Friday 1 November 2013

DAKWAH: LEBIHKAN HUSNUDZON?? SELEMAH-LEMAH IMAN??

"Eh, abang dia ke tu? Ke boy dia?"
"Nak tegur, tapi husnudzon saja lah.. Mungkin abangnya. Kita tak tahu."

Inilah kekadang situasi yang aku alami. Ada kekuatan ingin menegur tapi terbantut di tengah jalan. Kerana sifat husnudzon. Kekadang jelas jer terpampang kesalahan seseorang, tapi aku takut untuk menegur kerana bagi aku si mad'u mungkin ada sebab tersendiri mengapa dia lakukan begitu. 

Rasa untuk menegur itu tiba-tiba terhenti kerana aku fikir mungkin dia berada dalam situasi tersendiri. Mungkin, mungkin, mungkin mungkin.. Husnudzon dan terus husnudzon.. Bukan aku ingin salahkan perasaan husnudzon aku.. Tapi bila aku lebihkan perasaan husnudzon ini, kerja dakwah tak tergerak.. Dan sehingga iman aku menjadi selemah-lemah iman kerana hanya mampu mencegah dalam hati..

Bila aku tegur, aku takut aku tersalah nilai. Mad'u menjauh. Strategi dakwah menyimpang. Iya. Memang dakwah itu berseni. Tapi aku tidak reti macam mana nak pelbagaikan seni dakwah. Kalau tak kena cara, tiada mad'u yang boleh menerima. Haissh..

Apabila jadi begini, aku teringat akan satu kisah dari sirah nabi..Tidak pasti zaman nabi apa. Ada seorang lelaki yang kencing di masjid. Para sahabat sangat marah kepada lelaki itu dan ingin menegur lelaki itu. Tapi ditahan oleh nabi kerana alasan orang itu tidak tahu. Dan nabi menyuruh sahabat-sahabat membersihkan tempat yang terkena kencing lelaki tadi.

Melalui kisah ini, aku nilai kembali cara aku menegur. Kadang-kadang aku mengambil sikap mencegah dalam hati. Tapi bagi setengah situasi, aku beranikan diri untuk bertanya dahulu sebelum menegur si mad'u.. Itupun kalau aku berjaya kumpulkan segenap kekuatan dalam diri. Kalau tidak, aku hanya lebih berhusnudzon..

Aku mohon ampun Ya Rabb.. Iman aku lemah.. Aku tidak kuat untuk berdakwah.. Aku hanya mencuba apa yang aku boleh sahaja. Maafkan aku kerana aku punya iman yang lemah.. Dan sehingga sekarang, walaupun aku telah menilai bagaimana aku berdakwah, aku masih tidak dapat pastikan adakah perasaan bersangka baik itu adalah selemah-lemah iman atau tidak.. Allahu a'lam bissowab.. Allah sebaik-baik Penilai.. ^^

No comments:

Post a Comment