Saturday 2 November 2013

PRESENTING TO YOU MY FRIENDS OF 6 ANAS ^^

setiap pertemuan itu, pasti akan berakhir dengan sebuah perpisahan.. yang bermula itu pasti ada pengkahirannya.. pengalaman mematangkan, masalah menduga kesabaran.. Tapi disebalik semua ujian ini, terselit 1001 hikmah dan kenangan manis yang dapat dinikmati bersama.. Kenangan-kenangan manis ini akan menjadi memori utuh dalam ingatan aku..

Bermula dengan sebuah perkenalan, yang agak kekok.. Tersipu malu.. Lama-kelamaan perasaan segan itu hilang dan diganti dengan perasaan mesra dan rasanya seperti ukhuwah yang sudah terjalin bertahun lamanya.. untuk pembaca semua, malam ni, aku ingin perkenalkan kepada kau orang semua kawan-kawan aku dari kelas 6 Atas Anas.. 
mula, kita start dengan 3 dara pingitan ni dulu.. 3 orang kawan yang sering bersama.. dari kiri, Fahimah, Shahirah dan Hidayu.. bak kata orang, sorang xde xlengkap. sama cantik, sama comel...

yang manis di atas ini namanya Fatimah..dialah yang selalu tolong aku.. disebabkan aku ni agak slow dalam pengurusan jadi dialah yang selalu tolong aku.. agak sensitif tapi mudah sangat untuk memaafkan orang lain..

dua orang ini adalah gamer sejati... yang berdiri tu namanya Hidayah dan yang sedang duduk tu namanya Hafshah.. dua-dua cool dan gila-gila.. orang punya ni.. hehe.. petang-petang aku akan lepak dengan diorang dan sembang-sembang pasal kehidupan.. dua-dua ni best..!

dalam gambar ni pula.. dari kiri yang sedang berdiri tu namanya Rashidah, sesuai dengan namanya, memang seorang pembimbing.. seorang sahabat yang sering mengingatkan aku.. sebelahnya namanya Ain.. kelahiran kuala berang.. baik orangnya.. kalau aku suka, dia mesti suka jugak.. haha.. sebelahnya namanya Farahaini.. seorang kawan yang tabah aku kira.. tidak kurang tegas dan kalau dia ketawa besar, mesti air mata ketawa dia mengalir.. haha.. seorang yang teliti dan rajin.. ^^.. dan yang bawah tu namanya Syahida.. dah 7 tahun aku kenal dia.. dia macam aku jugak dari sekolah SHAMS.. haha.. seorang yang ceria dan juga kadang-kadang akan transform jadi seorang penjual.. dia jual makanan macam snek.. hehe.. ramai yang beli.. kadang-kadang dia akan belanja aku.. hehe.. 
yang mengada-ngada kat atas ni namanya Izzati.. Mangsa buli aku di sekolah.. seorang yang intelligent, ramah, gila-gila dan seorang yang ceria.. ada kalanya aku akan share minat yang sama dan pandangan yang sama dengannya.. peribadinya yang lawak membuatkan orang sekelilingnya mudah mesra dan kamcing dengannya.. hehe..

dua orang ini adalah sahabat sejati aku kira.. yang kiri namanya Ummi dan kanan, Farhah.. dua orang ini kalau tak melekat tak sah.. aku belajar persahabatan yang sejati dari dua orang ini.. dua-dua mesra, dua-dua comel...

ini namanya Shahirah Johari(kiri) dan Fatin(kanan).. Shahirah seorang yatim piatu.. walaupun begitu, dia tetap seorang yang tabah.. dia seorang yang ceria.. tak pernah sekali aku lihat dia marah.. aku nampak dia seorang yang sangat bersungguh-sungguh.. kalau Fatin pulak seorang yang ceria.. tak pernah nak marah orang.. dia sedaya upaya tolong kawan-kawan dia.. kalau time emergency, aku akan mintak tolong dia nak ke sekolah.. terima kasih Fatin..

kalau sorang ni pulak namanya Aishah.. panggilan mesra Mek Choh.. hehe.. gile2.. seorang yang sangat gilakan anime.. peminat gitar dan dia suruh aku ajar.. tapi aku pun masih merangkak.. Aishah la seorang yang xde perasaan.. tapi bila ada orang buat lawak, dia suka jugak.. haha...

ni namanya Dalila.. kawan aku dari tadika sampailah sekarang.. kalau aku ada masalah, aku akan kongsi dengan Dalila.. bagi aku dialah seorang shabat sejati dan selalu ada untuk aku.. dan aku akan sayang dia selalu.. bagi aku, orang macam ni, akan jumpa sekali seumur hidup aje.. walaupun dia ada masalah, dia tak pernah nak masukkan orang lain dlaam masalah dia.. dia juga seorang yang sangat boleh dipercayai.. dialah kawan sejati bagi aku..

yang kiri namanya Aimi.. seorang driver prebet.. hehe.. pagi-pagi sebelum ke sekolah dia akan angkut Anis dan Shahirah Johari dulu.. seorang yang ceria dan manis orangnya.. peminat huisshh ramai.. hehe.. kanannya pula bernama Hazwani.. pencinta kucing tegar.. boleh buat suara kucing bagai.. pendek kata, smeua pasal kucing dia memang minat... ^^


ini namanya Zaharah.. seorang penolong kelas yang sangat bertanggungjawab.. kalau Hafidi buat hal, dialah yang akan bereskan semua.. hehe... Zaharah sangat baik dan helpful... bagi aku, kalau orang lain gilakan jawatan sebab nak femes, tapi dia terima jawatan dan laksanakannya dengan penuh amanah..

ini namanya Ikelash.. seorang pelawak tak rasmi.. suke tiru gaya cikgu bila bercakap.. haha.. pokoknya memang lawak...

yang ayu dan solehah ini namanya Ullya.. baik dan pembersih orangnya.. dia sangat mesra dengan junior-junior.. ada masanya dia akan jadi serious, ada masanya dia akan jadi gila-gila.. hahah..
yang jilbab kelabu tu namanya Balqis.. sama macam nama kakak aku.. Balqis ni pun seorang penjual.. api bukan makanan.. dia lebih kepada kecantikan dan kesihatan.. dia jual produk macam mask muka dan jamu.. hoho.. kalau bab kesihatan, balqis banyak tolong aku sebab dia banyak tahu hal-hal kesihatan.. hehe..

inilah!! inilah satu-satunya orang yang gambarnya susah giler nak ambil.. hehe.. nama si pemalu ini ialah Anis.. Anis seorang yang gila-gila.. hehe... kelmarin birthday dia... hari Khamis.. hehe..

ni namanya Farhanah... seorang yang sangat sukses dan suka tolong kawan-kawan dalam pelajaran... hafizah insyaAllah... misinya in the future ialah membina sebuah madrasah.. ameen.. moga Allah makbul..

seterusnya, kita beralih kepada putera-putera kayangan pulak... rockerz ni namanya Najimudin.. seorang yang kreatif dalam mereka cipta origami.. hohoh.. helpful tapi ganas,,

dari kiri, Hafidi, ketua dalam kelas... anak ustaz.. hohohoh.. gila-gila dan kaki novel jiwang.. haha.. sebelahnya, Firdaus, satu-satunya kumbang dalam kelas Usuluddin.. wakaka.. anak buah ustaz la.. gila-gila jugak.. you can see it by his face.. seorang yang pemalu iaitu Hasrul.. tapi mahir dalam bab-bab komputer.. cikgu-cikgu selalu mintak tolong dia.. hahaha... peramah dan lembut orangnya... sebelah Hasrul, namanya Syakir.. seorang penyair hebat.. hehe..

last skali, namanya Syamil.. peminat bola, dan peminat fanatik Juan Mata.. even his fb has name Mata on it.. hahaha..

dan inilah kawan-kawan sekelas aku... overall, semuanya gila-gila... aku perkenalkan ini bukan apa, aku juga akan menjadi seorang tua nanti.. jadi aku harap dengan aku tulis ini, aku akan sentiasa ingat kawan-kawan aku ni... heheehe.. semoga kawankawan sukses dalam exam final nanti.. ameen...

No comments:

Post a Comment