Wednesday 12 February 2014

65 TAHUN KESYAHIDANNYA~ AL-BANNA DALAM INGATAN

Salamun a'laik. Allahu Allah. Sudah lama jari tidak menari rancak pada papan kunci. Haha. Seebuk sedikit. Almaklumlah, penat separuh hari mengajar dan mendidik anak-anak comel di pasti. Haha. Tidak kurang ada adegan mengejar-ngejar bersama anak-anak. Suara pun dah macam rockerz sebab selalu jerit. Budak-budak bising, kita kena lagi bising.

Ok, dah! Bukan nak cerita pasal keletihan di pasti ye, itu sekadar permulaan kerana sememangnya saya sudah lama tidak menulis untuk sahabat-sahabat sekalian. Straight to the point. 


Kenalkah anda dengan susuk wajah tersenyum di atas? Al-Banna? Assyahid Imam Hassan Al-Banna? Popular dengan Jamaah Ikhwanul Muslimin yang berpusat di Mesir? Haha, ya! Gambar beliau terpapar pada dinding belog saya. Kalau ada yang perasan la. Perasan! Haha. MasyaAllah, ini sedikit info yang baru saya dapati di laman MukaBuku. Jom ikuti sedikit ringkasan tentang riwayat hidup assyahid Imam Hassan Al-Banna bersempena 65 tahun beliau syahid.

12 Februari 1949 ~ Syahidnya Imam Hasan al-Banna

Maka hari ini genaplah 65 tahun beliau telah syahid dalam perjuangan menegakkan Islam di bumi mesir.

Biodata ringkas hidup al-banna adalah seperti berikut. Nama beliau Hasan Ahmad Abdul Rahman al-Banna. Hassan al-Banna dilahirkan pada waktu Dhuha hari Isnin 25 Sya’ban 1324 hijrah, 14 Oktober 1906. Di markaz Mahmudiah, Muhafazah Bahriah.

Beliau menghafaz Al-Quran ketika masih kecil, dan belajar di Madrasah Ar Rasyad ketika berumur 8 tahun, kemudian beliau masuk ke sekolah rendah, kemudian Madrasah Mua’allimin Damanhur, kemudian Darul U’loom Keharah, beliau menjadi graduan pada tahun 1927. Dari kecil beliau sudah mula berdakwah, amar ma’aruf dan nahi mungkar, beliau bersama kawan-kawannya menubuhkan pertubuhan Akhlak dan Adab ketika di sekolah rendah, dan seterusnya bersama menubuhkan persatuan Pencegah Kemungkaran. Ketika beliau di Maktab perguruan (Madrasah Mu’allimin) beliau bersama rakannya Ahmad Sukkari menubuhkan Jam’iayyah Al Hisofiah Alkhairiyyah yang bertujuan menegakkan akhlak mulia dan mencegah kemungkaran.

Bekerja sebagai guru di Isma’iliyyah pada tahun 1927. Pada Zulkaedah Tahun 1347 hijrah / 1927 masihi beliau menubuhkan Pertubuhan Ikhwan Muslimin. Maka berkembanglah dakwah ikhwan sehingga terdengar diseluruh pelusuk kampung di mesir. Beliau sendiri telah pun menziarahi lebih kurang 3000 kampung antara hampir 4000 kampung yang ada di Mesir ketika itu. Dan ini tidak termasuk bandar yang telah beliau pergi.

Beliau juga giat dalam usaha massa. Pada usia 30an, beliau telah menerbitkan Teater Ikhwan Muslimin, beliau juga telah menerbitkan beberapa majalah2 : AlManar, Asy Syihab, AnNazir, At-Taaruf dan juga beberapa surat khabar : Al Ikhwan Muslimin dan juga Radio Ikhwan muslimin pada tahun 40-an beliau.
Beliau telah berhenti bekerja sebagai profesyen guru pada tahun 1946.

Pada tahun 1947-1948 beliau telah menghantar ribuan Pemuda Ikhwan ke medan jihad di bumi Palestin. Pada safar 1368 / Disember 1948 ikhwan telah dikenakan tindakan ketenteraan. Ketika itu bilangan anggota penggerak Ikhwan tidak kurang daripada setengah juta. Beliau telah syahid pada 12 Februari 1949, apabila beliau telah dibiarkan tanpa rawatan di hospital setelah ditembak.

MasyaAllah, hebat sungguh susuk tubuh yang bernama Assyahid Imam Hassan al-Banna. Sungguh kesungguhan dan kesabarannya telah dibayar dengan pergerakan Ikhwan Muslimin yang masih utuh dan teguh walaupun ada pihak yang masih menolak gagasan pertubuhan ini.

Apa yang berlaku di Mesir sekarang, eloklah dibuat renungan. Mungkin kita tak mampu untuk ke sana, tapi kita ada Allah tempat kita meminta. Moga Mesir kembali aman. Ameen.