Wednesday 5 June 2013

KALA HATI SUDAH BERTAUT (bab 2)

"Haa.. siapa pulak nak terangkan untuk chapter ni? Kalau aku memang tak la.. Aku kurang sikit bab-bab kehidupan ni.." jelas Nurul. Dia mengerling ke arah Fiq yang sedang ralit menelaah subjek killer tersebut.

"Ala.. siapa lagi kalau bukan Fiq ni haa.. Dia kan terrer." puji Farid sambil menyiku lengan Fiq. Fiq yang tadinya asyik merenung bukunya tersentak. Aik. Apa pasal aku pulak. Kau pun terrer jugak Farid ooi.. Gumam hatinya.

"Kau ni Farid, kau pun terrer apa. Bio kau aku tengok mantop apa." Fiq cuba berdalih. Bukan dia tidak mahu explain tetapi Farid pun bijak dalam subjek Biology. Bukan dia tidak tahu yang keputusan subjek Biology Farid lebih tinggi daripadanya. Sebab itu dia segan untuk menjelaskan apa yang dia faham. Dah orang bijak dah ada kat sini. Buat apa dia nak lebih-lebih. 

"Hari tu kan aku dah explain. Ni giliran kau la pulak" Farid membuat alasan. Fiq hanya mengangguk. Tak kuasa dia nak membalas apa yang dikatakan Farid. Kalau ikutkan memang betul apa yang Farid cakap. 

"Ala.. yelah yelah..aku terangkan. Chapter apa? Tajuk apa?" Fiq akhirnya mengalah. Tersenyum Farid dan Nurul. 

"Ok, how about we do some revisions for form four syllabus?" cadang Nurul. Farid mengangguk mengiyakan cadangan Nurul. Fiq membelek helaian bukunya yang menempatkan tajuk yang mereka belajar di tingkatan empat. Terlalu banyak. Fiq mengambil keputusan untuk menerangkan tajuk pada bab tiga.

"Ok ye anak-anak semua. Dengar apa yang cikgu nak terang ni. Tiada siaran ulangan ye. Lend your ears. I will teach you all about the movement of substances across the plasma membrane" pesan Fiq sambil membuat gaya ala-ala cikgu. Belum sempat Fiq memulakan pengajaran tidak bertauliahnya, mereka disapa bunyi deruan enjin kereta berjenama Nissan GTR milik Shahrul. Keretanya diparkir elok di perkarangan rumah banglo mewah Farid.


"Assalamualaikum.. Mintak maaf lambat sikit. Ada hal sikit tadi." jelas Shahrul. Dia pun mengambil tempat duduk di sebelah Farid. Haa.. mujurlah kau sampai on time. Tak payahlah aku nak explain dua tiga kali. Gumam hati Fiq. Nurul dah mula teruja melihat Shahrul tapi cuba disorokkan riak mukanya takut-takut Fiq dan Farid perasan. Penampilan Shahrul yang simple dan bersahaja dengan t-shirt berwarna hitam putih serta berseluar jeans itu cukup menyerlahkan ketampanannya. Hai.. boleh jammed study aku ni. Dari tadi aku asyik tengok dia aje. Eh Nurul, fokus-fokus. Nurul kembali dari lamunannya.

"Haa.. Shah.. kita orang ni buat revision chapter three form four. Subjek Bio. Kau ada bawak tak buku revision?" tanya Fiq selamba. Tanpa menyedari yang panggilan Shah itu mengundang rasa hairan kepada Nurul dan Farid. Shah? Farid dan Nurul memandang Fiq dengan penuh tanda tanya. Amboi kau Fiq! Mengalahkan aku nampak. Getus Nurul. Fiq yang baru tersedar yang dia terlanjur memanggil Shahrul dengan panggilan Shah terus tidak senang duduk. Shahrul pula sudah tersenyum dari tadi.

"Err.. takkanlah aku nak panggil Shahrul. Panjang sangat. Lidah aku pulak keras." jelas Fiq tanpa dipinta. Dia dapat menangkap wajah hairan Farid dan Nurul. Mujurlah dia cepat berdalih, kalau tak keruh aje air muka Nurul. Hehe.

"Eh, tak apa. Kawan-kawan aku pun panggil aku Shah. Aku okay aje. Lagipun kau orang pun kawan-kawan aku apa" ujar Shahrul sambil tersengih.

"Haa... dah-dah. Meh aku terangkan." cepat-cepat Fiq mematikan topik perbualan tadi. Dia meneruskan pengajaran yang terbengkalai tadi. Banglo mewah milik Farid itu hanya bising dengan telatah Fiq yang dah satu jam setengah mengajar rakan-rakannya. Sesekali terdengar gelak ketawa mereka. Almaklumlah papa dan mama Farid sibuk bekerja. Abang Farid, Ikhwan pula sudah ada rumah banglo sendiri. Jarang-jarang dia pulang ke rumah ibubapanya.

Farid pula kadang-kadang membetulkan apa yang diterangkan Fiq. Nurul dah mula buat muka bosan dan biul. Sesuailah dengan subjek killer Biology. Siapa-siapa yang tak minat dengan Biology memang biullah otak dia. Kata-kata dari cikgu mereka sering membuatkan Nurul tersenyum. Memang kena batang hidung. Nurul mula menguak. Shahrul pula tekun mendengar apa yang diterangkan Fiq. Dari tadi dia sudah bersemangat. Mendengar penerangan dari Fiq, bertambah-tambah semangatnya.

"Farid, ni airnya, nak. Berhentilah dulu. Nanti sambung. Ajak kawan Farid minum air dulu. Kesian Mak Piah tengok si Fiq ni. Dari tadi asyik ajar kamu aje." pelawa Mak Piah, orang gaji Farid sambil tersenyum. Tapi Farid tidak pernah menganggap Mak Piah sebagai orang gaji di rumahnya. Mak Piahlah tempat dia menumpang kasih dan mengadu cerita lantaran kesibukan papa dan mamanya bekerja. Mak Piah bekerja dengan mama dan papa Farid sudah lama. Sebelum kelahiran Farid lagi. Jadi dia masak benar dengan perangai Farid. Dia juga sudah menganggap Farid seperti anaknya sendiri.

"Yelah Mak Piah. Haa.. Jomlah kita minum dulu." ajak Farid sambil tangannya menolong Mak Piah menghidangkan air Teh O sejuk kepada rakan-rakan. Fiq pula bagai orang mengantuk disorongkan bantal. Laju aje tangannya mencapai gelas berisi air yang terhidang lalu diminumnya. Mak Piah seakan mengerti kehausan Fiq.

"Fuhh.. terima kasih ye Mak Piah. Mak Piahlah hero saya. Eh silap, heroin saya. Kalau tak, mati saya dari tadi asyik ajar dia orang ni. Bukan nak tanya saya dahaga ke lapar ke." cebik Fiq. Semua yang ada di situ terhambur ketawa mendengar celoteh Fiq. Eh dia orang ni, suka pulak. Aku serious ni.

"Ye lah tu Fiq. Haa.. ni pisang goreng yang Mak Piah buat. Makanlah ye." tangan Mak Piah segera menghidangkan pisang goreng buatannya.

"Huish Mak Piah, susah-susah aje. Kalau makan pisang goreng Mak Piah ni, memang kenyang saya tiga hari. Kalau Mak Piah jual, tiap-tiap hari saya beli. Sedap." puji Fiq sambil tangannya perlahan-lahan mengambil sebiji pisang goreng.

"Kamu ni Fiq, kalau nak temberang pun, biarlah logik sikit. Takkan la kamu kenyang tiga hari kalau makan pisang goreng ni. Ishh, kamu ni." ujar Mak Piah sambil menyekeh kepala Fiq. Fiq menggosok-gosok kepalanya. Sakit. Ala Mak Piah ni, orang puji ikhlaslah. Gumam Fiq.

"Eh kejap kejap! Satu dua tiga empat? Aik? Biasanya kamu bertiga aje yang duk belajar kat sini. Siapa sorang lagi?" tanya Mak Piah sambil jari telunjuknya sibuk mengira bilangan kawan Farid. Hairan. Dia terperasan seseorang yang asing dalam kumpulan belajar itu. Kalau Fiq dan Nurul tu dah jemu dia memandang. Mereka berdualah kawan Farid yang amat dia kenal.

"Oh.. ni Mak Piah, Shahrul, kawan kita orang. Dia baru join study group ni. Ramai-ramai meriah jugak." laju Nurul menjawab pertanyaan Mak Piah sambil ibu jarinya mengarah kepada Shahrul. Shahrul pula melemparkan senyuman manis ke arah Mak Piah.

"Assalamualaikum Mak Piah. Mak Piah sihat?" tanya Shahrul dengan nada yang mesra.

"Sihat.. Alhamdulillah.. Haa.. Mak Piah masuk dalam dulu ye. Nak kemas apa yang patut. Kamu semua sambung la pelajaran kamu tu." pamit Mak Piah. Berjalan meninggalkan mereka berempat.

"Eh Shah, rumah kau kat mana. Kau tak nak ajak kita orang ke pergi rumah kau?" Fiq memulakan topik perbualan. Dia perasan selepas Mak Piah masuk ke dalam rumah, tiga orang kawannya khusyuk dengan buku masing-masing. Dia yang sedang enak mengunyah ligat berfikir untuk menceriakan lagi suasana. Akhirnya dia membuat keputusan untuk tahu sedikit tentang latar belakang Shahrul. Nanti aku tanya pasal Shah ni bolehlah Nurul save dalam pendrive otak dia. Getus Fiq.

"Oo.. Rumah aku kat Taman Harapan. Area ni jugak. Sebelah Jusco tu." jawab Shah sambil memuncungkan sedikit mulutnya.

"Laa.. dekat je lah dengan rumah si Farid ni. Bolehlah aku, Nurul dan Farid pergi rumah kau." seloroh Fiq. Nurul dan Farid hanya mengangguk faham. Tidak sangka yang Shahrul tinggal satu kawasan dengan mereka. Kawasan perumahan mereka sangat luas sehinggakan kerajaan terpaksa bezakan beberapa baris rumah dengan nama taman. Ada Taman Bahgia, Taman Meranti dan Taman Harapan. Kesemuanya lima taman perumahan di bawah satu kawasan. Farid tinggal di Taman Meranti. Selang satu taman dengan Nurul iaitu Taman Sentosa. Kawasan perumahan mereka bertiga ini adalah kawasan perumahan kepunyaan orang-orang korporat. Tidak hairanlah rumah-rumah di sini semuanya banglo mewah.

"Nampaknya aku kena merantau sikitlah kat kawasan perumahan ni kalau nak kenal rumah kau. Haih, sesat pulaklah aku nanti." Fiq sedikit mengeluh. Teringat dia peristiwa apabila dia pertama kali hendak mengenal lokasi rumah Farid dan Nurul. Jenuh dia mencari. Sampai tersesat dia dibuatnya. Memang orang yang baru pertama kali hendak mengenal kawasan perumahan itu akan tersesat. Ingat ke masuk kat sini keluar jalan besar. Rupa-rupanya tidak. Seraya itu, Shahrul tergelak sambil nadanya tertahan. Sangat mengerti yang sebelum ini Fiq pernah tersesat.

"Kalau Fiq free, datanglah rumah Shah. Tiap-tiap hari pun tak apa." ajak Shahrul.

"Fiq aje ke yang kau ajak? Aku dengan Nurul ni apa macam?" tanya Farid. Nadanya sedikit sinis. Nurul hanya mendengar perbualan mereka bertiga. Entah mengapa dia berasa sedikit cemburu dengan cara Shahrul berbual dengan Fiq. Terlalu mesra. Eh, apasal kau nak cemburu pulak. Bukannya Fiq tu ada hati dengan Shahrul. Selama ni ada aje peminat dia berbual dengan dia, kau tak cemburu pulak. Apasal dengan Fiq ni kau nak cemburu bagai. Hatinya berbisik. Cuba menafikan rasa cemburu yang bertandang di hati.

"Aku ajak semua. Nurul pun datanglah ye kalau free." pelawa Shahrul. Nurul tersentak apabila namanya disebut. Dari tadi dia bermonolog sendiri dalam hati, cuba berlawan dengan rasa cemburunya.

"Oh... err.. Okay." jawab Nurul acuh tak acuh. Sesekali dia meneguk air yang terhidang.

"Oh ye.. Lupa pulak aku nak beritahu kau orang. Minggu depan aku ada buat party sikit kat rumah aku. Sempena birthday aku. Selasa depan. Ajaklah family kau orang sekali." pesan Shahrul. Dia sangat berharap rakan-rakannya ini datang ke majlis hari jadinya nanti. Terutamanya gadis yang bernama Fiq.

"Betul ke?" Fiq inginkan kepastian. Shahrul hanya mengangguk membalas pertanyaan Fiq.

"Yes! Bolehlah aku ajak adik aku. Hehe.." rancang Fiq sambil tersengih. Oh, dia ada adik! Bisik Shahrul.

"Eh Fiq, bukan ke kau kena ambil adik kau dari kelas fardhu ain?" soal Nurul memperingatkan Fiq. Memang kadang-kadang dia terlupa. Nurul yang tahu aktiviti harian Fiq sememangnya ingat. Nurul selayaknya menjadi personal asisstant Fiq.

"Ya Allah, macam mana aku boleh terlupa pulak ni. Nanti marah pulak budak kecik tu. Eh kau orang, aku gerak dululah." ujar Fiq sambil menepuk dahinya. Seraya itu, dia bangun dari tempat duduknya dan menuju ke arah basikalnya. Nurul, Farid dan Shahrul hanya menghantar Fiq dengan pandangan. Tergesa-gesa dia dibuatnya. Dalam ketergesaan itu, entah macam mana dia tersadung jatuh akibat tersepak sebiji batu besar. Bukk! Aduh! Sakitnya. Sempat dia bermonolog sebelum Shahrul dengan pantas membantunya untuk bangun. Alamak! Macam mana pulak aku boleh terjatuh ni. Malulah aku. Kalau depan Farid dan Nurul tak apalah jugak. Ni depan Shahrul. Dahlah baru kenal. Fiq dapat rasakan mukanya panas menahan malu. Farid dan Nurul pula mengekori Shahrul dari belakang.

"Eh, Fiq, awak tak apa-apa ke?" Shahrul bernada bimbang. Fiq hanya mengangguk. Nurul juga  membantunya untuk bangun.

"Fiq, sakit ke tak?" Farid juga kebimbangan sambil tangannya mencampakkan batu besar itu jauh-jauh. Tetapi hakikatnya dia cuba menahan gelaknya. Mak aih, tanya aku sakit ke tak. Sakitlah. Apa punya soalan daa. Ada ke orang jatuh tak sakit. Fiq berbisik dalam hati.

"Kau ni kalut sangat la Fiq." ujar Farid. Akhirnya ketawa yang ditahan-tahan tadi tersembur keluar.

"Amboi, kau ni Farid. Orang tengah sakit ni, kau boleh pulak ketawa." tegas Nurul berkata. Nurul menggeleng kepala seraya menyapu baju kurung Fiq yang kotor terkena tanah. Bertompok di bahagian belakang baju Fiq. Fiq sedikit mengaduh kesakitan. Dia rasa ada cecair pekat di lututnya. Apabila dilihat, kainnya dah bertempel dengan warna darah. Allah, berdarah! Dia cuba berjalan tapi kakinya keras. Perit rasanya.

"Macam mana kau nak bawak basikal kau tu? Kaki kau sakit ni?" Nurul bertanya. Melihatkan keadaan Fiq yang tak mungkin boleh mengayuh basikal, dia bersuara kebimbangan.

"Tak apa. Biar aku hantar Fiq." Shahrul menawarkan dirinya. Terbeliak mata Fiq. Nurul pula seakan tidak percaya. Farid cuba menghalang.

"Eh tak apa, aku ada. Aku boleh hantar Fiq ni. Fiq, jom." ajak Farid sambil menarik lengan Fiq. Tapi Shahrul tidak mahu mengalah. Dia tetap berdegil hendak hantar Fiq. Nurul hanya menyaksikan perlakuan dua orang lelaki ini. Sekali lagi terbit rasa cemburu dalam hati atas keprihatinan Shahrul terhadap Fiq. Memang dia tidak dapat sangkal kali ini tapi dia cuba beriak selamba.

"Tak apa, Farid, aku boleh hantar dia. Lagipun, bolehlah aku kenal rumah Fiq ni." tegas Fiq sambil meleraikan pegangan tangan Farid dan Fiq. Dia terus memapah Fiq ke dalam kereta. Farid terus mati kata. Dia merelakan perlakuan Shahrul. Nurul hanya mampu memerhati Fiq yang tertunduk dalam kereta Shahrul. Kereta Shahrul bergerak keluar dari perkarangan rumah Farid sebelum meluncur laju dan terus hilang dari pandangan Nurul dan Farid. Nurul kembali duduk di meja belajar sambil mengeluh kecil. Farid yang perasan reaksi Nurul, berasa hairan.

"Kenapa dengan kau, Rul?" tanya Farid. Dia tidak dapat memahami keluhan Nurul tadi.

"Tak ada apa-apalah." mendatar saja nada Nurul. Dalam hatinya, hanya Tuhan yang tahu. Rasa cemburunya membuak-buak. Memanglah Shahrul itu bukanlah teman istemewanya tapi sebagai orang yang menyimpan rasa hati terhadap Shahrul, dia berasa cemburu. Dia cuba mengawal rasa marahnya dengan meneguk air tehnya. Mungkin aku terlalu ikutkan perasaan. Shahrul mungkin hanya ingin membantu. Dia nak hantar Fiq pun sebab dia nak tahu rumah Fiq kat mana. Fikir Nurul. Dia cuba berbaik sangka.

Bersambung..

No comments:

Post a Comment