Thursday 4 July 2013

DIA MENGALAH!




dia mengalah! betul-betul mengalah... tapi dia tahu dia belum mencuba tapi dia dah mengalah.. bukan dia tidak mahu mencuba.. dia merasakan bukan masanya lagi.. dia merasakan dia belum layak untuk orang yang telah mencuri hatinya.. lagipun dia bukanlah orang yang suka untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki tanpa ikatan yang sah.. baginya itu membuang masa...

memiliki perasaan cinta itu fitrah.. jatuh cinta itupun fitrah.. sesuatu yang tidak dapat dielak dari hati.. walaupun dia telah berusaha menafikannya.. buat pertama kalinya, hatinya diketuk perasaan itu oleh seorang lelaki.. bagaikan tidak percaya... akhirnya dia jatuh cinta.. kerana sebelum ini difikir dirinya itu tidak normal.. mengambil masa yang lama untuk jatuh cinta kepada seseorang...

tapi dia tahu, walaupun dia memiliki perasaan ini terhadap si dia, tidak mungkin orang itu akan membalas hatinya dengan perasaan yang sama... dia tahu itu.. dan dia semakin yakin apabila dia tahu yang hati orang itu adalah milik orang lain... jatuh tersungkur.. dia cuba bangun.. tapi semangatnya hanya sisa berbaki.. kekuatannya tidak lagi ada dalam dirinya.. dia cuba membendung rasanya apabila terserempak dengan lelaki itu.. namun, hatinya tetap menangis.. tapi dia cuba gagahkan diri.. tidak mahu orang lain mengetahui perasaanya yang tersembunyi.. akhirnya dia mengadu pada Ilahi dan diari hati... berharap ada secebis kekuatan yang dihulur oleh seseorang.. berharap ada yang sudi memujuk diri untuk tabahkan hati... dan sekarang dia masih menunggu seseorang untuk dijadikan teman penghibur hati...

#pengalaman seorang sahabat~~ :'( sedih bile dgor cerita dia....

No comments:

Post a Comment