan cair dan tidak menyuruhnya mengangkat gelas. Tetapi kalau ikutkan, cederanya tidak teruk sangat. Cuma kondisi kakinya yang berdarah itu sahaja yang menyukarkan pergerakan dan perjalanannya.

"Akak!" nadanya sedikit geram. Naimah cepat-cepat meloloskan diri dari terkena amukan Fiq masuk ke dalam rumah. Fiq kalau dah mengamuk dah macam The Hulk dia tengok. Kedengaran gelak tawanya yang besar dari dalam rumah. Fiq terkial-kial dia di beranda rumah. Dia duduk sambil tangannya disilangkan. Geram.

"Dah dah jangan merajuk. Akak acah aje tadi. Itu pun nak marah. Hahaha.." pujuk Naimah dari dalam rumah. 

"Tinggal ajelah kat situ. Nanti Kak Im kemas. Fiq masuklah rehat. Nanti jangan lupa sapu ubat gamat kat luka tuh." sambungnya lagi. Tangannya tadi yang sedikit keras bersilang mula mengendur. Senyumannya yang manis dari bibirnya yang merekah menampakkan lesung pipit di wajahnya yang putih dan ayu. Sememangnya Fiq boleh dikategorikan dalam top 5 model terayu di Malaysia. Tetapi keayuannya tidak dapat mengalahkan kecantikan yang ada pada Nurul. Namun kedua-duanya tidaklah menunjukkan publisiti murahan dengan menjaja wajah kerana mereka disenaraikan dalam list low profile. Cantik tapi tidak available. Sebab itu ramai antara rakan-rakan mereka di kolej langsung tidak menyedari kehadiran Nurul dan Fiq. Mereka pun tidaklah menonjolkan diri sangat.

Fiq bingkas bangun dari kerusi rotan dan mengatur langkah menuju ke bilik. Mujurlah dia 'cuti' hari ini. Banyaklah masa yang boleh diluangkan untuk mengubat luka di kakinya.Hujung kain lengannya diselak. Jam di lengan menunjukkan pukul 6.12 petang. Malam ini dia perlu ceritakan kejadian hari ini kepada 'sesuatu'. Fiq mencapai tuala dan menapak ke bilik air bagi menyucikan diri.

No comments:

Post a Comment