Thursday 4 July 2013

MESIRKU~



Yahudi tersenyum riang, 
Bashar ketawa girang,
Saudi duduk senang,
Amerika tertawa wenang! 
Dan kau Mursi, mengenang-ngenang,
Nasibmu yang disepak terajang.

Dahulu ketika kau menang,
Membawa harapan rakyat yang malang,
Pabila si Firaun Mubarak kecundang,
Ramai yang bersorak riang,
Menepuk bahumu tanda sayang,
Berjanji bersamamu susah dan senang. 


Namun musuhmu nan petualang,
Tidak bisa duduk senang,
Melihat Mesir semakin garang,
Sempadan Palestin dibuka terang,
Syria tidak lagi dipandang,
Buat Yahudi jadi berang!

Perjuangan Islam kau canang,
Keadilan Islam kau perjuang,
Kalimah Allah kau gebang,
Kemuliaan agama kau tayang,
Ayat-ayat chentaNya kau pegang,
Seerah Nabi kau tak pernah curang!

Itulah dosamu yang paling gampang,
Menjadi alasan dirimu diganyang,
Menjadi sebab dirimu diperang,
Musuh-musuhmu menunggu peluang,
Tidak sabar melihat dirimu kecundang,
Mereka merancang dan terus merancang.

Makar jahat jadi belerang,
Adu domba sebagai senapang,
Bertubi-tubi kau diserang,
Walhal dirimu ikhlas berjuang,
Akhirnya kau terpaksa berundur belakang,
Musuh mambang terbahak riang!

Wahai Mursi jalan ini masih panjang,
Bersabarlah ini sunnah jalan pejuang,
Tatkala syaitan bersorak girang,
Malaikat di langit menangis terkenang,
Biar di dunia kau tidak menang,
Asal sorga menyambutmu senang!

Kami bermunajat dari belakang,
Tembakan doa kami layang,
Buatmu Mursi wahai abi sayang,
Dirimu terkorban menjadi bayang,
Buat masa hadapan yang lebih terang,
Islam mulia yang pasti menang!

#kopipeh

masyaAllah... moga rakyat Mesir diberi kekuatan untuk menghadapi ujian dan cabaran di negara mereka.. Allahurabbi.. aku tersangat sedih.. dengar aje berita dari sahabat tentang pemerintahan DR MORSY yang digulingkan aku terus tak sabar2 nak online... kesedihan aku bersama rakyat2 Mesir.. padahal Dr Morsy sudah menang dengan undian demokrasi yang sah dan adil... yang dipilih sendiri oleh rakyat... tapi rampasan berlaku oleh tentera yang mengangkat presiden dri dalam kalangan tentera.. Allah.. sedih.. dan perkara pertama yang dilakukan oleh "presiden" baru ni ialah menutup satu-satunya terowong ke GAZA iaitu pintu terowong Kufah! ini ke pemerintahan Islam?? menjatuhkan umat Islam sendiri.. sedihh! :'(.. DR Morsy sebelum ini lantang menyuarakan ketegasannya terhadap Israel dan mengutuk tindakan Zionis menyeksa umat Islam di Palestin.. Allah... inilah pemimpin Islam yang kita nak... malangnya musuh Islam tidak pernah berdiam diri, terus merencana strategi.. menggulingkan Islam.. moga di bumi Anbiya' ini akan kembali bersinar dengan Islam.. mohon doa sahabat sekalian.. jika Mesir bangkit, maka harapan untuk bebaskan Al-Quds semakin cerah.. Al-Quds tidak akan dibebaskan oleh Syria sebab mana mungkin syiah akan dapat membebaskan Palestin.. mereka telah mengkafirkan Salahuddin yang pernah membebaskan Palestin... mohon doa sahabat e.. InsyaAllah kita, Islam akan menang!!! TAKBIR!!

No comments:

Post a Comment