Wednesday 22 January 2014

NURSERY BUDS OF ISLAM

Assalam sahabat-sahabat terchenta fillah, insyaAllah.. Sudah lama rasanya jari-jari yang berbilang sepuluh ini tidak menaip di dinding belog nih. Nampaknya sudah berhabuk. Walaupun sebenarnya tak ada pun, sarang ankabut hinggap di dinding belog.. Malah tiada seekor pun ankabut berdiam di sini.. Hehe..

Keifa haluk sahabat sekalian? Sihat? Alhamdulillah.. Cliche. Haha.. Tapi tak apalah. Nak tukar angin sikit, apa khabar iman di hati? Hmm.. Actually tak nak tanyalah, sebab yang ana sendiri pun dah kena charge.. Huhu.. Hari-hari pulak tuh. Manusia~~ Potong cili.

As you know, might know actually, I'm on vacation now.. So, agaklah keboringan jika spend time only at home. Jadi baru-baru ini, me and my friend went looking for work. Not looking actually, because, my friend already knew that there were job vacancies at Nursery Buds of Islam. Or most known as PASTI, Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam. Hehe.. I'm gonna be a teacher. Wohoo.. Masa itu, terasa macam best sangat sebab terbayang-bayang aku akan bermain-main, cuit-cuit, gurau-gurau manja.. Wow.. Memang dah terasa excited sangat.

Dah sangkaan aku memang tepat! Aku dapat bermaen-maen dengan anak-anak yang masih suci fitrahnya. Dan akulah antara pencoraknya. Allah. Bila dah buat ayat macam ini, rasa macam berdebar pulak. Untuk menjadi seorang pendidik, bukan semudah yang disangka, bukan sesenang macam makan kacang. Lebih-lebih lagi, aku dibayar dengan hasil kerja aku. Berbaloi ke tidak? Adakah anak-anak akan hadam dan faham dengan apa yang aku ajar dan didik. Allah. Banyaknya tanda soal dalam kepala. (???) 

Tak apalah, itu sekadar luahan. InsyaAllah, aku tak akan campurkan hal peribadi dalam soal kerja. Cewaah.. Dialog drama gituhh.. But seriously, insyaAllah. Hehe. Mohon petunjuk Allah. Back to the children, anak-anak pasti sememangnya the awesome ones. Sangat-sangat comel semua. Bukan macam canteeeeekk jerw, macam comeeell jerw.. Phuii.. Bukan macam ok tapi memang comel.. Hahaha.. Dan aku berharap sangat didikan aku ini, melekat dan menempel kemas dalam hati anak-anak. Sebab itulah, aku bukan nak jadi pengajar, aku ingin menjadi pendidik. Mendidik hati anak-anak, sebab merekalah pengganti kita akan datang. Pemimpin deen masa hadapan.

Tapi anak-anak ini tidaklah sebaik yang disangka. Haha. Ada yang bising yo ya yo ya, ada yang buas tak boleh nak duduk diam. Mujurlah DNA seorang guru ni, ada cell sabar yang lebih. Tapi kekadang, cell sabar tu burst jugak bila dah lebih sangat water dalam cell, amboi Biology kaauu... Hahaha.. Ada kalanya aku terpaksa menggunakan rotan. Huhu.. Tapi tu pun tak menjadi. Sorang dua aje yang dengar. Tu pun seminit je duduk diam, lepas tuh, bising balek. Haha.

Last-last, aku kena cari bahan-bahan bacaan like story dulu-dulu. Seerah serta cerita dongeng pak kaduk. Barulah mereka khusyuk untuk mendengar. Haha. Kelmaren, selepas aku habes story pasal sang kancil dan sang buaya, as usual la, setiap cerita dongeng ada moral dan pengjarannya. Haha. Ikuti dialog di bawah:

Aku: Ok, sapa nak jadi macam kancil.
Anak-anak: SAYE!!
Aku: Sapa nak jadik macam buaya?
Anak-anak: Takmboh!!

Haha.. Tetiba, ada seorang budak bertuah nih, tanya aku.. Adib namanya.

Adib Eqbal: Cikgu, kita manusia, mana boleh jadi binatang?
Aku: Errr... *tiba-tiba aku blur* -________- ok! Sapa nak rehat, jom-jom!!

Dan Adib pun tiba-tiba lupa pada soalan dia. Diumpan dengan waktu rehat yang terpaksa diawalkan 10 minit. Hahaha..

Yalah, fitrah mereka anak-anak, memang sangat suci. Atas bahu ibu bapalah yang memikul tanggungjawab untuk mencorak warna dalam hidup mereka. Dan apa warna yang perlu dalam sekeping hati yang suci? Ya, warna-warna deen. Aku sangat berharap, corak yang aku warna, ukir, lorek, ukir dalam hati anak-anak adalah corak-corak yang ngam dengan deen. ^_^

Apabila aku mengajar anak-anak nih, rasa keibuan aku bertambah meningkat. Sangat meningkat. Sudah aku anggap anak-anak didik aku sebagai anak-anak aku sendiri. Kesemuanya! Semua anak-anak aku. Allah. Betapa besarnya nikmat kewujudan anak-anak. Aku sangat bersyukur Allah ciptakan kewujudan kanak-kanak dalam dunia nih. Siapa-siapa saja yang kekusutan hati, apabila melihat wajah polos anak-anak, pasti kekusutan terlerai, kebimbangan kan hilang. Tak caye? Test la.. Hoho.

Aku sangat yakin, inilah keputusan yang paling baik pernah aku buat. Moga aku diberi kekuatan untuk terus mendidik anak-anak pasti nih. Ameen3. Ni nama anak-anak yang aku didik.

Ubaid Nazhan, Muhammad Faris, Hafiz Ikhwan, Haris Zakwan, Izwan, Hanif Hadeef, Hakim, Mutawalli, Muqri Iman, Azkia, Aufa, Balqis, Shathirah, Farzana, Nasrin Jannah, dan Haziqah Iffah. Laen kali, aku post sekali dengan gambar ye... ^_^

No comments:

Post a Comment