Sunday 10 August 2014

SOALAN : DAH KAMU BILA NAK KAHWIN? BILA NAK DAPAT ANAK?





Menulis tajuk sahaja sudah buatkan saya rasa macam nak sembunyi dalam bilik. 

Kuis-kuis kaki. Sambil senyum dan menyembunyikan rasa malu bercampur geram dan penumbuk dalam hati Haha. Kidding meh.

Tajuk kali ini sudah mampu membuatkan mereka yang sama nasib dengan saya pusing kepala. Membuatkan mereka yang senasib dengan saya cuba mengelak daripada bertemu dengan mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik di luar sana yang sering bertanyakan soalan yang sama setiap kali bertemu. Bukan yang senasib dengan saya sahaja, malah yang berkahwin juga turut pusing kepala untuk menjawab soalan tentang anak.

Soalan klise ini sudah lali telinga saya mendengar. Kesian telinga saya. Jawapan pun terpaksa sentiasa dicari sebab kami yang masih bujang ini mahu puaskan hati orang yang bertanya supaya janganlah selalu ditanya soalan cepu cemas cepu lemas ini. Sampai berbelit urat otak cari idea. Kesian otak saya. Jemu pun ada. Siapalah tak nak kahwin kan? 

Tak apalah, yang senasib saya di luar sana tu saya doakan supaya anda cepat bertemu jodoh. Buat mereka yang sudah menjinjang ke pelamin bahagia tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata, saya doakan juga buat anda supaya lekas-lekas dapat penyejuk mata dan hati. Ameen. Ewah.

Sebenarnya saya melihat ramai senior dari sekolah yang sama (lelaki kebanyakannya) menghapdet status di MukaBuku dengan soalan bila nak kahwin ini. Almaklumlah raya ini, saudara jauh datang bertandang. Ingatkan bawak duit raya aje, rupa-rupanya sekali dengan soalan raya ni. Hah, apa lagi senior-senior saya ini, terus menggelabahlah. Sekali lagi, siapalah yang tak nak kahwin kan? Kiki.

Tapi, di sebalik kisah soalan cepumas ini, terselit hikmah di belakang tirai yang Allah ilhamkan kepada saya. AlhamduliLlah. Malah, idea untuk menulis ini juga adalah ilham dan idea dari Allah. Moga Allah kira. 

Buat si bujang mahupun yang sudah berpasangan, adakah anda pasti inilah soalan yang paling mendebarkan hati anda? Adakah anda pasti empunya soalan inilah yang anda sering akan elak apabila bertemu. Adakah anda pasti inilah soalan yang paling membuatkan anda pusing kepala, tak tidur malam sampai tak makan, atau tak boleh tonton rancangan bola?

Jika ya, saya mohon anda fikir kembali.

Bukan anda sahaja, saya juga memaksa otak saya untuk berfikir lagi. Fuuhh. Tarik nafas. Hembus. Senaman ringan di tengah malam. 

Baiklah, sebelum saya menyambung untuk menulis, pertama-tama kalinya, nasihat ini ditujukan kepada saya dahulu sebelum ditujukan kepada anda di luar sana. 

BismiLlah. Buat anda yang bujang mahupun yang sudah berumahtangga atap semua. Eh. Saya ingatkan, ini bukanlah soalan yang mendebarkan pun. Soalan ini tidak bisa bikin hati gelabah. Tidak bisa buat hati resah. Tidak mampu membuatkan anda tak tidur malam dan tak lalu makan pun. Tidak. Percayalah. Ini bukan soalannya.

Ada yang lebih dahsyat lagi dari ini. Soalan Kubur! Ya. Soalan dalam liang lahad. Gulp.

Untuk menulis liang lahad dan kubur sahaja sudah membuatkan organ mengumpul perasaan saya berdebar. Tak keruan.  Bisa menggongcangkan hati. NastargfiruLlah. Atau ada yang soalan yang lebih hebat dari ini?

Huh? Soalan temuduga kerja? Pengsan mak.

Ya, saya kira anda juga sependapat dengan saya. Mana mungkin ada soalan yang lebih menggunturkan hati daripada yang ini.

Justeru, apa bekalan kita? Saya, anda, kamu, mereka? NastargfiruLlah. T____T

AstargfiruLlah.
AstargfiruLlah.
AstargfiruLlah.
Allahu Allah.
Allahu Rabbi.

Bagi soalan bekalan ini, saya biarkan organ dalaman kalian yang menjawab. Bisiklah sendiri dengan iman. Jangan biarkan nafsu mengganggu kalian berdua. Biarkan iman kali ini berbicara. Biarkan iman memetik hidayah untuk anda. 

Supaya anda dibawa oleh satu perasaan yang di mana ia pula membawa anda kepada Allah SWT. Menggerakkan urat-urat mata supaya dapat air mata keinsafan mengalir. Tangisi dosa kabir. Dosa-dosa noda. Supaya ia menggerakkan lidah anda supaya dapat mengatakan betapa berdosanya diri. Betapa kita ini terlalu banyaknya dosa memenuhi setiap inci tubuh ini. Supaya akhirnya, lidah mengungkap kata maaf kata ampun kepada Allah. 

Allah, akulah hambaMu yang berdosa. Maafkanlah. Ampunkanlah dosa-dosaku, wahai Allah. Tiada daya diri ini wahai Rabbku. Ampunkanlah setiap dosaku yang telah menghitamkan hatiku. Putihkanlah ia kembali. Bersihkan hatiku dari dosa ya Rabb. Ini pintaku dariMu, Tuhanku.

_________________________________________________________________________________

Di kesempatan ini, saya Siti Nurbaiti Mohamed, ingin memohon maaf atas segala salah dan silap yang pernah saya lakukan. Dan saya sudah maafkan salah kalian kepada saya.

:)

No comments:

Post a Comment