Tuesday 18 March 2014

BUMI HARAMAIN


As Salam sahabat-sahabat semua. Keifa halukum? Keifa imanukum? Kheir. Alhamdulillah. Semoga sahabat-sahabat fillah semua terus thabat dalam berjuang. Tidak kira dalam apa jua bidang yang kalian ceburi. Moga terselit keikhlasan dan keseronokkan dalam berkerjaya. Ye la, dalam pekerjaan kita pun perlu ada seronok tuh. Baru hidup kerja kan kan kan?? -_- Whatever lah majnun.

Haha. Sebelum itu saya ingin meminta maaf daripada sahabat sekalian kerana saya tidak memberitahu perkara ini. Bukan niat saya untuk menyembunyikannya, cuma saya kurang masa dan kesempatan untuk menguar-uarkannya di dinding belog. Maafkan saya.

"Eh kenapa ni? Majnun kahwen ke? Bila? Dengan sapa?

Err. Bukan itu yang saya maksudkan okay. Sebenarnya pada 4 Mac yang lalu, saya telah terbang membelah awan ke bumi haram Makkah al-Mukarramah serta ke Madinah Kota Bercahaya. Nah, itu yang saya ingin kasi tahu. Mungkin ada sahabat-sahabat yang mengirim doa melalui fesbuk dan email saya dan tidak sempat untuk saya membacanya, jadi saya memohon maaf atas itu. Walau apapun, saya telah mendoakan keselamatan dan kesejahteraan untuk ummah ini. Anda kan sebahagian dari ummah ini, jadi secara tak langsung saya telah mendoakan anda. Senyum ye.. ^_^

Kini, hati saya tertarik-tarik untuk menceritakan serba sedikit pengalaman yang saya kira cukup berharga semasa saya di Haramain ( 2 tanah Haram). Paling saya rindui ialah Masjid Nabawi. :') Ya! Saya memang merindui saat-saat di sana. Terasa saya berada dekat dengan Rasulullah SAW. Saya dapat ziarah maqam Rasulullah SAW. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan? SubhanAllah. Saya yakin, inilah antara nikmat yang terbesar yang dikurnikan Allah. AlhamduliLlah. Tidak tergambar rasanya di hati apabila melihat sendiri kubah hijau Masjid Nabawi dan pintu maqam Rasulullah SAW.



Menitis air mata. Sungguh, saat itu, saya dapat rasakan, Rasulullah SAW sedang memanggil saya untuk ziarah baginda. Terharu. Seakan ada seseorang sedang menunggu saya. Gugur lagi butir jernih dari mata. Allah beri peluang. Apabila sesiapa sahaja antara ummah ini memberi salam kepada baginda, Allah akan meniupkan roh Rasulullah ke dalam jasad supaya baginda dapat jawab salam dari umatnya. SubhanAllah. Ada artis-artis yang kita minat buat macam tuh?? Tak ada punya. Rasulullah SAW satu-satunya. :') Sollu 'alan Nabiyy. Begitu istimewanya kedudukan Rasulullah SAW yang diberikan Allah. Special bukan? Ya! Dan saya juga sempat bergambar dihadapan kubah hijau dimana tepat dibawah kubah hijau itu, disitulah terletaknya maqam Rasulullah SAW, insan agung di sisi Allah.

Jika anda lihat di gambar lagi, anda akan dapat lihat perkarangan Masjid Nabawi yang memang luas! Indah! Serta dijaga rapi oleh para muslimin dan muslimah di sana. SubhanAllah. Semoga mereka yang sentiasa menjaga masjid, mana-mana masjid sekalipun, dikurniakan pahala dan kebaikan. Ameen.

Saya juga menjejakkan kaki ke padang Arafah. Sinonimnya, bukit mintak jodoh bagi sesetengah orang Melayu. Haha. Dan salah satu tempat mustajab doa. Gayat juga kalau nak naik sampai atas. Jadi saya terpaksa naik suku bukit Arafah je. Gayat punya pasal. Nak tahu apa yang saya doakan? Haha. Rahsia. :3

Seterusnya, saya ke Bukit Uhud. Tempat di mana berlakunya perang Uhud yang terlalu banyak ibrah yang Allah berikan untuk umat Islam. Ya sememangnya sejarah telah melakar kekalahan kita terhadap musyrikin semasa perang Uhud. Allah SWT boleh saja berikan kemenangan untuk Islam, tapi Allah SWT punya rencana yang lebih baik supaya kita sentiasa mengikut arahan pemimpin. Antara syuhada' yang gugur di perang Uhud ialah Hamzah asaduLlah, iaitu bapa saudara Rasulullah SAW dan pengantin satu hari iaitu Handzalah. Ini bukan pertama kali saya mendengar nama Handzalah ini. Sudah berkali. Dari saat itu, saya bertekad untuk namakan anak lelaki saya Handzalah. Muhammad Handzalah. Ibni entaaahh.. Tunggu je lah. Hahaha. InsyaAllah.

Susuk syuhada' Handzalah ini begitu unggul di mata Rasulullah. Syuhada Handzalah ini merupakan seorang pengantin satu malam yang tidak sempat mandi junub kerana dia segera menyahut seruan jihad ke medan Uhud. SubhanAllah, itulah susuk syuhada' Handzalah. Sehinggakan jenazahnya telah dimandikan oleh malaikat. SubhanAllah. Itulah janji Allah untuk orang yang berjihad di jalan Allah.

Nikmat inilah yang paling menggembirakan saya. Dapat menjejakkan kaki ke bumi suci ini. Inilah pengalaman yang sangat saya hargai. Dan saya berharap, saya dapat menjejakkan kaki lagi ke bumi barokah ini. Ameen.

No comments:

Post a Comment