Sunday 14 July 2013

RAMADHAN KAREEM.. AHLAN WASAHLAN...


Salamun a'laik ye semua... Salam Ramadhan Kareem... hehe... sepatutnya aku mesti ucap pada first ramadhan.. tapi itulah, aku tak ada masa sangatlah... kalau ada pun, mood pulak tak datang.. aku terpaksa jugaklah seru mood aku...seru punyalah seru datang jugak mood aku.. tapi timing pulak tak kena... lepas balik kelas jugak mood datang... dengan perasaan yang capek (bak kate Izzati, hahah) dan teramat letih, hehe.. almaklumlah puasa kan,, aku pun teruskanlah menaip apa yang aku taip sekarang..



Ramadhan, bulan yang paling dirindui oleh orang-orang yang beriman... moga aku pun tergolong dalam golongan orang yang merindui Ramadhan.. golongan orang yang merindui Ramdhan seperti kekasih yang merindui sang kekasih yang sudah lama tidak bertemu... dan moga aku dan readers semua tergolong dalam golongan orang yang menangisi pemergian Ramadhan.. masyaAllah.. jika kita singkap apa yang terisrat dan tersurat di balik tirai Ramadhan, maka PASTI kita akan selalu beramal ibadah dengan banyak. tapi aku selalu teringat kata-kata dari sahabat, jangan kita jadi hamba Ramadhan, tapi jadilah hamba Tuhan kita yakni Allah... maknanya amalan yang kita lakukan pada bulan Ramadhan harap diistiqomahkan terus pada bulan-bulan yang lain...


Maha Pengasihnya Allah kerana telah mengurniakan kita satu bulan yang dimana limpah ruahnya nikmat dan kasih sayang Allah terhadap hambaNya.. aritu, aku ada tengok satu video ni tau, Wardina Safiyyah.. kenal tak?? kenal kan... haha.. dia kata Maha Pengasihnya Allah sebab Dia buka jalan, Dia beri peluang untuk hambaNya yang telah berbuat dosa, yang hatinya kotor dan tidak bersih untuk mengambil peluang ini, untuk menyucikan zahir dan batin, luar dan dalam dirinya.. hebat! MasyaAllah.. maknanya Allah beri satu bulan untuk kita menyucikan hati kita yang sudah karat ija tu.. :'). Allah, bila terfikirkan balik, rasa bertuah menjadi seorang muslim kerana kita sentiasa ada Allah yang sentiasa inginkan kebaikan untuk kita... Dia bantu kita memudahkan kita untuk menyucikan dan membersih serta mnggilapkan hati kita yang sudah 11 bulan berkarat... 11 bulan melakukan maksiat.. 11 bulan lalai kepada Allah.. 11 bulan yang mungkin aktiviti kita, diri kita, hati kita jauh, lari dan ada jurang dengan Allah.. oleh itu Allah, kurniakan satu bulan yang penuh barakah dan rahmat ini untuk hambaNya kembali kepadaNya.. Allah beri kita peluang... Allah beri kita jalan.. SubhanAllah.. :') TOUCHED!!

jadi amat rugilah kita, rugi yang teramat apabila dihidangkan satu hamparan bulan yang hebat, barakah dan rahmat, di depan mata tapi kita mensia-siakannya... ada satu hadis atau kata-kata yang dipetik dari satu page dari FB, doa dari Jibril a.s yang diaminkan oleh Baginda Rasulullah SAW, celakalah orang yang bertemu Ramadhan dan berlalu pergi Ramadhan tetapi dia tak diampunkan dari dosanya.. so nampak tak permainannya di situ.. Jibril a.s sendiri mengatakan yang orang-orang yang sebegini adalah celaka.. jadi sebut perkataan celaka ni, memang meremanglah bulu roma kan.. semacam aje dengar.. so kita kena banyakkan memohon ampun dari Allah... sebenarnya, aku taip2 ni pun untuk diri aku jugak.. aku sendiri pun banyak khilafnya... dan kita sama-samalah perbetulkan apa yang salah.. maafkan saya... I'm sorry!! (amir rajalawak, lawakalh sangat...haha)

dan untuk apa kita berpuasa?? Allah berfirman dalam surah al-Baqarah, ayat 183.. ya ayyuhalladzina aamanu kutiba a'laikumussiyamu kama kutiba a'lalladzina min qablikum laa'llakum tattaqun.... nah!! ini dia... Allah telah berfirman, yang bermaksud, Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertakwa..
perhatikan maksud ayat yang terakhir, LAA'LLAKUM TATTAQUN... supaya kamu bertakwa.. takwa ni, kita semua tahu, memang payah untuk gapai, hanya insan terpilih saja yang boleh capai tahap maqam taqwa ni... ohh, bertuahnya insan terpilih itu...!! bak kata Wardina, puasalah, mudah-mudahan kamu bertaqwa... insyaAllah...

jadi moge kita peroleh takwa dengan cara berpuasa... dan banyak lagi cara lain untuk kita peroleh takwa...hehe... so aku nak ucapkan selamat menempuhi bulan Ramadhan ini dengan penuh kesabaran serta ketabahan... biarlah kita merasa jugak sengsaranya orang-orang yang miskin yang tak dapat makan.. saudara-saudara kita yang tak dapat merasa nikmat berbuka.. biarlah kita merasa keperitan orang... :'( bila terfikirkan saudara-saudara kita kat Syria, Palestin, Rohingya wa fi kulli makan, rasa sebak... negara diorang bergolak.. Allah... *malaysia masih aman* ngeh3... hmmm.... tak apelah... hahah.. ok... gua chow dulu ye.. Assalamua'laikum...

No comments:

Post a Comment