Friday 6 September 2013

BEZA SOLATKU DENGAN MUKMIN..


assalamu a'laikum wbt.. alhamduliLlah hari ini Allah masih kekalkan nikmat terbesar dalam diri kita, iaitu Iman dan Islam.. dan Allah juga turunkan hujan pada petang ini.. segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam... yang tidak menyerupai sesuatu pun dan hanya Dia jualah yang layak disembah... Allahu Ahad....

baru-baru ini, facebook digegarkan dengan kisah kematian seorang bilal di sebuah masjid yang tak pasti di mana.. apa yang specialnya ialah meninggalnya bilal ini dalam keadaan yang diimpikan oleh setiap muslim iaitu mati dalam keadaan bersujud.. MasyaAllah..!! husnul khatimah menjemputnya.. itulah impian dan cita-cita setiap orang yang bergelar muslim.. dan su'ul khatimah menjadi ketakutan setiap muslim.. kerana bayangan kehidupan selepas mati telah terpancar di minda.. sudah dapat diagak bagaimana kehidupannya nanti.. na'uzubillah... persoalannya, kita nak mati dalam keadaan yang baik, tapi hidup kita tidak menjurus kearah kebaikan... macam mana tuh? aku tinggalkan persoalan ni... *notetoself gak*

berbalik kepada kisah bilal tadi, sejujurnya aku sangat cemburu dengan arwah... dah confirm Allah menjemputnya dengan syurga.. cemburunya...~ berbanding dengan diri ini yang tak seberapa.. siapalah aku ni di mata Allah.. tidak famous dalam kalangan penduduk dunia.. apatah lagi dalam kalangan penduduk langit.. :'(

solatnya seorang mukmin ini penuh dengan cinta.. setiap rukun, pegerakan solatnya hanya terdapat keikhlasan dan kejujuran.. solatnya seorang mukmin bukan sebab itu perintah Allah, tapi rasa cinta untuk "berdating" dengan Allah.. bukan sebab suruhan tapi keikhlasan yang lahir dari hati.. keikhlasan dalam beragama.. Allah.. cemburu~

dibandingkan dengan aku yang hanya bergelar muslim.. muslim sejati jauh sekali... solatku penuh kelalaian.. solatku penuh kealpaan..solatku tiada ROH.. solatku mati.. tiada rasa cinta, tiada rasa ikhlas, tiada rasa rindu.. :'( tiada.. solat pula kerana mak yang suruh.. solat pula bila nakkan sesuatu dari Allah.. Allah, jauh sekali jaraknya antara solat aku dengan solat seorang mukmin... jauh sangat.. 

lalu bagaimana dengan benteng diriku? bukankah Allah telah berfirman bahawa solat itu adalah sebagai pertahanan daripada maksiat dan kejahatan?? ternyata aku masih hanyut.. ternyata aku masih terdedah dengan kejahatan... :'(

ternyata! aku dan mukmin sangatlah jauh.. solatku dengan mereka yang bergelar mukmin sangatlah berbeza.. solatku tidak berguna.. :'( 

No comments:

Post a Comment