Saturday 3 January 2015

HABIB MAHBUB

'Alaikum Salam..

Saya tahu, sudah sangat lama rasanya jari-jemari ini tidak menari di atas papan kunci laptop COMPAQ lama ni. Dan jujur saya katakan, saya sangat rindukan saat-saat itu. Dan sekarang saat ini berulang kembali. AlhamduliLlah. Maafkan saya kerana kurng menulis belakangan ini. Eh. Bukan kurang, rasanya tidak menulis langsung, kecuali menulis nota-nota yang Prof beri. Hehe. Mungkin kerana kekangan masa. Tambahan, saya sedang hadapi pepriksaan akhir di sini. Mohon doa kalian ya.

Hari ini, tanggal 12 Rabi3ul Awwal 1436H bersamaan 3 Januari 2015, (eh dah 2015, cepat betul masa berlalu), ialah hari istimewa kerana hari ini adalah hari kelahiran habibna mahbub. Kekasih kesayangan, cinta hati pengarang jiwa dan jantung. Muhammad ibn Abdullah, RasuluLlah SAW, Kekasih Allah. Ya, inilah harinya. Rahmatan lil 'alamin. Kelahirannya adalah rahmat buat sekalian alam. 

Kalau tidak kerana perjuangan bermati-matian, berhabis-habisan baginda dan para sahabat solehin dan solehah, tidak mungkin aku Islam hari ini. Tidak mungkin aku dapat kecapi nikmat itu hari ini. Allahu Allah. Allahurabbi. Syukran habib. Syukran habibi Muhammad. Syukran jazilan. Kerana titik peluh dan darah dalam perjuangan mu, aku kenal Tuhanku, Allah, aku kenalmu, Rasulullah, aku kenal agamaku. 

Ya habib, mungkin cintaku ini tidak sehebat manusia lain yang cinta mereka pada mu jauh lebih tinggi berbandingku. Tapi aku ingin kau tahu ya habib, aku akan cuba menjadi kekasihmu yang mencintaimu dengan cinta yang penuh kecintaan sejati. Aku akan cuba menjadi itu. 

Buatmu Habib Ya Rasul.


"Engkau mencintai kami sebagaimana bunga mencintai titah TuhanNya. Tidak pernah lelah menebar mekar dan harum agar mewangi seluruh dunia. Tidak pernah lelah terus-terusan membuat kami bahagia.

Engkau mencintai kami sebagaimana sang tari mencintai tulus Tuhannya. Tiada hari bumi tidak bersinar. Patuh akur dengan arahan Tuhannya."

Buatmu habibku, Ya Rasul. Tunggu aku di syurga sana.