Saturday 16 November 2013

ENAM BELAS SEBELAS


salamun a'laik.. sobahal kheir... dah makan? belum? pi makan.. nanti sakit perut.. sihat? tak sihat? pi makan ubat.. hehe.. moga sentiasa di bawah lindungan dan rahmatNya selalu.. ameen..

seorang bayi telah dilahirkan.. bersama adik kembarnya.. pada waktu maghrib (kalau tak silap).. disambut gembira oleh keluarganya.. mungkin ini rezeki terbesar bagi keluarga itu, dikurniakan sepasang kembar.. lelaki dan perempuan.. kakak dan adik..

ibunya pasangan kembar itu, mengerang kesakitan.. dek kerana tajamnya pisau membelah perut.. urat-urat perut yang putus, dikoyak, irobek demi mengeluarkan dua insan istimewa ini.. kesakitannya tidak dapat dibendung.. air matanya mengalir..

tapi, melihatkan anak-anaknya yang baru saja keluar dari rahimnya, dia tersenyum walau tidak berdaya.. alangkah gembiranya.. menyambut kelahiran kembar itu.. abang-abang dan kakak-kakaknya gembira.. abah mereka juga..

Siti Nurbaiti binti Mohamed dan Ahmad Bakhtiar bin Mohamed nama diberi.. itulah aku dan si adik...

salam eid milad untuk aku dan adik.. untuk sahabat-sahabat yang wish hari ini, enam belas sebelas, syukran jazilan.. jzkk.. dan ucapan terima kasih yang teristimewa untuk wanita yang melahirkan aku.. kesakitanmu tidak dapat kubayar.. pengorbananmu tidak dapat ku balas.. hatta dengan harga dunia ini sekalipun.. terima kasih kerana memberi peluang untukku hidup menikmati dunia ini.. terima kasih mok~ :')

No comments:

Post a Comment