Wednesday 30 April 2014

WAL- 'ASR: MEMERAH SEBUAH USIA

Assalam, tulisan ini adalah dari belog Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. BarakAllah ustaz. Moga setiap tulisan ustaz dikira Allah sebagai pahala. Dan moga hati-hati yang membaca tulisan ustaz dapat hidup. BiidzniLlah.

demimasa
Demi Masa!
Demikianlah Allah bersumpah dengan masa. Kita sama-sama maklum bahawa, apabila Allah bersumpah dengan sesuatu di dalam firman-Nya, subjek itu amat penting dan menuntut kita untuk bertadabbur dengan lebih teliti mengenainya.
Di dalam bahasa Arab, ada beberapa perkataan lain yang maksudnya adalah berkaitan dengan masa. Ada Waqt (وقت), Zamān (زمان), Sā’ah (ساعة) dan Dahr (دهر). Tetapi Allah memilih kalimah ‘Asr (عصر) dengan hikmah yang besar.
Perkataan ‘Asr ini secara bahasanya, ia memberi maksud “memerah sehingga keluar susu” [Mu'jam Maqayis al-Lughah by Ibn Faris]. Bersandarkan kata akar yang sama, Allah SWT menyifatkan awan sebagai sesuatu yang mengandungi air, diperah hingga mengeluarkan hujan.
78_14
Dan Kami telah menurunkan dari awan (al-mu’sirāt), air (hujan) yang mencurah-curah [Al-Naba' 78: 14]
wring
Apabila Allah bersumpah dengan al-’Asr yakni masa, ia bukan sebarang masa. Ia adalah masa yang digambarkan sebagai sesuatu yang berisi intipati yang berguna, penuh khasiat. Namun untuk memperolehinya, masa itu mesti diperah, seperti kelapa parut yang diperah untuk mengeluarkan santannya, atau kelapa sawit yang perlu diperah untuk mengeluarkan minyaknya. Demikian juga zaitun, sekadar buah yang enak dimakan, tetapi menjanjikan minyak penuh khasiat, andai kita patuh kepada proses utamanya iaitu ia mesti diperah, dengan betul, sepenuh usaha, hingga tidak tersisa.
Allah mengesahkan bahawa setiap manusia kerugian.
Rugi, seperti buah kelapa yang tua, kering, bergelimpangan di tanah dan kemudian menjadi tanah.
Seperti buah zaitun yang begitu banyak khasiatnya, tetapi terbiar gugur di tanah, kembali ke tanah, reput dan sebati hingga hilang dari kewujudannya.
Betapa sia-sianya manusia yang mati tanpa diperah potensinya.
Betapa rugi, dengan serugi-ruginya manusia yang lahir dengan fitrah penuh potensi, namun dek kecuaiannya tidak memanfaatkan peluang masa yang diberi, dia hanya singgah di kehidupan ini bagai melukut di tepi gantang, kemudian mati, bagai bangkai, kembali ke tanah, tanpa sumbangan, dan jasa.
Sesungguhnya setiap manusia yang memahami erti AL-’ASR (masa), akan membina kehidupannya atas empat tiang yang tidak mengenal kompromi.
1. Beriman, dan mempertahankan keimanannya dalam apa jua keadaan.
2. Beramal soleh, berterusan, beramal, beramal, dan beramal.
3. Berpesan-pesan pula kepada setiap insan yang melintasi dan dilintasi dalam kehidupan ini, dengan kebenaran.
4. Berpesan-pesan dengan kesabaran, selagi hayat dikandung badan.
Duhai sahabat, sudahkah kalian memerah diri untuk mendapatkan hasilnya? Berusahalah agar pada hari matinya kita, yang dikebumikan itu benar-benar hampas yang sudah diperah manfaatnya habis-habisan. Dan dengan kasih sayang Allah, tubuh badan yang tidak bernyawa itu pun, masih punya manfaat andai kita menekuni kaedahnya.
Jangan sia-siakan masa.
Jangan sampai sudah mati, baru meminta dihidupkan semula.
32_12
“Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin” [Al-Sajdah 32: 12]
Andai ada peluh yang melimpah, andai ada air mata yang tumpah, andai ada darah yang membasah, terimalah ia sebagai sebahagian daripada kehendak WAL-’ASR.
Demi memerah masa…
Demi memerah sebuah usia…
Hasrizal @ www.saifulislam.com
43000 BSP

Rujukan: Al-Khittah al-Barraqah li Dzi al-Nafs al-Tawwaqah oleh Dr. Solah al-Khalidi

Thursday 10 April 2014

TIPS TOP HAFAZ QURAN


Sebenarnya ini tips untuk saya. Sebab malas nak catit dalam nota, so copy paste dekat dinding blog sudah. Tak apakan?? Hehehe.. 

Bismillahirrahmanirrahim, sedikit perkongsian.

Baca tak sampai 10 minit pun, kalau hafaz tak sampai 10 tahun pun.

kenapa mudah sangat seseorang itu didampingi syaitan?
sebab tak baca Al-Quran.
baca Al-Quran tak seronok? 
kalau tak seronok baca, kita hafaz nak?
mari menghafaz Al-Quran dengan cara mudah.

1. berapa ayat kena hafaz?
hafaz 3 AYAT SAHAJA setiap hari. haa. amacam?
boleh hafal 1 ayat sahaja di sebelah pagi. kemudian 1 ayat di sebelah petang. baki 1 ayat lagi di sebelah malam.

2. bila kena test bacaan?
dalam solat. tak kiralah solat berjemaah atau berseorangan. test 1 ayat dalam solat zohor misalnya. ada 4 rakaat, kan? so boleh ulang sebanyak 2 kali atau 4 kali ikut suka. test ayat seterusnya dalam solat seterusnya. ulangkan ayat pertama tadi bersama ayat kedua. gabungkan. untuk solat sebelah malam. gabungkan ketiga tiga ayat. ulangkan sampai lancar.
selesai sahaja 1 juzuk hafaz, SILA TUNGGU dulu seminggu atau dua minggu sebelum ke juzuk seterusnya. dalam masa seminggu dua tu, sila ulang dan ulang dan ulang juzuk yang telah dihafal tu sampai cair dalam kepala dulu. sebab nanti lepas kita hafal juzuk baru, juzuk yang lama ini mesti digabung baca lagi. so, beban hafazan semakin banyak dan berat setiap kali beralih juzuk. sebab tu kena cairkan betul betul.

3. tips untuk mantapkan lagi?
sebelum tidur, tulislah ayat Al-Quran yang dah berjaya hafal tu dalam buku tulis. simpan baik baik buku tu. sambil tulis sambil lancarkan lagi. ohh. solat taubat cantiklah kalau buat setiap hari. dosa banyak, kan? mohon ampun, berkurang dosa. dosa kurang, lagi mudah hafaz.

4. tips supaya tak salah tajwid?
pilih bacaan dari Qari yang anda suka. misalnya kalau suka Syeikh Misyari, download dan dengar bacaannya. kemudian, TIRU BULAT BULAT cara sebutan dan bacaannya melalui pendengaran. ulang ulang dengar 1 ayat. handphone canggih canggih tu gunalah untuk replay banyak kali. cuba bacakan depan ustaz atau ustazah untuk perbetulkan lagi bacaan. jangan malu walaupun dah tua. biasalah belajar.

5. tips supaya lebih jitu dan rapi hafazan?
perdengarkan (tasmik) hafazan kepada sesiapa sahaja. bagi dia pegang Al-Quran untuk dia semak. suruh ayah mak dengar boleh, suruh kawan boleh. suruh bos tempat kerja pun boleh. siapa saja pun boleh. seronok. orang yang baca dapat pahala. orang yang dengar pun dapat pahala. sharing is caring!

6. bila nak habis?
kita bukan sekolah tahfiz. jadi, kenapa nak cepat habis? nak dapat sijil ke? jadikan hafazan ni hafazan sepanjang hidup. sepanjang hayat. rutin.
ada lebih kurang 6000 lebih ayat Al-Quran untuk dihabiskan. kalau nak dibuat kira kira, lebih kurang 5 atau 6 tahun maka habislah hafazan kamu.
"what?!! 5 atau 6 tahun?! bapak lama!" ehh. sekarang umur berapa? 5 atau 6 tahun lepas waktu disia siakan dengan apa? 6 tahun akan datang nak sia siakan juga? ubahlah. bukan lambat atau cepat habis yang kita nak. tapi ayat ayat Al-Quran tu biar melekat kuat dalam jiwa dan ingatan. buat apa cepat habis, tapi tak ingat apa pun lepas tu. biar mati dalam keadaan hafaz Al-Quran. mati dalam keadaan tiada satu hari pun miss baca Al-Quran. dapat amalkan seluruh dalam Al-Quran lebih baik. bila hidup dengan Al-Quran tiap hari, yang berdamping dengan kita adalah malaikat. hati mulai bercahaya. wajah pun nampak ada nur. tenang. 

and hafaz dengan cara ni tak terikat dengan rules. 
cuma kalau boleh, makin kita hafal, makin kuranglah buat maksiat.
sikit sikit, lama lama jadi bukit.
sambil tunggu bas ke sambil drive pun boleh hafal 


kalau saya, saya lebih prefer start menghafaz dari juzu' 30. mulakan dengan surah an-naba'