Tuesday 18 June 2013

WARKAH UNTUK ABAH.. SELAMAT HARI BAPA~~

Kehadapan abah yang tersayang,

Assalamua'laikum abah... Bagaimana abah di sana? Orang doakan abah sentiasa baik, aman dan sejahtera di sana. Orang akan selalu mendoakan keselamatan dan kesejahteraan abah di sana. Moga Allah pun kabulkan doa orang untuk abah. Mak, Yoyo, Amir, Siti, Anas, Aqih dan Bak pun turut mendoakan kesejahteraan abah.

Abah,
Hari-hari yang berlalu terasa kosong tanpa abah. Orang rindukan abah. Segala kerja buat orang di dalamnya akan ada wajah abah. Sentiasa. Demi Allah, orang tak kuat. Tapi kerana Allah orang harus kuat. :').. Tapi kekuatan itu terbatas. Siti selalu cerita.. Kekuatannya ialah abah. Terharu. Semua yang dia lakukan adalah untuk abah. Segala kerja buat dia untuk abah. Pendek kata semua itu untuk abah.. Dia kuat.. Tak macam orang.

Abah,

Betul abah cakap, orang akan merindukan abah setelah abah pergi. Kalau dulu-dulu, abah selalu suruh orang buat air. Tapi orang malas. Tapi selepas itu, orang buat jugak. Sebab apa? Abah pesan, nanti kalau abah tak ada, orang akan menyesal sebab tak buat air untuk abah. Abah! Betul cakap abah. Orang menyesal. Walaupun orang dah buat, tapi masih tak puas! Orang nak buat lagi air untuk abah. Orang rindu!

Abah, 

Abah, orang mintak maaf atas kesalahan orang selama ini. Kenapa abah tak cakap yang abah nak pergi? Kenapa abah tak cakap? Tapi mungkin abah dah bagitau, tapi orang aje yang tak sedar. Orang aje yang bodoh sebab tak perasan yang abah dah bagi tanda-tanda itu. Orang aje yang tak perasan. Orang bodoh! Orang terkilan sebab tak sempat nak mintak maaf dengan abah. Abah, orang terkilan sangat! Kalaulah orang tahu yang pagi tu abah dah nak pergi, orang takkan ke sekolah pagi tu. Orang akan duduk aje kat rumah jaga abah! Abah! Orang menyesal! Mak bagitau yang abah sebut nama orang. Mintak maaf abah sebab orang takde kat sisi aboh. Orang mintak maaf! Impian orang nak ajar abah sebut kalimah tauhid tak kesampaian. Sekali lagi orang terkilan. Orang mintak maaf abah! :'(

Abah, setiap inci ruang dalam rumah abah ni, mengingatkan orang kepada abah! Kerusi malas abah, komputer abah, sofa yang selalu abah duduk, baju abah, bilik abah, katil abah... Semua benda dalam rumah ni! Semuanya yang milik abah! Allah.. :'(.. Abah, orang selalu mintak pada Allah yang satu hari nanti abah akan dapat semula nikmat penglihatan. Supaya abah dapat tengok wajah kami sekerluarga. Orang selalu doa. Walaupun benda tu memang mustahil. Abah orang harap sangat yang abah dapat tengok muka orang. Dapat menangis masa orang menangis. Tak kira duka atau suka. Abah! Orang harap sangat semua tu berlaku walau hanya dalam mimpi orang. Tapi memang perkara ni mustahil...

Abah,

Orang nak mintak abah halalkan makan minum pakaian orang selama orang hidup ni. Orang akan selalu ingat dan doakan kesejahteraan abah! Abah, orang akan selalu ingat wajah abah, senyuman abah, sentuhan hangat abah, kasih sayang abah, kata-kata abah, pesan abah, dan orang nak ucapkan terima kasih sebab selama ini abah jaga orang dengan baik! Abah sayang orang, abah didik orang, abah jaga orang, abah cari rezeki untuk orang, abah susah payah untuk tunaikan permintaan orang, semua ni hanya Allah yang dapat balas! Abah! Terima kasih untuk semua ni.. Hanya itu yang mampu orang ucapkan...

Akhir kalam, orang akan sentiasa kenang abah dalam doa orang! :') Selamat hari bapa, abah! Semoga abah dapat dengar luahan hati orang. Semoga kita berjumpa lagi di sana. Orang akan duduk bersama abah. Semoga Allah mengizinkan! Sayang aboh dulu, kini dan selama-lamanya dunia akhirat!

Salam sayang dan rindu, dari Anakmu, 
Siti Nurbaiti bt Mohamed,
dengan ucapan Selamat Hari Bapa
18 Jun 2013
9 Sya'ban 1434H

No comments:

Post a Comment