Saturday 15 June 2013

POLIGAMI



assalamua'laikum wbt... hehehe... kau orang mesti dah boring kan dgn post aku.. haha.. sabo aje lah.. orang suke menulis ni lain sikit.. almaklumlah hujung minggu kan.. so banyak la masa yang terluang.. hehe.. jangan marah aaa....

ok malam ni aku ada nak share satu ayat dari Al-Quran...

"Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain) : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (dia antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman."

(Surah an-Nisa' ayat 3)


Rasanya daripada firman Allah di atas, maybe korang dah dapat teka apa yang aku ingin sampaikan.. ok.. Inilah sebenarnya kebenaran yang diberikan oleh Allah kepada kaum lelaki untuk berpoligami. Tetapi ayat di atas juga disertakan dengan peringatan daripada Allah kepada lelaki yang ingin berkahwin lebih daripada satu. Allah telah menetapkan syarat ADIL kepada mereka yang ingin berpoligami. Allah juga berpesan jika tidak mampu berlaku adil, maka memadailah hanya berkahwin satu. Kerana dengan bernikah satu itu dapat mencegah daripada berbuat kezaliman terhadap para isteri.

Berdasarkan ayat di atas jugak, jika kita perhatikan, ada susunan fiqh awlawiyat (keutamaan) di situ.


  1. Bernikah dengan anak yatim
  2. Berpoligami
  3. menikah satu
Ini bermaksud, daripada bernikah dengan anak yatim, baik berpoligami. Daripada berpoligami baiklah bernikah satu. Dan itu akan mengelakkan kita daripada berlaku kezaliman.Dalam surah yang sama ayat 129.. Ayat ini memberitahu walaupun si suami berusaha untuk berlaku adil kepada para isteri, tetapi tetap ada sesuatu dalam diri suami itu untuk tidak boleh berlaku adil iaitu tentang kasih sayang.  Selain itu, ayat ini juga menerangkan tentang isteri yang dipoligamikan janganlah menjadikan ketidakadilan suami dalam kasih syang ini sebagai sebab untuk tidak taat kepada suami. Kerana kecenderungan ini adalah di luar kemampuan suami walaupun dia sudah berusaha.

 Jadi, walaupun seorang lelaki diberi 'keistimewaan' untuk menikah sampai 4, tetapi seorang lelaki itu diikat dengan syarat adil. Untuk berlaku adil ini amatlah susah. Adil di sini bermaksud cukup segala nafkah zahir dan batin terhadap para isteri.

Ok korang dah tangkap kan apa yang aku nak cakap kan... poligami ini sebenarnya walaupun indah di mata seorang lelaki tapi pelaksanaannya amatlah susah. Si suami yang berpoligami akan disoal setiap perkara tentang poligaminya di akhirat. Jadi contoh teladan terbaik dalam poligami adalah baginda Rasulullah SAW. Perhatikan cara Rasulullah berpoligami dan jadikan Rasulullah sebagai panduan bagi sesiapa yang ingin berpoligami. hehe..

Bagi wanita yang dipoligamikan, aku tahu amatlah perit untuk menerima. Ya lah kan, siapa yang sanggup berkongsi kasih... hmm.. tapi insyaAllah disebalik kejadian itu ada hikmah.. Ada ganjaran yang setimpal untuk mereka ini. Tidak dinafikan untuk menelan yang pahit itu amatlah sukar. Aku akui itu. Aku kan wanita. Jadi aku paham r.. Lelaki mungkin kurang faham dengan perasaan wanita. It's complicated. hehe.. so.. insyaAllah ade hikmah disebalik segala kejadian... Think positive... Tak semua yang berpoligami itu tidak bahagia. Ada aja yang bahagia. Contohnya Rasulullah sendiri.. Ala baginda kan maksum. Mestilah Allah pelihara.. Ok, how about UAI?? Haa.. kau orang mesti tahu yang ustaz Azhar dah berkahwin 3. Aku sendiri pergi tangok kat rumah dia.. hari itu ade ustaz buat knduri. dan aku dah tengok dan perhati sendiri bagaiman pergaulan dia dengan para isteri dan pergaulan antara para isteri.. Alah... Siap bertepuk tampar lagi.. Bahagia aje aku tengok.. Terbaeekkk r... hehe.. so mintaklah tips ye dr ustaz..hehe..ok Assalamualaikum~~~

No comments:

Post a Comment