Friday 21 June 2013

DEMI ALLAH, AKU TAK KUAT, TAPI KERANA ALLAH, AKU HARUS KUAT

orang selalu lihat aku gembira,
mereka selalu melihat aku bersuka,
senyumanku selalu di mata mereka, 
gelak tawaku seiring dengan gelak sakan mereka,
gembira, suka, senyum, ketawa,
mereka rasa ini semua sebati dalam jiwa,
jiwa seorang saya,
seakan tiada duka,
seakan tiada derita,
seakan tiada perkataan sedih dalam jiwa,
mereka nampak itu cuma.

hakikatnya,
tiada yang tahu lagu jiwa,
tiada yang tahu melodi hati,
tiada yang tahu apa yang terbuku, 
apa yang tersirat,
dalam sekeping hati,
tidak ambil peduli atau tidak ambil tahu,
tiada mereka kisah,
hati resah atau gelisah,

sebenarnya, 
apa yang ada dalam hati,
apa yang dirasakan hati,
hanya dalam pengetahuan Ilahi,
malah Dia yang lebih memahami,
Dia yang lebih peduli,
Dia yang lebih bersama dengan diri,
Tidak kira jika menangis diri ini, 
Atau senyum sendiri,
Dia sentiasa di sisi,
Sentiasa menemani,
Menerima apa saja keadaan diri,
Tatkala tiada yang memahami kondisi siri,
Hatta qurba terdekat sendiri.

Tetapi,
aku tiada peduli,
aku tiada ambil hati,
aku cuba juga memujuk diri,
cuba memujuk hati nan sepi,
derita yang ku alami,
sedih yang sentiasa menyelubungi,
akhirnya aku senyum sendiri,
cuba mencari identiti diri,
sebagai hamba abdi Ilahi,
aku mengumpul segenap kekuatan dalam diri,
walau hanya sisa berbaki.

Demi Ilahi,
aku bangun keranaNya,
aku bangkit kerana cinta dariNya,
aku cekal demi kasihNya,
aku tabah demi sayangNya,
aku kuat kerana Dia,
walau mehnah dan ujian sentiasa ada.

#buat mujahidin dan mujahidah sekalian, Allah sentiasa ada untuk kita, take a smile.. :')

No comments:

Post a Comment