Sunday 30 March 2014

ERTI PERSAHABATAN YANG HOYEAAHHH!



Ramai orang yang ada kawan. Tak ramai orang yang ada sahabat. Lagi sedikit yang ada sahabat sebenar. Dan jarang-jarang yang ada sahabat yang hoyeaahhh!

Siapa dia sahabat yang hoyeahh..? 

Seorang kawan apabila melihat kita dalam kesedihan, akan bertanya "Kau ok ke..?" dan fulsetop. Tak mau tanya banyak-banyak nanti leceh kena terlibat sama dalam pergelutan emosi.

Seorang sahabat apabila melihat kita dalam kesedihan, akan bersungguh menunjukkan yang dia peduli dan mahu membantu kita merawat kesedihan kita tu. Tetapi kalau selepas dua tiga hari kita masih di dalam mood yang sama, dia mungkin sudah hilang upaya untuk membantu.

Seorang sahabat sebenar apabila melihat kita dalam kesedihan, akan turut sama berkongsi kesedihan kita, turut merasakan penderitaan yang sedang kita alami. Dia akan sebaiknya berusaha untuk meleraikan belenggu kesedihan itu daripada jiwa kita. Selagi kita tidak ceria semula, selagi itu dia tidak akan berputus-asa!

Manakala seorang sahabat yang hoyeaahhh! apabila melihat kita dalam kesedihan, pertamanya dia akan mencari punca kepada kesedihan kita itu. Keduanya dia akan cuba sesungguhnya membantu kita melepaskan diri daripada kesedihan itu, dan kalau dia tak mampu, akan ajak sahabat hoyeaahhh yang lain untuk membantu sama. Dan ketiganya, dia akan menghalakan kita kepada Allah, kerana hanya kebergantungan yang hakiki kepada Allah sahajalah yang mampu menghilangkan segala kesedihan di jiwa.

Siapa dia sahabat yang hoyeaahhh ni..?

Seorang kawan apabila melihat kita melakukan maksiat, dia akan membiarkan sahaja. Taknak la 'friendship' tu terjejas katanya.

Seorang sahabat apabila melihat kita melakukan maksiat, dia akan cuba untuk mencegahnya. Sama ada menegur atau menghantar sms. Paling koman dia akan benci dalam hati.

Seorang sahabat sebenar apabila melihat kita melakukan maksiat, dia akan mencari masa untuk bercakap dengan kita, pillow-talk dengan tujuan untuk menasihati kita. Dan dia akan berusaha untuk menasihati kita dengan sebaiknya kerana dia tidak sanggup melihat kita terluka dengan tegurannya.

Seorang sahabat yang hoyeaaahhh! pula, apabila melihat kita melakukan maksiat, akan melakukan apa sahaja yang terdaya untuk mencegahnya. Tak kiralah jaga hati ke tak, dia tak peduli. Asalkan kita dicegah daripada melaku dosa dan noda. Kerana dia tidak sanggup melihat kita jatuh ke dalam jurang neraka. 

Siapa dia sahabat yang hoyeaahhh itu..?

Seorang kawan apabila menyaksikan kita berada di atas jalan yang benar, bersungguh-sungguh mahu berubah dan berhijrah ke arah yang lebih baik, jauh di sudut hatinya akan berkata, "Baguslah" tapi boleh jadi dia mahu turut serta atau tidak.

Seorang sahabat apabila menyaksikan kita berada di atas jalan yang benar, bersungguh-sungguh mahu berubah dan berhijrah ke arah yang lebih baik, dia sama ada akan memberikan sokongan, dorongan dan akan membantu kita untuk berubah, atau sekiranya dia tidak sehaluan dengan kita, kemungkinan dia akan membantah malah menghalang kita untuk berubah. Jika yang pertama itu, persahabatan akan bertambah erat. Yang kedua itu, mungkin akan merungkaikan tali persahabatan yang telah dibina.

Seorang sahabat sebenar apabila menyaksikan kita berada di atas jalan sebenar, bersungguh-sungguh mahu berubah dan berhijrah ke arah yang lebih baik, dia sama ada berasa terlalu amat gembira dengan perubahan kita dan akan membantu sebaiknya untuk memastikan kita kekal dengan momentum itu, atau dia akan berasa pelik dan mengajak kita berbincang dahulu tentang keputusan kita itu. Apa-apa pun mereka tidak akan menghalang kita daripada berubah, kerana mereka tahu perubahan kita itu adalah yang terbaik untuk kita. 

Walhal seorang sahabat yang hoyeaahhh! apabila menyaksikan kita berada di atas jalan yang sebenar, bersungguh-sungguh mahu berubah dan berhijrah ke arah yang lebih baik, akan berasa terlalu amat cemburu dan mahu bersama-sama kita mengejar dan merebut kebaikan yang ada dengan sesungguhnya. Moto mereka: fastabiqul khairat!
Siapa dia sahabat hoyeaahhhh..?

Seorang kawan apabila melihat kita di dalam kegembiraan, akan bertanya punca kegembiraan kita itu dan sekiranya dirasakan relevan, akan turut berkongsi kegembiraan itu sambil menekan butang 'Like' di MukaBuku.

Seorang sahabat apabila melihat kita di dalam kegembiraan, akan turut berkongsi kegembiraan itu dan akan menyebarkannya pada yang lain. Boleh jadi dia cemburu dengan kegembiraan kita, tapi tidaklah berniat untuk berlaku hasad terhadap kita. 

Seorang sahabat sebenar apabila melihat kita di dalam kegembiraan, akan berasa sejujurnya gembira malah kadang-kadang lebih gembira daripada kita. Tidak berasa cemburu malah bersyukur yang kita dikurniakan dengan kegembiraan itu.

Sedangkan seorang sahabat yang hoyeaahhh!, dialah punca kegembiraan kita itu.

Katakan 'Hoyeaahhh!' sekiranya anda seorang sahabat yang hoyeaahhh! Senyum sambil buat isyarat peace. [Kredit Gambar
Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

"Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya:

  1. Pemimpin yand adil
  2. Pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; 
  3. Seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 
  4. Dua lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT;
  5. Lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; 
  6. Seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; 
  7. Dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” 
[Hadith Riwayat Muslim]

Seorang kawan hanyalah teman bergembira di dunia.

Seorang sahabat adalah seorang teman ketika susah dan senang.

Seorang sahabat sebenar adalah seorang teman sejati yang akan sentiasa bersama kita di dalam apa jua keadaan.

Sedangkan seorang sahabat yang hoyeaahhh!, adalah seorang insan mulia yang amat mahu memimpin tangan kita ke sorgaNya. 

Jadi, sahabat jenis manakah yang kita mahu..?

Dan seorang sahabat jenis apakah kita ini..?

-gabbana-

copyright from: Angel Pakai Gucci

Thursday 27 March 2014

MOGA AKH BERGEMBIRA BERTEMU TUHAN

Assalam buat sahabat bloggers sekalian. Curetan hari ini dimulakan dengan sepotong ayat dari Kalam Allah.



Ya. Setiap yang mempunyai nyawa, tidak kira manusia, haiwan, tumbuhan malah makhluk yang mungkin tidak tercapai dek akal malah pancaindera akan merasai MATI. Mati. Death. 

"Mati merupakan penghapus kepada kelazatan dunia."

Ianya sesuata yang paling dekat dengan kita. Kita mungkin mempunyai follower yang ramai di MukaBuku, Tweeter, Insta atau mana-mana medium sosial yang lain, tapi ada dua perkara yang sering mengikuti kita tiap-tiap hari iaitu maut dan pencabutnya.

Ketika sedang berMukaBuku, dia sedang memerhati.
Ketika sedang makan, dia sedang memerhati. 
Ketika kita bekerja, dia sedang memerhati.
Ketika sedang tidur, dia sedang memerhati.
Menunggu perintah dari Rabb untuk menarik nikmat hidup dari kita.
Dan apabila sudah sampai masanya, tidak dipercepat dan dilambat hatta sesaat.

Kelmaren, 26 Mac 2014, satu berita yang sangat mengejutkan seluruh warga SHAMS di mana mantan kapten 2009/10 iaitu Muhammad Syafaat bin Salim telah kembali ke rahmatuLlah. Beliau merupakan seorang senior untukku dan para sahabat. Mohon dihadiahkan al-Fatihah untuk beliau.

Rasanya berita ini memberikan tamparan hebat kepada sahabat-sahabat arwah yang terdekat atau sesiapa sahaja yang pernah mengenali dan bekerja dengannya. Arwah akh Syafaat merupakan seorang hafiz al-Quran. Ya. Peribadinya yang luhur, sopan-santun, baik, berjuang untuk agama, komited dalam kerja, tegas, berdisiplin, sangat rajin membantu diperakui oleh sahabat-sahabatnya malah guru-gurunya.

Alhamdulillah, aku dan beberapa sahabat yang lain sempat mengikuti acara pengebumian arwah di Marang kelmaren. SubhanAllah, arwah akh semestinya seseorang yang pernah menyentuh ramai hati dari kalangan mad'unya. Ramai sahabat handai yang datang memberi penghormatan terakhir buat arwah akh.

...................................................................................................................................................................
Memetik kata-kata dari sahabat arwah yang saya kira paling rapat, Mohamad Kamal dari fbnya. 

"pergilah kamu wahai sahabat yang aku sangat segani, sungguh aku berat untuk menerima berita ini, akhlakmu sangat aku sanjungi, peribadimu sempurna seorang mukmin, suara merdumu terngiang-ngiang di cuping ini. ya, kamulah murabbiku. kamu sempurna luar dan dalam pada pandanganku. andai ditakdirkan Allah 529 orang penyokong Morsi dijatuhkan hukuman kerana berjuang mempertahankan islam, kamulah orang yang ke 530..ya sahabat, kamulah orang ke 530 itu. semoga Allah tempatkan kamu bersama mereka.

-Hilangnya Sebutir Permata Yang Terlalu Terang Sinarannya, Allah Lebih Menyayangimu-

Al-Fatihah Allahyarham Muhammad Syafaat Bin Salim

Allahyarham merupakan kapten asrama SHAMS 2009/2010 dan seorang yang sangat komited dengan perjuangan islam."
...................................................................................................................................................................

"andai ditanya syafaat ni mana satu orangnya?

aku sendiri tak tahu nak jawab apa, hampir 8 tahun mengenali Allahyarham tapi masih tak reti bagaimana hendak disurahkan sosok hebat ini. pribadinya terlalu luar biasa, umpama jelmaan malaikat di dunia. sungguh kalau hendak diceritakan aku takut ceritaku terlalu biasa sedangkan beliau manusia yang terlalu luar biasa. cukuplah aku gambarkan Allahyarham sebagai sebutir permata yang tersangat terang kilauannya. satu aset yang paling bernilai untuk agama. tapi Allah rehatkan kamu dahulu sahabat sebelum kilauanmu benar-benar bersinar.

#Alfatihah Al-Mujahid Mohd Syafaat bin Salim"
...................................................................................................................................................................

[Damailah Buat Sang Mujahid]

"Ya Allah, aku tidak tahu bagaimana untuk menyimpan kesedihan ini, tidak sampai lagi sebulan kehilangan anak saudara tercinta, insiden MH370, 529 mujahidin mesir bakal berdepan dengan tali gantung, semalam mendapat satu lagi pengkhabaran perginya seorang sahabat menghadap ilahi selamanya, 8 tahun mengenali beliau, 5 tahun tinggal dibawah satu bumbung asrama, dua tahun di dalam kelas yang sama. semua orang tidak akan membantah sekiranya saya katakan Allahyarham seorang yang sangat soleh, berpewatakan merendah diri, pemalu, dan cerdik.

Al-Quran itu sahabat beliau, semasa di sekolah dulu, rutin kami untuk membuka Al-Quran selepas subuh, selepas asar dan sebelum maghrib, alunan suaru merdu beliau sering kedengaran di bucu surau "port feveret beliau". di kampus beliau merupakan seorang Hafizul Quran, sangat menjaga solat fardhunya, akan diusaha sebolehnya untuk ditunaikan secara berjemaah, kedudukan surau hanya disebelah rumah Allahyarham, seringkali beliau menjadi bilal dan imam di surau itu. Beliau seorang yang tidak sedikit solat malamnya, dianugerahkan dengan suara yang lunak, pernah mewakili negeri Terengganu dalam pertandingan tilawah peringkat kebangsaan sewaktu sekolah rendahnya, dan merupakan salah seorang ahli nasyid sekolah, Shoutul SHAMS. paling diingati beliau menyanyikan lagu "Ahlan Bina". tersangat merdu.

beliau juga sosok yang sangat aktif dalam sukan terutamanya badminton dan silat. pernah mewakili kampus beliau dalam pertandingan silat pada kejohanan sukan antara universiti. aktifnya dalam sukan tidak dapat menafikan lagi dengan pernah merangkul pelbagai medal sewaktu kejohanan olahraga sewaktu di sekolah dulu.

di dalam kelas, beliau seorang yang sangat menjaga adab, tidak pernah lagi saya melihat ada guru-guru yang memarahi beliau, seorang yang sangat cepat belajar, kami sering bersaing dalam pelajaran terutama dalam subjek kegemaran beliau, iaitu bahasa arab tinggi, walaupun dikurniakan dengan pelbagai kelebihan, beliau lebih selesa dengan perwatakan merendah diri. saya teringat kata-kata cikgu Aminah "Allah lah syafaat, sedapnya suara, menangis cikgu dengar kamu baca Quran, bakpe yang malu sangat nak keluar suara selama ni?" selepas beliau mengalungkan bacaan Al-Quran dalam satu majlis rasmi sekolah.

Dikurniakan juga dengan kebolehan berkaligrafi jawi, khat. saya pernah meminta beliau untuk tuliskan satu khat di atas satu papan tanda semasa satu program amal "Seriyal Untuk Syria"Geng Sukarelawan Terengganu (GST), walaupun masa tu beliau sibuk dengan pelbagai urusan di kampus kerana beliau merupakan YPD Persatuan Pelajar Bahasa Arab, Bahtera, tapi Allahyarham masih sempat mencuri waktu untuk berprogram bersama kami. pemalu, sifat yang sangat dominan pada beliau, jarang-jarang saya melihat beliau bercakap dengan perempuan, beliau sangat menjaga pergaulan antara jantina. di dalam kelas, selalu kami menyakat Allahyarham dengan ....... merah padam muka Allahyarham sehinggalah selesai sesi pembelajaran.

kepimpinan beliau tidak banyak bermain dengan mulut, memegang taklif sebagai kapten asrama sesi 2009/2010, saya kira terlalu banyak sumbangan di bawah kepimpinan beliau untuk menjaga bi'ah solehah sekolah. saya tidak pernah melihat arwah marah pada anak-anak jagaannya melainkan hanya sekali, kepimpinan beliau banyak melalui teladan, qudwah hasanah, sangat disegani dalam pelbagai aspek, beliau seorang yang sangat murah dengan senyuman, kontra sekali dengan saya, memandang raut wajah beliau sendiri mendatangkan satu ketenangan, semasa saya memegang Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dulu pun, beliau banyak mencadangkan kepada saya pelbagai idea bernas, dan saya sangat senang berkerja sebagai satu pasukan bersama beliau.

alangkah terkejutnya semalam membuka laman sosial facebook, mendapat makluman, beliau terlibat dengan kemalangan jalan raya yang agak kritikal, saya semasa itu sedang berprogram di Ulu Langat terus bergegas ke bilik mengangkat takbir bersolat hajat dua rakaat memohon keselamatan dan kesihatan untuk beliau, selepas tamat sahaja program, saya memeriksa handphone terdapat 12 miss call, dengan tangan yang berat saya menghubungi Ummi Hanita, semasa itu saya tidak mengharapkan yang lain melainkan ingin mendengar "Alhamdulillah Syafaat selamat" tapi yang didengar "banyakkan bersabar, Syafaat dah tak de pukul 2.30 tadi". terus rebah saya waktu itu, seakan tidak percaya, lagi bertambah sebak bila guru bahasa arab kami, Ustazah Che Hamidah turut mengirimkan pesanan memaklumkan pemergian beliau, bercucuran air mata mengalir, kali terakhir pertemuan kami semasa program GST dulu. susah untuk menerima hakikat, sosok yang hebat ini, telah dijemput tuhan.

sejujurnya masih banyak lagi cerita kehebatan beliau hendak saya nukilkan, cukuplah ini saya surahkan beliau sebagai sosok yang sangat bernilai untuk agama untuk sama-sama kita teladani dan contohi, semoga Allah menerima segala amalan baik beliau. semua orang menangisi pemergianmu, Al-Mujahid Permata Islam.

Al-Fatihah Allahyarham Mohd Syafaat bin Salim"
..................................................................................................................................................................

Aku petik lagi kata-kata dari sahabat yang jauh di Bumi Nil. Akh Naqiuddin.

"Akhir-akhir ini ada beberapa kali terdetik untuk bertanya khabar, kerana biasanya, Allahyarham akan pesan jubah dan beberapa barang dari Mesir apabila saya mahu balik ke Malaysia. Apatah lagi, sudah lama tidak bergurau dan berbual panjang dengan beliau. Namun, takdir mendahului segalanya, Allahyarham pulang menghadap Ilahi tanpa sempat saya bertanya khabar. Sedih..

Syafaat Salim yang saya kenal, berakhlak mulia, rajin menghafal dan membaca Al-Quran, selalu melakukan solat malam, tidak pernah terlepas untuk solat berjemaah, mempunyai suara yang lunak (selalu dijemput untuk menjadi imam), sopan-santun, lemah-lembut, suka membantu orang lain, tegas dan berdisplin apabila melakukan kerja, bijak dan cerdas dalam pelajaran. Beliau juga seorang yang lebih banyak diam daripada berkata-kata, tetapi apabila dia berkata-kata, kalamnya penuh makna. Susuk anak muda seakan tidak pernah lelah dan jemu menggerakkan kerja-kerja dakwah.

Ternyata, Allah s.w.t lebih sayangkan beliau. Berehatlah dengan tenang, Syafaat Salim. :’(

Al-Fatihah."
...................................................................................................................................................................

Ini pula dari fb akh Firdaus Yusoff.

"Hari ini kita masih mampu berceloteh, bergelak ketawa, bergurau senda bersama sahabat-sahabat. Tapi esok belum tentu kita mampu berbuat sedemikian. Sehebat manapun perancangan manusia, Allah mengatur hambanya dengan aturan lebih baik. Sahabat baik dunia akhirat, Mohd Syafaat Bin Salim, Allah panggil balik menghadapNya. Berita yang merenggut jiwa dan perasaan ini aku telan walaupun pahit. Belum pernah merasai kehilangan sahabat. Sungguh, rasa itu perit. Moga Allah bagi kami kekuatan untuk teruskan kehidupan.

Setiap kali cuti, dia orang yang paling aku nak jumpa. Perjalanan hidupnya Allah taqdirkan singkat tapi aku yakin penuh keberkatan. Teman yang aku anggap sebagai 'kembar tak seiras lain ibu dan ayah'. 'Kembar' kerana persamaan dan minat kami dari banyak sudut. Qudwah hasanahnya pasti diingati rakan seperjuangan.

Mohon dipanjangkan doa buat arwah agar mudah urusannya di alam sana.

اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه.

Paat, mung tunggu aku kat syurge deh. Dakpelah Allah panggil mu awal sikit dari aku. Amal aku banyok lagi kurang dok macam mung orang kuat juang. Kekgi sapa masa giliran aku pulok. Allah janji doh tu. Harapnye kite masuklah dalam golongan hok Allah janji dapat perlindungan bawah ArasyNya sebab kita jupe ngan pisoh pun harapnya kerana Allah.

Al-Fatihah."
...................................................................................................................................................................

Aku kira testimoni ini sangat kukuh dan pejal. Tidak aku mampu untuk bercoret lagi. Tidak selayaknya. Kerana aku bukanlah sosok yang terlalu mengenali beliau. Hanya mengenali beliau sebagai seorang pemimpin agama yang sangat aku dan para sahabat sanjungi.

Semoga engkau tenang di sana akh. Bergembiralah engkau di sisi Rabb. Bergembiralah engkau bertemu dengan Kekasih abadi. Rehatlah engkau di sana. Engkau telah bekerja di sini. Rehatlah selamanya di sana. Di samping Tuhanmu. Wahai pemilik suara merdu. :'( :'( :'(

Tuesday 18 March 2014

BUMI HARAMAIN


As Salam sahabat-sahabat semua. Keifa halukum? Keifa imanukum? Kheir. Alhamdulillah. Semoga sahabat-sahabat fillah semua terus thabat dalam berjuang. Tidak kira dalam apa jua bidang yang kalian ceburi. Moga terselit keikhlasan dan keseronokkan dalam berkerjaya. Ye la, dalam pekerjaan kita pun perlu ada seronok tuh. Baru hidup kerja kan kan kan?? -_- Whatever lah majnun.

Haha. Sebelum itu saya ingin meminta maaf daripada sahabat sekalian kerana saya tidak memberitahu perkara ini. Bukan niat saya untuk menyembunyikannya, cuma saya kurang masa dan kesempatan untuk menguar-uarkannya di dinding belog. Maafkan saya.

"Eh kenapa ni? Majnun kahwen ke? Bila? Dengan sapa?

Err. Bukan itu yang saya maksudkan okay. Sebenarnya pada 4 Mac yang lalu, saya telah terbang membelah awan ke bumi haram Makkah al-Mukarramah serta ke Madinah Kota Bercahaya. Nah, itu yang saya ingin kasi tahu. Mungkin ada sahabat-sahabat yang mengirim doa melalui fesbuk dan email saya dan tidak sempat untuk saya membacanya, jadi saya memohon maaf atas itu. Walau apapun, saya telah mendoakan keselamatan dan kesejahteraan untuk ummah ini. Anda kan sebahagian dari ummah ini, jadi secara tak langsung saya telah mendoakan anda. Senyum ye.. ^_^

Kini, hati saya tertarik-tarik untuk menceritakan serba sedikit pengalaman yang saya kira cukup berharga semasa saya di Haramain ( 2 tanah Haram). Paling saya rindui ialah Masjid Nabawi. :') Ya! Saya memang merindui saat-saat di sana. Terasa saya berada dekat dengan Rasulullah SAW. Saya dapat ziarah maqam Rasulullah SAW. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan? SubhanAllah. Saya yakin, inilah antara nikmat yang terbesar yang dikurnikan Allah. AlhamduliLlah. Tidak tergambar rasanya di hati apabila melihat sendiri kubah hijau Masjid Nabawi dan pintu maqam Rasulullah SAW.



Menitis air mata. Sungguh, saat itu, saya dapat rasakan, Rasulullah SAW sedang memanggil saya untuk ziarah baginda. Terharu. Seakan ada seseorang sedang menunggu saya. Gugur lagi butir jernih dari mata. Allah beri peluang. Apabila sesiapa sahaja antara ummah ini memberi salam kepada baginda, Allah akan meniupkan roh Rasulullah ke dalam jasad supaya baginda dapat jawab salam dari umatnya. SubhanAllah. Ada artis-artis yang kita minat buat macam tuh?? Tak ada punya. Rasulullah SAW satu-satunya. :') Sollu 'alan Nabiyy. Begitu istimewanya kedudukan Rasulullah SAW yang diberikan Allah. Special bukan? Ya! Dan saya juga sempat bergambar dihadapan kubah hijau dimana tepat dibawah kubah hijau itu, disitulah terletaknya maqam Rasulullah SAW, insan agung di sisi Allah.

Jika anda lihat di gambar lagi, anda akan dapat lihat perkarangan Masjid Nabawi yang memang luas! Indah! Serta dijaga rapi oleh para muslimin dan muslimah di sana. SubhanAllah. Semoga mereka yang sentiasa menjaga masjid, mana-mana masjid sekalipun, dikurniakan pahala dan kebaikan. Ameen.

Saya juga menjejakkan kaki ke padang Arafah. Sinonimnya, bukit mintak jodoh bagi sesetengah orang Melayu. Haha. Dan salah satu tempat mustajab doa. Gayat juga kalau nak naik sampai atas. Jadi saya terpaksa naik suku bukit Arafah je. Gayat punya pasal. Nak tahu apa yang saya doakan? Haha. Rahsia. :3

Seterusnya, saya ke Bukit Uhud. Tempat di mana berlakunya perang Uhud yang terlalu banyak ibrah yang Allah berikan untuk umat Islam. Ya sememangnya sejarah telah melakar kekalahan kita terhadap musyrikin semasa perang Uhud. Allah SWT boleh saja berikan kemenangan untuk Islam, tapi Allah SWT punya rencana yang lebih baik supaya kita sentiasa mengikut arahan pemimpin. Antara syuhada' yang gugur di perang Uhud ialah Hamzah asaduLlah, iaitu bapa saudara Rasulullah SAW dan pengantin satu hari iaitu Handzalah. Ini bukan pertama kali saya mendengar nama Handzalah ini. Sudah berkali. Dari saat itu, saya bertekad untuk namakan anak lelaki saya Handzalah. Muhammad Handzalah. Ibni entaaahh.. Tunggu je lah. Hahaha. InsyaAllah.

Susuk syuhada' Handzalah ini begitu unggul di mata Rasulullah. Syuhada Handzalah ini merupakan seorang pengantin satu malam yang tidak sempat mandi junub kerana dia segera menyahut seruan jihad ke medan Uhud. SubhanAllah, itulah susuk syuhada' Handzalah. Sehinggakan jenazahnya telah dimandikan oleh malaikat. SubhanAllah. Itulah janji Allah untuk orang yang berjihad di jalan Allah.

Nikmat inilah yang paling menggembirakan saya. Dapat menjejakkan kaki ke bumi suci ini. Inilah pengalaman yang sangat saya hargai. Dan saya berharap, saya dapat menjejakkan kaki lagi ke bumi barokah ini. Ameen.