Friday 20 December 2013

AL-KAHFI

Assalam... Yaumul Jumuah, Salam saiyyidul ayyam.. Salam Jumuah Mubarokah.. Allahu Allah... Pada pagi-pagi yang matahari masih lagi malu untuk mempamerkan cahayanya, ada terselit kekuatan dan keseronokan dalam hati untuk menulis.. InsyaAllah bermanfaat.. ^_^

Satu kelaziman yang menjadi lazim, hehe serta kebiasaan pada penghulu segala hari ini ialah amalan membaca surah al-Kahfi.. Fadhilatnya terlalu besar.. Tak caye?? Hehe..


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Barangsiapa yang membaca surah Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan dirahmati dengan cahaya  antara dua Jumaat.
(HR: Al-Hakim dan Baihaqi)

Straight forward, isn't? Jelas lagi terang bersuluh.. Eh. Tetapi, kepada beginner, anda tidak perlu untuk terus membacanya. Bak kata pepatah, jangan rushing untuk berubah. Slow-slow biar istiqomah. Eh. Ni pepatah aku sendiri. Hehe..

Ya. Aku juga pernah jadi beginner untuk surah ini. Membacanya memakan masa lebih kurang tiga puluh minit.. Kire lama la.. Untuk iman yang rapuh macam aku ni.. Nanges. Dan sebelum ini, aku baca kadang-kadang dua muka surat je, daripada 10 muka surat surah ni. Sikit bukan..

Tetapi, aku ajar diri aku untuk menambah muka surat surah.. Pada mulanya dua muka menjadi tiga, seterusnya empat dan seterusnya sampailah aku capai sepuluh muka surat.. Setelah itu? Aku bina kekuatan dengan terus istiqomah untuk membaca penuh surah al-Kahfi.. Terus bina kekuatan untuk istiqomah membacanya setiap Jumaat..

Tidak salah separuh-separuh.. Pepatah Melayu, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.. Tak gitu? Hehehe.. Jadi biasakan diri anda untuk membaca surah ini.. InsyaAllah, kalau dah jadi makanan ruji iman, 30 minit tu rasa sekejap aje.. Ala.. tengok hindustan boleh aje sampai dua tiga jam? Takkan la nak dekatkan diri dengan Allah melalui surah ini pun tak boleh kan.. Hehe.. Sarcastic.. :)

Fi hifziLlah~~~ <3 Salam saiyyidul ayyam once again..

Monday 16 December 2013

BAIT SEMANGAT UNTUK AKU DAN KALIAN

Assalam warga blogger yang di chentai fillah semua.. InsyaAllah... Sudah lama ya agaknya kita tidak berchanda.. Hahaha.. Gue kebelakangan ini agak sibuk ya shuyukh, enggak punya waktu yang banyak untuk mengarang buat entum.. Hari ini baru berkesempatan.. Hahaha.. 
Agaknya hari ini gue enggak betul kali ya.. Bicara dalam bahasa nusantara, tapi enggak apa-apa kan..? Kamu semua mengerti kan apa yang aku omongin? Iya kaan? *facepalm*

Hari ini aku ingin bicara tentang kita sendiri.. Sebagai manusia, kita sering memohon kebahagian, kesenangan, kekayaan, kejayaan serta segala nikmat dan jenis kebahagiaan dunia.. Biasanya kita akan sebut direct dalam doa.. Ya, kebanyakan daripada kita begitu..

Tapi, mau tahu apa yang boleh membuatkan kita lebih berjiwa kuat dan kental? Ianya ialah dengan berdoa supaya kita peroleh yang TERBAIK untuk diri kita, agama Islam dan keluarga kita.. Ini yang sering diamalkanku.. Bagi aku, dengan berdoa yang sebegini, aku dapat mendidik jiwa aku supaya tabah dan kental serta kuat untuk menghadapi hari kemudian.. Dengan berdoa sebegini, aku sendiri dapat siapkan diri dengan sebarang kemungkinan yang akan aku hadapi..

Ini yang mendidik aku untuk jafdi lebih kuat! Ya, ini adalah resepi aku untuk hadapi ujian akan mendatang.. Jika apa yang aku pinta tidak dimakbulkan lagi oleh Allah, sekurang-kurangnya, aku tidak kecewa, aku tidak akan sedih kerana sedari mula aku telah siap siaga..

Dan aku pasti, pasti, yakin jika sesuatu yang buruk berlaku pada diriku, itu adalah sebagian dari tarbiyah Allah.. Itu adalah sebagian daripada ujian yang hanya inginkanku selangkah kepada Penciptaku.. Allahu.. Dan aku juga yakin, every clouds has a silver lining.. Dibalik ujian, musibah dan mehnah itu tersembunyi hikmah yang kita mungkin tak akan nampak di kala itu.. Tapi mungkin kita akan nampak kebaikan, hikmah serta ibrah di kemudian hari.. Pasti! Aku yakin!

Ketika itu, barulah kita akan bersyukur dan berterima kasih kepada Allah.. Kerana membuka hati kita.. Ya! Ini hikmahnya.. In short, have faith in Allah.. Jangan pernah ragu dengan perancanganNya.. Semoga kita semua kuat hadapi hari-hari yang mendatang.. Semoga kita siap sedia dari segi fizikal, mental dan iman.. InsyaAllah kita boleh...



"Fighting has been enjoined upon you while it is hateful to you. But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not."
2:216

Pernah dengar pujangga berkata? "Kita merancang, Allah juga merancang, dan perancangan Allah-lah yang paling baik". Atau ini.. "If planning was a game, Allah will always win.." Jadi kali inilah, kita praktikkan.. Peringatan ini untuk yang pertama-tamanya AKU! Moga kita kuat~ c:

Friday 13 December 2013

KEHIDUPAN BARU (pt 1)


Gambar berbingkai ukuran 330"x 250" dimasukkan ke dalam kotak usang cap ayam. Poster Metallica, Madonna, malah chikaru tanpa baju turut dimuatkan ke dalam kotak. Jumlahnya tiga buah kotak sederhana besar. Mengatur langkah ke drawer almari. CD-CD rock gaya black metal, lagu-lagu pop orang kulit putih tidak lagi mahu didengarnya.

Tangannya mencapai segala benda-benda yang ingin dibuang bagi memulakan satu kehidupan yang baru. Kehidupan yang dirasakan adanya Tuhan. Allah. Baju-baju yang berunsurkan "kegelapan" langsung dibuangnya. Benci dan jijik. Nekad tidak mahu ke masa lalu. Sudah cukup sudah.

Danial Darwish. Panggilan, Darwish. Anak mat salleh celup. Berlatar belakangkan keluarga yang agak westernized. Papa dan mama yang meneguk air kencing syaitan hampir setiap malam tapi mempunyai bisnes yang semakin maju. Istidraj nikmat. Seorang kakak, Nur Mariam, tapi selesa dengan nama Maria, yang masih virgin tetapi sudah tercemar pergaulannya. Oppss! Still a student. Although she's a smart one. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.

Darwish. He's still wondering, kenapa papa dan mama memberikannya nama yang ala-ala omputeh. Malah langsung tidak mempunyai makna. Tersurat mahupun tersirat. Langsung tiada konspirasi disebaliknya. Inche Google tidak ditanya. Dia biarkan saja soalan itu berlalu tanpa jawapan. Benda remeh. Lagipun mama yang teringin nama yang ala-ala anak mat salleh. Papanya, Dato Richard Salam berasal dari England yang muallaf. Berhijrah ke Malaysia untuk bisnes, berjumpa dan terus kahwin dengan mama Darwish.

Malangnya, sinar Islam dalam diri papanya tidaklah sebegitu terang. Mama Darwish, Datin Fareeda, sedia Islam sejak lahir yang sepatutnya membimbing suaminya ke arah jalan yang lebih baik, langsung tidak mempedulikan ajaran dan hukum-hakam agama. Keluarganya dahulu juga tidak pernah menitikberatkan soal agama. Akhirnya, dia sendiri yang hanyut dan mengheret suaminya bersama ke jalan yang semakin gelap.

Darwish mengambil posisi di sisi katil. Menongkat dagu dengan kedua-dua tangannya. Sekejap dia menutup muka dengan tapak tangan. Merenung mungkin. Terfikir, bagaimana dia akan menghadapi hari-hari yang akan mendatang? Kalau aku tak kuat? Gimana? Semua ini sejak tadi lagi berlegar-legar di ruang fikirannya.

Hatinya berbisik. Syaitan mengganggu emosi. Melemparkan rasa was-was, ragu-ragu, putus harapan. Argh! Seakan dia terdengar satu suara yang menghalang niat sucinya untuk berhijrah.

"Eleh, kau ni hangat-hangat tahi ayam aje! Esok-esok kau game dengan perempuan lain. Esok-esok kau togok arak lagi. Haha. Tak payah jadi baik sangatlah. Kau tu dah confirm jadi isi neraka."

Suara itu terasa berbisik ke telinga. Malah didengari hati. Darwish meraup wajahnya berkali-kali. Dia menghempas separuh badannya ke katil. Tangan kanannya diletakkan di atas dahi. Matanya terasa hangat. Cecair bening mengalir di tubir mata.

"Bagaimana aku di kemudian hari. Adakah aku mampu untuk semua ini?" Merintih di dalam hati. Tapak tangannya diletakkan di atas dada. Mengurut- urut. Turun naik. Darwish pejamkan matanya. Satu per satu memori kejahilannya berlayar di ingatan. Seakan tape yang diulang tayang.

Bersambung...

Wednesday 11 December 2013

NIGHT FOR A BORED CHIKARU


Assalam..

Malam ini, kenangan tak habis-habis mengusik jiwa.. Jiwa yang kosong terasa terisi dengan 'flashback' kenangan sezaman bersama sahabat-sahabat seperjuangan.. Yang suka gembira sampai tak hengat dunia hinggalah yang duka lara nanges hingus-hingusan sampai meleleh.. Eww..

Kipas tiga bilah pada kuasa yang kelima menambahkan lagi kedinginan yang sedia menusuk hingga ke tulang.. Eh.. Tipu laa.. Tapi rasa sejuk tu ada la.. Rasa macam diselaputi salji pun ada.. Dalam mimpi.. Haah! Dream on! Tapi tidak sesunyi malam Sabtu, malam ini, penebar roti canai tegar menebar tepung roti yang berayun-ayun.. Ada yang memesan "kosong" satu! Telur satu pun ada.. Terliur tapi ukiran sabda nabi menasihati agar 1/3 untuk perut sahaja bagi makanan.. So, malam ni just minum air.. Hidangan sampingan, maybe roti Gardenia RM4.25 di Iwan Trading..

Di satu ruangan lain di dalam rumah, terlentang satu anak bujang alias lembut sedang berdengkur sambil menghadap ke arah television Disney.. Caiit!! Nak tidur tu tidur ajelah, tak payah nak package sekali bau angin yang meloyakan dan menyebabkan kesengsaraan abadi tuh! Tutup hidung.. Tak bernafas aku.. Please.. Please.. Please! Anybody? I need Prince Charming to do CPR for me.. Aceceh... Gatal ulat bulu.. 

Bismillah... Air sejuk milo dibawa ke mulut.. Hirup.. Hirup.. Terasa air sejuk beku mengalir melalui halkum yang tiada.. Bahasa mudahnya anak tekak je lah.. Organ itu untuk makhluk Adam sahaja meh... Aku si cantik Hawa~~ Geli hati.. Kembali ke dunia realiti.. Fokus pada blog yang dah berhabuk debu hama yang seni..

Still thinking what to write in this good night.. Not goodnight! Good night.. Understand? Suara Pinocchio si boneka penipu hidung menjadi panjang itu kedengaran di ruangan si bujang tidur.. For sure, tepat pukul 9.30 malam nanti, akan beralih program ke Tv al-Hijrah.. 30 minutes Ustadz Don.. Kegemaran mak.. Rumah ini perlu juga suasana tarbiyah sekali-sekala.. Bukan 24/7 dihiasi dengan Metallica or Rock Glam dari program The Voice.. Atau sajian menjolok mata dari rancangan How Do I Look.. Err, angkara aku lah tuh.. Jadi pokok semalu.. Hik hik hik.. Tapi best rancangannya..

Si MukaBuku sudah muak ditatap.. Menanti post-post yang menarek dari sahabat mukabuku terchenta.. Tapi sudah malas menunggu... Muka double-jerk.. Last-last, post gambar "pulau batu putih" yang ada kat asrama.. Tunggu lagi respons kawan-kawan.. Ye la.. Takkan nak flashback sorang-sorang.. Tak syok la.. Ajak geng baru beshh!! Huhuhu...

Sudahlah mengarut time-time nih.. Tangan dah menjerit tanpa suara minta berhenti typing. Otak pulak dah malas nak fikir, apa line seterusnya.. Okay ukays.. Stop here.. He (brain) said! Adios~