Monday 3 June 2013

KALA HATI SUDAH BERTAUT (bab 1)

Terkocoh-kocoh dia berjalan lantaran dia sudah lambat untuk ke kelas. Jam menunjukkan hampir 8.15 minit pagi. Entah kenapa hari itu, dia terbangun lewat. Rasanya aku dah tidur awal semalam. Dia cuba mengingati apa yang dia buat semalam. Hmm..mungkin aku letih sangat kut..Dia bermonolog sendiri. Dia cuba percepatkan langkahnye ke kelas. Jam hitam berjenama Q&Q dikerling sekali. Adeess... Dahlah kelasnya terletak di hujung kolej. Dia yang melalui pintu utama kolej terpaksa berjalan jauh hari ini. Biasanya dia akan masuk melalui pintu belakang kolej. Tapi disebabkan hari ini dia lewat terpaksalah dia berjalan jauh menuju ke pintu utama kolej. Hatinya berharap yang gurunya belum lagi masuk ke kelas. Kenapalah Kolej Inspirasi ni luas sangat. Buat pertama kali dia mengeluh tentang kolej tersebut.

Fiq melalui blok bangunan yang menempatkan budak lower form. Dia membelek buku yang dipegangnya takut-takut ada buku yang tertinggal sebelum terlanggar bahu seseorang. Bukk! Aduh! Satu keluhan dilepaskan. Adoi! Masa ni lah kau nak terlanggar orang. Buku-buku yang dibimbitnya jatuh berselerak di atas lantai.

"Maafkan saya. Awak tak apa-apa?" suara itu bernada bimbang. Tangannya lantas mengutip buku-buku kepunyaan Fiq yang terjatuh. Rakannya disebelah hanya memandang dengan senyuman yang tak lekang di bibir. Fiq sempat mengerling ke arah empunya suara. Laa..mamat ni rupanya. Aku ingat pengetua tadi. Dah suara dah macam ala-ala James Bond dah aku dengar.

"Ye, ye aku tak apa-apa. Terima kasih tolong." Fiq hanya membalas tanpa berniat untuk lama-lama di situ. Dia lantas bangun dan menggosok-gosok bahunya yang terlanggar dengan lelaki tadi. Tanpa berfikir panjang, dia berlalu meninggalkan dua orang lelaki tadi. Sempat di mengerling ke arah jam tangannya. Alamak, dah 30 minit lambat ni. Fiq pantas mengatur langkahnya ke kelas. Masaklah aku kali ni. Dua orang lelaki tadi hanya menghantar Fiq dengan pandangan sebelum mereka ternampak satu badge name yang tertulis Nadia Shafiqa. Matanya lantas mendapatkan kelibat Fiq yang sudah hilang dari pandangan. Kecewa. Shahrul berniat untuk memberi badge nama perempuan itu semasa waktu rehat. Nekad.

"Assalamualaikum, cikgu. Maaf saya lambat." Termengah-mengah Fiq memberi salam. Seketika tangannya tersandar di pintu bilik kuliah. Letih. Beberapa kali dia menelan air liurnya yang dah kering kerana tadinya dia berlari-lari anak ke bilik kuliah.

"Hai Shafiqa, saya dah habis satu bab dah. Dah nak masuk bab lain dah. Kenapa lambat?" cikgu Sejarah merangkap cikgu disiplin di kolej itu bertanya sambil dia membetulkan cermin matanya. Fiq yang dah terketar-ketar mengetap bibirnya. Dia cuba menjelaskan perihalnya yang lambat tetapi melihatkan keadaan guru disiplin yang hampir terkeluar biji mata memandangnya, kata-katanya terus mati.

"Haa..dah-dah, masuk! Lain kali kalau saya tangkap awak lewat lagi ke kelas, siaplah". Tegas Cikgu Brahim berkata. Fiq melangkah masuk ke kelas. Telinganya sempat menangkap ketawa kecil dari rakan sekelasnya. Mukanya merah panas. Bukan panas gara-gara ketawa dari rakan-rakan sekelasnya tetapi sebab dia berlari-lari menuju ke kelasnya tadi. Nasib baiklah mejanya terletak di belakang sekali bawah kipas. Sengaja dia memilih tempat sebegitu untuk hal-hal kecemasan seperti ini. Bolehlah dia longgarkan sedikit stokingnya dan mengibas-ngibas kainnya. Walhal ramai di antara rakan sekelasnya gemar duduk di bahagian hadapan. Sampai berebut-rebut lelaki dan perempuan. Kata mereka berkat duduk kat depan. Ala, duk kat belakang pun berkat jugak.

Fiq mengeluh lega seusai tamat masa Sejarah tadi. Baru saja dia meletakkan kepala di atas meja, tiba-tiba dia dikejutkan oleh suara rakanya. "Hoi Fiq, apasal kau lambat tadi." tanya Farid yang duduk selang satu meja sebelah Fiq. Alamak dia ni, aku nak senang sikit pun  tak boleh. Baru nak tidur.

"Ha'ah Fiq, risau aku fikirkan hang. Hang pi melencong tang mana? Aku ingat hang dah accident ka apa ka?" laju Nurul bertanya. Sengaja dia membuat slang utara. Membulat mata Fiq tatkala mendengar soalan dari Nurul. Accident? Amboi dia ni dah lebih. Gumam hatinya.

"Amboi kau ni Rul, agak-agakla. Kang aku cili mulut tu baru tahu. Dah tak sayang mulut ke apa?" Terluah isi hatinya.

"Takde lah. Aku risau. Macam-macam aku fikir tadi. Bukannya aku nak doakan kau kena benda-benda yang tak elok. Cuma kau tak pernahlah pulak datang lewat macam ni. 30 minit kot. Lambat gila tuh." balas Nurul serius. Farid yang duduk menongkat dagunya di penyandar kerusi terangguk-angguk mengiyakan kenyataan Nurul.

"Hmm.. takde papelah. Aku terbangun lewat tadi. Tu jer. Pastu on the way aku nak ke kelas tadi aku terlanggar budak kelas sebelah tu. Apa entah namanya. Tu yang lambat sikit tadi" jelas Fiq sambil menjuihkan sedikit bibirnya menunjukkan kedudukan kelas sebelah.

"Budak mana pulak ni?" berkerut dahi Farid menanyakan soalan. Inginkan kepastian.

"Ala budak top yang hot kat kolej kita tu. Hot tak la hot sangat. Aku tak ingat nama dia." balas Fiq mendatar.

Tiba-tiba Shahrul lalu di depan kelas mereka. Sebaik saja menangkap kelibat Shahrul, Fiq terus menuding jarinya ke arah lelaki itu. "Haa.. budak tu!" Nurul yang tadinya merenung muka Fiq terus melihat ke arah mana jarinya dituding. Satu garis senyuman terukir di bibirnya. Dia yang dah lama meminati Shahrul hanya memendam perasaannya sendiri. Hendak beritahu Fiq, malu. Tapi suatu hari nanti, dia akan luahkan isi hatinya kepada sahabat baiknya itu. Sekadar pemberitahuan yang hatinya telah dicuri oleh lelaki itu.

"Ooo.. Shahrul." Farid menjawab. Kelibat Shahrul hanya dipandang sekilas. Shahrul pula hanya melalui laluan koridor bilik kuliah tanpa mengetahui yang dirinya diperhati oleh tiga orang makhluk ini. Shahrul ialah seorang lelaki yang sangat famous dalam kalangan pelajar di sekolah mereka. Terkenal dengan wajahnya yang tampan. Sebab itulah ramai perempuan yang sama tingkatan dengannya tergila-gila dengan ketampanannya. Peminat dari lower form pun ada. Di kolej mereka ada top 5 lelaki yang paling handsome. Yang pertama semestinya Shahrul Ridzuan bin Dato' Jamil. Farid juga tersenarai dalam dalam list tadi. Tetapi di tempat kedua. Farid tidaklah menonjol sangat walaupun Farid mempunyai ramai peminat yang meminati dengan kekayaan keluarganya dan suaranya yang merdu serta bakatnya dalam bidang alatan muzik.


Kebanyakan gadis yang meminati Shahrul hanya memandang kekayaannya sahaja. Tapi tidak bagi Nurul. Dia langsung tidak memandang rupa dan harta Shahrul. Cukuplah dengan pertolongan yang diberi Shahrul semasa pengajian mereka di tingkatan tiga. Itu sudah membuatkan hati Nurul tertawan dengan kebaikannya. Ketika Nurul didatangi sekumpulan gangster yang cuba membulinya semasa menunggang motorsikal pulang ke rumah, saat itulah Shahrul dan kawan-kawannya datang meyelamatkannya. Semasa pengajian mereka di tingkatan tiga, mereka dilarang memandu kereta ke sekolah tetapi tetapi dibolehkan untuk upper form. Jadi Nurul hanya menunggang ke kolej. Shahrul yang handal dengan silat dengan mudah mematahkan serangan budak-budak nakal tadi. Lintang-pukang mereka lari setelah teruk dibelasah oleh rakan-rakan Shahrul.

"Amboi, tak lekang senyum tu! Tengok Shahrul ke?" sakat Fiq yang perasan dengan perbuatan Nurul. Farid pula hanya menggeleng kepala melihat perilaku Fiq terhadap Nurul. Hatinya tidak senang. Entah kenapa apabila Nurul tersenyum memandang Shahrul, hatinya terasa panas. Walaupun Nurul tidak pernah memberitahu tentang perasaannya terhadap Shahrul kepada Fiq, tetapi Fiq sudah menduga. Cukuplah sekadar perlakuan Nurul ketika dia terpandang Shahrul. Selalu tersenyum.

"Hishh..korang ni mana ada..! A..a...aku tak tengok pun dia." lekas-lekas Nurul berdalih. Terketar-ketar suaranya menafikan. Malu dengan Fiq dan Farid walaupun mereka dah lama berkawan.

"Eleh kau ni Rul, dah suka tu cakap je lah suka. Tak payah nak sembunyi-sembunyi. Nanti melepas, menangis kau. Menangis tak berlagu orang tua-tua cakap. Hehehe.." pesan Fiq dengan senyuman. Nurul mencebik bibir. Betul juga cakap Fiq tu. Nanti kalau melepas menyesal. Tapi takkan kau nak cakap masa ni kut. Time study-study lagi ni. Kau tunggulah bila dah masuk U nanti. Fikir Nurul.

"Haa.. dah-dah. Ni dah time rehat ni. Kau orang tak nak makan ke. Aku dah lapar ni. Dari tadi lagi perut aku berbunyi lagu dangdut," ajak Fiq sambil memegang perutnya yang sememangnya dah berbunyi tadi. Eh kau ni Fiq boleh pulak melawak. Gumam hati Farid. Seraya itu, tiga sekawan itu ketawa sebelum bingkas bangun menapak menuju ke kafeteria.

"Hmm...nak makan apa ek hari ini? Nasi lemak ke mee rebus?" Fiq menimbang-nimbang. Teragak-agak dia memilih antara dua menu itu. Susahnya nak buat pilihan time makan ni. Fiq bermonolog. Tanpa sedar dia telah membuatkan ramai lagi pelajar di belakangnya beratur panjang.

"Fiq, kau ni nak makan apa? Cepatlah pilih. Kesian kat budak lain kat belakang kau tu. Dah lama dia orang beratur. Panjang pulak tu,"tegur Kak Nab yang menjadi jurujual di kafe kolej. Dia masak benar dengan perangai Fiq ketika membeli makanan. Kalau tak memilih tak sah. Fiq pun menoleh ke belakang selepas dia menangkap apa yang disampaikan oleh Kak Nab. Alamak. Lama sangat ke aku ni. Fikir Fiq. Dia cepat-cepat memngambil pinggan berisi nasi lemak dan menyerahkan not RM 1 kepada Kak Nab. Telinga dia sempat menangkap omelan seorang lelaki terhadapnya.

"Hei dia ni lagi. Lambat betul pilih makanan. Pesan nasi ke buat nasi dia ni. aku pun tak tahu." Sinis nadanya. Tepat mengena ke arah batang hidung Fiq. Dia hanya menjeling ke arah lelaki itu. Cis, dia ni. Tak padan dengan lower. Kang aku bagi kang, makan kut tiub kau. Getus Fiq. Hatinya panas mendengar bebelan lelaki tadi walaupun dia sedar memang salahnya.

Fiq mengambil tempat di sebelah Nurul di meja yang terletak di hujung kafe. Privacy sikit. Farid pula duduk setentang dengan mereka. Kafeteria sekolah yang tadinya lengang mula dikunjungi ramai pelajar dan guru. Ya lah, sekarang waktu rehat. Mereka bertiga menikmati hidangan masing-masing.

"Eh jadi tak discussion petang ni? Kat rumah siapa?" Fiq menyoal sambil mengunyah nasi yang penuh di dalam mulutnya. Disebabkan nasi yang penuh dalam mulut, ada dua tiga biji nasi tersembur keluar dari mulut ketika dia bertanya.

"Eh kau ni, Fiq. Kalau ye pun excited, telanlah habis dulu nasi dalam mulut kau tu. Dah macam Giant dah aku tengok. Dah la tu, tersembur biji nasi kau tu kat aku." balas Farid selamba, sambil menguis nasi yang mengena di lengan baju. Nurul pula dah hamburkan ketawa apabila mendengar perkataan Giant terpacul keluar dari mulut Farid.

"Haa..petang ni discuss kat rumah aku. Kelmarin dah kat rumah kau kan Nurul. Hari  ni kat rumah aku pulak." sambung Farid.

"Ok, it's set, then!" balas Fiq sambil mengangkat ibu jarinya sebelum menyambung melantak nasi lemak di depannya.

"Err.... Assalamualaikum...." satu suara menegur mereka bertiga. Serentak muka mereka berpaling ke arah empunya suara. Nurul sudah tidak keruan. Siapa sangka yang menegur mereka itu ialah Shahrul. Jantungnya bagaikan melompat keluar. Nurul hanya bereaksi selamba walaupun hakikatnya dia sendiri malu.

"Err..ni Nadia Shafiqa kan? soal Shahrul. Terkejut dengan soalan Shahrul, Fiq jadi tersedak. Lantas dia mencapai air mineralnya bagi menghilangkan batuknya. Haisshh.. Macam mana pulak dia tahu nama penuh aku.

"Ya..tu aku.. Kenapa? jawab Fiq mendatar. Berkerut dahinya. Pelik dengan pertanyaan Shahrul.

"Err...ni badge name awak. Awak tertinggal masa kita terlanggar pagi tadi." balas Shahrul sambil menghulurkan badge name kepada Fiq. Fiq terus memerhatikan tudungnya yang tidak terdapat badge name di situ. Macam mana boleh terjatuh. Hairan aku. Farid dan Nurul hanya memerhatikan sahaja perbualan mereka berdua tanpa berniat untuk mencelah.

"Err...thanks ek. Patutlah aku rasa tudung aku ringan je dari tadi." seloroh Fiq sambil tangannya mencapai badge name dari Shahrul.

"Most welcome. Err...tadi saya ada dengar kau orang semua ada buat discussion ek? Boleh saya join?" pinta Shahrul. Mulanya dia agak segan untuk bertanya kerana rasa malu mengatasi. Dia cuba memberanikan diri. Belum sempat Farid menjawab, Nurul dah potong dialog Farid.

"Eh...boleh-boleh. Boleh sangat. Jomlah join kita orang. Petang ni lepas tamat kuliah, terus ke rumah Farid ni haa.." bersungguh-sungguh Nurul mempelawa. Fiq dan Farid memandang sesama sendiri. Farid hanya mendiamkan diri. Sungguh dia rasakan yang Nurul ni dah syok kat Shahrul. Tetapi dia tidak mahu membuat kesimpulan  terlalu awal. Mungkin dia memang ikhlas nak ajak Shahrul ni study kot. Bisik hati Farid.

"Oh..ok..nanti lepas sekolah aku ke rumah kau ye Farid. Ok aku chow dulu." sekilas Shahrul memandang Fiq yang berselera dengan nasi lemaknya sebelum berpamit dari situ. Dari tadi Fiq hanya memasang telinga perbualan Shahrul dengan Nurul. Walaupun dia sedikit terkejut dengan kesungguhan Nurul mempelawa tapi dia malas untuk masuk campur. Asal ada Nurul dan Farid dah kira ok lah aktiviti dia. Mereka bertiga segera menghabiskan sisa-sisa makanan sebelum mengatur langkah ke bilik kuliah.

Bersambung~~~ InsyaAllah.......

No comments:

Post a Comment