Friday 20 December 2013

AL-KAHFI

Assalam... Yaumul Jumuah, Salam saiyyidul ayyam.. Salam Jumuah Mubarokah.. Allahu Allah... Pada pagi-pagi yang matahari masih lagi malu untuk mempamerkan cahayanya, ada terselit kekuatan dan keseronokan dalam hati untuk menulis.. InsyaAllah bermanfaat.. ^_^

Satu kelaziman yang menjadi lazim, hehe serta kebiasaan pada penghulu segala hari ini ialah amalan membaca surah al-Kahfi.. Fadhilatnya terlalu besar.. Tak caye?? Hehe..


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Barangsiapa yang membaca surah Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan dirahmati dengan cahaya  antara dua Jumaat.
(HR: Al-Hakim dan Baihaqi)

Straight forward, isn't? Jelas lagi terang bersuluh.. Eh. Tetapi, kepada beginner, anda tidak perlu untuk terus membacanya. Bak kata pepatah, jangan rushing untuk berubah. Slow-slow biar istiqomah. Eh. Ni pepatah aku sendiri. Hehe..

Ya. Aku juga pernah jadi beginner untuk surah ini. Membacanya memakan masa lebih kurang tiga puluh minit.. Kire lama la.. Untuk iman yang rapuh macam aku ni.. Nanges. Dan sebelum ini, aku baca kadang-kadang dua muka surat je, daripada 10 muka surat surah ni. Sikit bukan..

Tetapi, aku ajar diri aku untuk menambah muka surat surah.. Pada mulanya dua muka menjadi tiga, seterusnya empat dan seterusnya sampailah aku capai sepuluh muka surat.. Setelah itu? Aku bina kekuatan dengan terus istiqomah untuk membaca penuh surah al-Kahfi.. Terus bina kekuatan untuk istiqomah membacanya setiap Jumaat..

Tidak salah separuh-separuh.. Pepatah Melayu, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.. Tak gitu? Hehehe.. Jadi biasakan diri anda untuk membaca surah ini.. InsyaAllah, kalau dah jadi makanan ruji iman, 30 minit tu rasa sekejap aje.. Ala.. tengok hindustan boleh aje sampai dua tiga jam? Takkan la nak dekatkan diri dengan Allah melalui surah ini pun tak boleh kan.. Hehe.. Sarcastic.. :)

Fi hifziLlah~~~ <3 Salam saiyyidul ayyam once again..

No comments:

Post a Comment