Friday 13 December 2013

KEHIDUPAN BARU (pt 1)


Gambar berbingkai ukuran 330"x 250" dimasukkan ke dalam kotak usang cap ayam. Poster Metallica, Madonna, malah chikaru tanpa baju turut dimuatkan ke dalam kotak. Jumlahnya tiga buah kotak sederhana besar. Mengatur langkah ke drawer almari. CD-CD rock gaya black metal, lagu-lagu pop orang kulit putih tidak lagi mahu didengarnya.

Tangannya mencapai segala benda-benda yang ingin dibuang bagi memulakan satu kehidupan yang baru. Kehidupan yang dirasakan adanya Tuhan. Allah. Baju-baju yang berunsurkan "kegelapan" langsung dibuangnya. Benci dan jijik. Nekad tidak mahu ke masa lalu. Sudah cukup sudah.

Danial Darwish. Panggilan, Darwish. Anak mat salleh celup. Berlatar belakangkan keluarga yang agak westernized. Papa dan mama yang meneguk air kencing syaitan hampir setiap malam tapi mempunyai bisnes yang semakin maju. Istidraj nikmat. Seorang kakak, Nur Mariam, tapi selesa dengan nama Maria, yang masih virgin tetapi sudah tercemar pergaulannya. Oppss! Still a student. Although she's a smart one. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.

Darwish. He's still wondering, kenapa papa dan mama memberikannya nama yang ala-ala omputeh. Malah langsung tidak mempunyai makna. Tersurat mahupun tersirat. Langsung tiada konspirasi disebaliknya. Inche Google tidak ditanya. Dia biarkan saja soalan itu berlalu tanpa jawapan. Benda remeh. Lagipun mama yang teringin nama yang ala-ala anak mat salleh. Papanya, Dato Richard Salam berasal dari England yang muallaf. Berhijrah ke Malaysia untuk bisnes, berjumpa dan terus kahwin dengan mama Darwish.

Malangnya, sinar Islam dalam diri papanya tidaklah sebegitu terang. Mama Darwish, Datin Fareeda, sedia Islam sejak lahir yang sepatutnya membimbing suaminya ke arah jalan yang lebih baik, langsung tidak mempedulikan ajaran dan hukum-hakam agama. Keluarganya dahulu juga tidak pernah menitikberatkan soal agama. Akhirnya, dia sendiri yang hanyut dan mengheret suaminya bersama ke jalan yang semakin gelap.

Darwish mengambil posisi di sisi katil. Menongkat dagu dengan kedua-dua tangannya. Sekejap dia menutup muka dengan tapak tangan. Merenung mungkin. Terfikir, bagaimana dia akan menghadapi hari-hari yang akan mendatang? Kalau aku tak kuat? Gimana? Semua ini sejak tadi lagi berlegar-legar di ruang fikirannya.

Hatinya berbisik. Syaitan mengganggu emosi. Melemparkan rasa was-was, ragu-ragu, putus harapan. Argh! Seakan dia terdengar satu suara yang menghalang niat sucinya untuk berhijrah.

"Eleh, kau ni hangat-hangat tahi ayam aje! Esok-esok kau game dengan perempuan lain. Esok-esok kau togok arak lagi. Haha. Tak payah jadi baik sangatlah. Kau tu dah confirm jadi isi neraka."

Suara itu terasa berbisik ke telinga. Malah didengari hati. Darwish meraup wajahnya berkali-kali. Dia menghempas separuh badannya ke katil. Tangan kanannya diletakkan di atas dahi. Matanya terasa hangat. Cecair bening mengalir di tubir mata.

"Bagaimana aku di kemudian hari. Adakah aku mampu untuk semua ini?" Merintih di dalam hati. Tapak tangannya diletakkan di atas dada. Mengurut- urut. Turun naik. Darwish pejamkan matanya. Satu per satu memori kejahilannya berlayar di ingatan. Seakan tape yang diulang tayang.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment